16. DUNIA BAKAL HANCUR.

1.7K 192 4
                                    

   Dia membentak geram! Cermin di hadapan dia hentak-hentak dengan kedua belah tangan. Sudah berjam-jam dia berada di situ, ketuk cermin, dan terjerit-jerit seperti orang hilang akal!

Cermin di hadapan dia renung lama. Terperangkap dalam dunia cermin, tanpa jalan keluar membuatkan dia resah. Rena boleh lihat ke dunianya melalui cermin itu tetapi dia tidak boleh keluar dari situ! Mati akal.

Dia buntu! otaknya tidak boleh memikirkan jalan untuk keluar. Dunia cermin sama dengan dunianya yang sebenar. Cuma yang membezakan hanyalah suasana. Dunia cermin lebih gelap dan suram berbanding dunia sebenar.

         Rena berlari keluar dari rumah tersebut. Tiba-tiba dia terlanggar sesuatu secara tidak sengaja. Seorang lelaki tua berjangut putih jalan menegak tanpa toleh kiri dan kanan. Niat Rena mahu memanggil terus terbantut tatkala terlihat orang lain berkelakuan seperti lelaki tua tadi.

Kenapa? Mereka hanya berjalan statik? Menegak satu hala tanpa toleh kiri dan kanan. Sudah puas Rena cuba menegur mereka tetapi kehadirannya tidak dipedulikan. Mereka seolah-olah ditarik ke sesuatu tempat. Kerana ingin tahu ke mana mereka pergi, Rena turut ikut jejak mereka.

   "Rena?"

Bahu dicuit dari sisi.

   "Viez? Kau pun ada di sini?"

Sedikit sebanyak dia berasa lega bila bertemu dengan Viez, sekurang-kurangnya dia tidaklah keseorangan di situ. Lelaki itu meletak jari telunjuk pada bibir. Isyarat supaya senyap.

   "Aku disedut masuk ke dalam dunia ni. Aku sedang kejar, Vylera."

   "Mana Vylera?"

   "Itu ...." terjuih bibir, Viez. Rena beralih pandangan. Kelakuan Vylera seperti yang lain. Hanya berjalan satu hala menuju satu tempat yang tidak pasti. "Tolong aku selamatkan dia, Rena." sambungnya lagi.

Tanpa membuang masa mereka berdua berjalan sepantas mungkin. Setelah tiba, Viez meraut lengan Vylera dan bawa ke rumah yang berdekatan. Pintu dikunci oleh Rena lantas dia bersandar.

   "Vylera! Kamu sedar tak ni?" Viez memetik jari beberapa kali di muka. Kaku. Bibirnya juga terkatup rapat. Kelopak mata langsung tidak berkelip, selang beberapa minit dia bergerak ke arah Rena.

   "Aku rasa dia dipukau. Viez tolong halang dia dari bergerak."

Pantas Viez merangkul pingang dari belakang. Mengunci pergerakan Vylera dengan begitu erat. Jari runcing Rena menyentuh dahi dan cahaya hijau meresap dalam dahi.

Bagaikan tersedar dari tidur, Vylera mengerlip mata. Terhenti dari meronta lantas memeluk tubuh si abang. Teresak-esak dia menangis.

   "Lera, tunggu abang ... selama ini ke mana abang pergi!" terhambur air mata di dada, Viez. Dia tunggu ke datangan abangnya akan tetapi Viez tidak pernah datang. Hidup keseorangan dikelilingi ketakutan! Setiap hari dia pasti dicari kerana satu tujuan iaitu bunuh, pewaris yang masih tinggal!

   "Mana ... penjaga Lera?" Viez sengaja tidak jawab. Tidak mahu buka mulut apa yang dia telah buat sebelum ini. Viez mengusap kepala, Vylera.

   "Dia mati dibunuh." takut-takut dia membuka mulut. Bila teringat balik, peristiwa yang mengerikan itu berlaku di hadapan matanya sendiri. Penjaga terbunuh kerana mahu selamatkan dia! Ia meninggalkan kesan trauma terhadap Vylera.

   "Abang datang nak bawa, Lera pergi dari sini. Jangan risau Lera akan selamat dengan abang."

   "Vylera kamu ada ingat apa-apa sebelum ini?" Rena memotong siaran drama mereka. Dia berjalan ke arah tingkap dan menjengah suasana di luar.

White Guardians 2 Where stories live. Discover now