30. VIEZ ATAU RYAN?

1.6K 189 3
                                    

"Viez ... Ryan ... Rena ... Alice dan Erina ...." sebut Irene satu persatu sambil mengira pakai jari. Terkebil-kebil dia memandang Ryan dan Rena yang duduk di depan. Mereka berdua melihat Irene dengan pandangan pelik.

"Jadi kamu berdua ni siapa? Yang mana satu aku sebut tadi?" Irene menyoal dengan wajah 'blur'. 

Mendengar soalan itu, air yang diminum oleh Ryan tersembur-sembur keluar! Irene memejam mata akibat terkena tempias. Bagaikan hujan mukanya habis basah! Samuel dari tingkat dua mengeleng kepala.  Tawa Carla meledak, dia tergelak besar melihat Irene basah lecun.

"Nah, lap muka kau." Sehelai kain dihulur oleh Carla. Irene mendengus lantas dia merampas dengan kasar.

"Maaf, aku tak sengaja! Irene kau tak kenal aku ke?"

Irene mengelap muka. "Jijik tahu tak!" marahnya sambil menggenggam kain. Meja dihentak kuat. Marah betul Irene.

"Janganlah marah, aku betul-betul tak sengaja."

"Irene kau tahu nama aku?" Rena menukar topik. Suasana tegang mula reda. Irene menyandarkan diri pada kerusi.

"Kau siapa? Alice ? Rena atau Erina?" ujarnya perlahan. Dia melakukan tabiatnya iaitu menggaru pipi.

Ryan mengusap muka. Nafas dihela panjang. Rambut merah Irene dipandang sekilas."Otak dia ada masalah ke, Carla?" 

"Apa maksud kau otak aku ada masalah! Hei, kau Viez! Joshua ... er ... atau Ryan! Ah, apa-apa sahajalah! Kau hendak kata aku gila ke?" Irene membentak. Meja dihentak sebelum berdiri.

"Irene bertenanglah ...." Ayira menyampuk.  Ryan dan Rena serentak mengalihkan pandangan.

"Tapi ibu dia ni cari gaduh!" jari telunjuk ditunding tepat pada Ryan.  Entah mengapa dia rasa nak marah pula. Irene tidak puas hati tentang hal tadi. Sudahlah minum air disembur selepas itu kata otak ada masalah!  Ryan seperti menyimbah minyak!

"Ibu?" gumam Rena perlahan.

Carla duduk disebelah Irene, mendecit perlahan. Dia merentap tengan Irene. Gadis itu terus terduduk diam. Kaku seperti  patung. Badannya dikunci oleh Carla.

"Apa ni Carla ...."

"Ya ... Aku kunci kau supaya duduk diam. Mulut itu kalau tak nak tutup aku sumbat dengan mug ni tahu?" ugut Carla sambil menayangkan mug putih miliknya. Irene menjeling dan mengunci mulut.

"Aku tak bermaksud hendak kata kau gila. Aku minta maaf."

"Tidak Ryan, dia memang macam ni. Sensitif sikit, tidak seperti dahulu."

"Ryan? Aku ingat Viez." celah Irene. Dia tertunduk malu.

Tergangga Ryan dibuatnya! Rena mengeleng kepala. Patutlah marah semacam. Jika diingatkan balik Viez dan Irene memang kuat bergaduh pun sebelum ini.

"Carla boleh tak kau ceritakan pada kami apa yang berlaku? Irene hilang tiba-tiba, kami ingat dia sudah mati. Macam mana rambut dia warna merah?" kata Rena kepada Carla. Dia memandang Irene yang sedang menunduk kepala. Rambutnya merah menutupi muka.

"Panjang ceritanya ... Aku akan cerita satu persatu." Carla menghirup udara. Semua yang berada di situ memasang telinga.

Di sebalik rambut yang menutupi muka Irene, dia mengigit bibir. Pada awalnya dia dengar apa yang diceritakan oleh Carla, di pertengahan cerita pikiran Irene menerawang ke tempat lain. Dia sedang memikirkan diri sendiri, Viez dan nama-nama yang sering bermain dalam kepalanya selama ini!

SEEKOR ular hitam menyusur laju, menuruni bukit. Ia menuju ke arah bangunan lama yang sudah ditinggalkan. Menyusup masuk ke dalam bangunan.

White Guardians 2 Where stories live. Discover now