27. FAKE!

1.5K 185 11
                                    

Gelombang angin telah menerbangkan goblin. Dengan adanya Erina mudah sedikit kerja mereka. Sekurang-kurangnya Erina boleh menjadi pelindung ataupun membuka ruang untuk mereka. Irene berdiri tanpa berbuat apa-apa. Gerak-geri Erina, Viez, Alice, Rena dan Ryan diperhatikan satu demi satu.

Dia sedang menganalisis tindak tanduk mereka. Entah apa yang dirancanakan.

Cebisan pakaian yang tersangkut pada pokok berduri dipandang oleh Rena. Dia duduk meninggung. Cebisan pakaian itu dia ambil. Terdapat kesan darah kering di disitu.

"Sah ini milik pakaian orang Revolusi yang hilang itu." gumamnya sambil menghidu.

Garisan cahaya mencatas badan goblin yang mahu menerkam Rena dari belakang.  Alice melompat dari pokok dan mendarat.

"Kau jumpa apa Rena?" soal Alice seraya tangannya sibuk melakar garisan cahaya dengan banyak.

Kemudian Alice menyatukan kedua jari telunjuk dan menolak ke depan! Berpuluh -puluh goblin yang ada di hadapannya, dicantas sekelip mata! Darah merah terpercik di merata tempat. Badan goblin bersepah ke atas tanah seperti dicincang!

"Aku jumpa benda. Alice tolong lindungi aku!" gesa Rena. Mata meliar di kawasan yang terdekat mana tahu ada terjumpa cebisan pakaian yang lain.

"Aku akan uruskan!" Alice berkata sambil melempar gelung cahaya ke arah goblin.

Sementara itu, Ryan dan Erina berada di atas pokok. Tiga bebola api mengelilingi Ryan apabila goblin mendekat, ia akan berputar dengan begitu laju! Tidak beri goblin mendekati!

"Ryan aku jumpa sesuatu!" lapor Erina yang duduk terapung di atas angin. Dia melayangkan badan ke arah Ryan.

"Kau jumpa apa?" Dia menoleh ke belakang.

Dengan segera Erina mengerakan tangan kanan ke atas seperti mengangkat sesuatu dari jauh.  Satu bungkusan hitam terapung ke udara. Erina mengengam tangan. Ia bergerak laju menghampiri Erina.

"Ini ke pedangnya?" soal Erina.

"Sini aku tengok." Ryan menadah tangan.  Kain dibuka sedikit tatkala balutan kain itu sudah terapung di hadapan mata.

Sah! Itu pedang yang mereka cari! Ryan menyentuh balutan pedang itu lalu memeluk. Gigi dikertap. Sungguh berat pedang ini malah berganda berat dari pedangnya sendiri! Bagaimana Irene boleh angkat?

"Erina tolong beritahu Viez dan Irene, kita sudah jumpa!" arahnya.

Gadis itu menoleh. "Tapi goblin ni macam mana?" soalnya sambil menembak angin ke arah sejumlah goblin di atas pokok. Kebanyakan goblin terpelanting ke belakang dan menghempas tanah!

"Berundur. Kita hanya mahukan pedang ini sahaja." balas Ryan. Api terpercik keluar dari bawah kasut apabila Ryan menujah kaki.

Dia mendarat dengan kemas. Kelihatan Alice sedang menghalang goblin dari mendekati Rena. "Aku sudah jumpa pedangnya. Rena kita kena pergi dari sini!" jerit Ryan sambil menjulang pedang lagenda.

Tanpa sedar tindakannya itu adalah saru kesalahan yang bodoh! Seekor goblin datang menyambar! Ryan terkaku sebentar. Lidahnya menjadi kelu. Mereka yang lain turut terkejut dengan tindakan goblin tersebut!

"Pedang itu! Ryan apa kau dah buat! Kejar goblin itu!"  pekik Rena.

Viez berlari dari arah bertentangan dan menghalang jalan goblin. Terseret kakinya mahu berhenti. Sebaik sahaja goblin itu mendekati, Viez menebarkan air. Goblin itu mengelak. Serangan Viez tersasar dan air menghentam tanah sehingga tanah  meletup kuat!

"Oh, kalau macam itu ...." Tangan air muncul dari tangan. Ia meluru laju dan hendak membelit goblin.

Dengan pantas goblin itu melempar pendang ke arah lain. Ia jatuh betul-betul di kaki Alice. Gadis berambut jingga mengundur setapak kerana terkejut!

White Guardians 2 Where stories live. Discover now