7. LYCRIA

2K 193 1
                                    

    Pokok-pokok habis tumbang. Tanah meninggalkan kesan dalam seperti dilibas oleh sesuatu. Bunyi hentakan diselangi lolongan semakin bergema. Burung yang hinggap di pokok hutan itu turut berterbangan ke udara. Binatang-binatang mendiami juga berpusu melarikan diri ke tempat selamat.

Dia melayangkan tangan ke udara. Serta-merta pedang putih tergengam kemas lalu menunduk tatkala eekor bersisik Turtlos melibas ke arahnya.

   "Aduh!" gadis berambut coklat terjerit kecil sambil memegang perut. Libasan ekor Turtlos tadi telah menghentam gadis itu.

   "Ahahahahaha! Sedap tak Erina?" Alice meledakan tawa. Gadis kecil itu memberi jelingan tajam. Sungguh menjengkelkan! Bukannya Alice mahu tolong sebaliknya digelakan pula!

Sedang Alice bantai gelak, dia tidak sedar Turtlos sudah berada di belakang. Turtlos seekor kura-kura raksasa. Cengkerangnya keras seperti batu berlian yang tertanam lama di perut tanah. Ekornya bersisik. Kepalanya terdapat tumbuhan hijau, kelihatan seperti rumput yang tumbuh menjalar.

   "Alice ..."

   "Apa?" balasnya setelah berhenti dari ketawa. Dia pandangnya Erina. Gadis itu sedang menunding jari ke belakangnya tanpa mengeluarkan suara. Melihat kelakuan Erina, dia pantas menoleh. "Alamak!"

Turtlos menghempas tangannya ke bawah. Alice cepat-cepat melompat ke sisi. Tapak tangan Erina diletakan pada tanah. Hembusan angin melalui tangan memberi tekanan pada Erina untuk terbang menjulang ke atas. Dari atas dia lihat Alice sudah tergolek-golek di atas tanah.

   Erina mendarat di atas cengkerang berkilat menjadikan Turtlos semakin agresif. Binatang itu terpusing-pusing seperti mahukan Erina jatuh!

Tidak semena-mena Erina jatuh tertiarap disebabkan cengkerang yang licin dan permukaan yang tidak seimbang, Erina melurut jatuh seperti mengelongsor. Namun dia cuba berpaut pada bongolan cengkerang untuk terus melekap di situ.

Erina mencari kelibat Alice. Puas dia cari rupa-rupanya Alice sudah berada di atas pokok. Mereka saling berpandangan sesama sendiri seperti memberi isyarat.

Erina memanjat cengkerang Turtlos sebelum berdiri dengan berhati-hati. Sesekali dia hampir tergelincir jatuh! "Wind slide!" serentak itu dia menujah kaki ke atas. Dia lompat ke udara. Angin berdesup laju lalu menterbalikan badan Turtlos! Binatang purba itu terhempas kuat sehingga mengegarkan tanah!

Turtlos terpusing-pusing seperti gasing. Badannya kini terbalik dan susah untuk bergerak seperti biasa. Turtlos tergapai-gapai mahu kembali pada kedudukan normal.

   "Alice! Cepatlah!" pekik Erina yang sudah duduk di atas puting beliung kecil. Alice hayun tangan ke sisi dan pedang cahaya tergengam kemas pada tangan lalu melempar dengan kelajuan sepantas kilat!

Lemparan Alice terpacak betul di tengah-tengah badan Turtlos. Binatang itu mengeluarkan bunyi desingan yang mampu memekakan Erina dan Alice! Mujur mereka sempat menekup telinga. Turtlos makin lesap dari pandangan mata.

   "Semalam monyet gergasi. Hari ni kura-kura gergasi besok apa pula?" rungut Erina.

   "Entah ... jangan tanya aku soalan yang tak ada jawapan." balas Alice. Kain sapu tangan dikeluarkan dari poket. Juraian peluh dilap sehingga tiada yang tinggal.

   "Hmm ...."

   "Aku ingat nak balik Lycria sekejaplah." mereka berjalan beriringan keluar dari hutan dan menuju ke sebuah perkampungan.

   "Buat apa ke sana?"

   "Negara aku, suka hati akulah nak buat apa."

   "Eh, perempuan ni."

White Guardians 2 Where stories live. Discover now