22. THE GREAT ESCAPE

1.5K 175 4
                                    

Pintu Maldvis yang terbuka luas lelaki berkaca mata memandang tanpa berkelip mata. Isi dalam kelihatan pekat hitam. Kabus-kabus putih tidak henti keluar dari pintu tersebut, menutupi permukaan lantai. Tak ada satu pun kelibat makhluk yang keluar pada hari ini. Makhluk-makhluk ini keluar tidak menentu. Ada sepanjang hari ia akan keluar dan ada satu hari langsung tak ada yang melalui pintu ini.

"Macam mana?" soalnya sebaik sahaja kelibat seseorang muncul di sisi. Kaca mata yang melurut diperbetulkan sedikit.

"Baru usik sikit dah huru-hara." balas perempuan berbaju merah gelap. Kerudung menutupi muka ditarik lagi ke bawah, melindungi wajah. Dia tersenyum sinis.

"Kenapa kau tak bunuh saja salah sorang dari mereka?" suara Zeus bergema di tepi pintu Maldvis. Selamba sahaja Zeus menyadarkan badan di bingkai pintu. Suaranya kedengaran agak serius.

"Tak seronoklah kalau aku bunuh secepat ini." balas perempuan itu. Lelaki berkaca mata berdiam diri sambil memeluk tubuh.

Zeus mendecit. Dia meraup muka dan menyoal "Kau pun ... Kenapa tak bunuh saja Alice walaupun kau mampu?"

"Biarlah ... aku mahu mengkaji sekuat mana kuasa cahaya dia." kata lelaki itu tenang.

"Jangan ambil mudah dengan mereka. Kekuatan mereka tidak boleh dijangka." pesan Zeus sebelum beredar dari situ.

Suasana menjadi sunyi buat seketika. Mereka berdua tidak bersuara, masing-masing diam melayan perasaan.

CARLA mengintai dari tingkap bilik Irene. Dari atas jelas dapat dilihat tiga orang berkot hitam, terpacak di hadapan rumah. Mereka kelihatan memerhati sahaja rumah ini. Tak berganjak dari tempat mereka berdiri. Carla memberi pandangan curiga.

"Itu mereka?" Carla menyoal sebaik sahaja memusingkan badan. Irene yang tidur nyenyak dipandang sekilas. Samuel bersandar pada dinding sebelah pintu dipandang.

"Damn ... mereka dah jumpa!"

Carla berjalan mendekati. "Apa jadi kalau mereka dapat kau?"

"Dah tentulah aku dipenjara, bunuh atau sebaliknya. Aku tak tahulah!"

Carla menarik hujung baju Samuel dan dia mendongak. "Kalau begitu lebih baik kau serah diri. Senang! Tak payah nak libatkan orang yang tidak bersalah!"

Samuel tersenyum kelat. "Jika aku serah diri, kau juga akan turut diheret. Kau ada lesen untuk tinggal di dunia ini tapi kau tak ada lesen untuk menggunakan kuasa kau bukan? Tambah lagi Irene."

Terdiam Carla. Baju Samuel digenggam erat sambil mengemam bibir. Betul juga apa yang dikatakan oleh Samuel. Bagi sesiapa dari dunia lain dibenarkan tinggal di sini tetapi perlu membuat lesen. Dia hanya buat lesen penempatan sahaja.

"Kewujudan kuasa aku di sini mungkin bahaya atau lebih tepat membahayakan diri aku."

"Ya, memang betul. Aku pun lebih kurang sama tapi disebabkan mak ayah aku pernah berkerja sebagai ahli mereka, ibu bapa aku dapatkan lesen untuk aku. Jika mereka dapat kau kemungkinan besar kau akan menjadi bahan kajian mereka. Teleknesis siapa je yang tak teruja? Aku pun terkejut bila dapat tahu kau memiliki."

"Macam mana dengan Irene?" Carla melepaskan genggaman baju Samuel. Dia mengorak langkah ke arah tingkap semula.

"Aku tak pasti ...."

Tiba-tiba pintu bilik terbuka luas. Samuel tersentak lantas menegakan badan.  Ayira muncul bersama wajah cemas! Dia berlari ke arah Irene dan kemudian berlari ke tingkap. Menjengah luar. Baru saja Carla mahu menyoal, Aiyra terlebih dahulu telah bersuara.

"Kita tak selamat. Kita tak selamat! Mereka datang lagi! Mereka datang lagi! Irene dalam bahaya!" peristiwa lalu terimbas kembali. Aiyra bertambah panik apabila melihat luar tingkap. Disangka mereka mahu ambil Irene seperti yang berlaku beberapa tahun yang lalu.

White Guardians 2 Where stories live. Discover now