PROLOG

3.7K 223 46
                                    

TUBUH dilenggok cantik, dia berjalan dengan penuh bergaya ke arah lobi syarikat. Cermin mata hitam yang terletak elok di atas batang hidungnya yang mancung dibiarkan sahaja. Baju kemeja putih dipadankan dengan sut hitam bersama-sama dengan skirt hitam yang agak sendat menyerlahkan lagi keanggunannya. Rambut yang separas pinggang dibuat tocang satu. Stiletto hitam kegemarannya juga tidak ditinggalkan. Sungguh diva seorang Elvina. Langsung tidak dipedulikan mata-mata yang memandang dan mulut-mulut yang mengata. Asalkan dia tetap nampak high class!

Dia menanti di hadapan pintu lif dengan sabar. Lif itu sedang turun dari tingkat 6, tingkat di mana pejabatnya terletak. Hari ini dia tiba 15 minit awal daripada kebiasaan. Entah mimpi apa, dia rasa begitu bersemangat hari ini.

'Ting!'

Belum sempat kakinya melangkah masuk, tubuhnya dirempuh oleh seseorang sehingga dia terjatuh. Mujurlah tiada sesiapa di situ, jika tidak sudah pasti jatuh imej divanya.

Dah langgar orang, tak tahu hulur tangan dan minta maaf ke? Hatinya mendongkol geram. Tak beradab langsung. Wajahnya diangkat untuk melihat gerangan yang melanggarnya. Mulutnya terlopong besar.

Ya Allah, indahnya ciptaanmu ini! Terus hilang rasa geram yang berbuku di dada. Wajah kacuk lelaki itu membuatkan dada Elvina bergetar hebat. Dia memakai sut hitam lengkap dari hujung rambut ke hujung kaki. Sangat kemas dan bergaya. Hot dan handsome! Inikah yang dinamakan cinta pandangan pertama? Jika lelaki ini menjadi suaminya, 100 hari 100 malam duduk di rumah pun dia tidak kisah. Beranak ramai-ramai pun dia sanggup jika anak yang bakal keluar dari perutnya berwajah kacukan.

"Hello, miss." Lelaki itu memetikkan jarinya betul-betul di hadapan muka Elvina.

"Yes?" Elvina tersentak daripada lamunan panjang. Jauh betul dia berangan.

"Tutup sikit mulut tu, sekejap lagi lalat masuk susah pula." Pedas sungguh kata-kata yang keluar dari bibirnya.

"Wait," Susah payah dia bangun untuk berhadapan dengan lelaki itu. Buku lalinya yang sedikit perit dibiarkan sahaja kerana dia harus mengekalkan imej divanya.

"Hi Mr. Handsome, I guess you should apologise to me since you are the one who hit me first." Kalau lelaki itu mahu menunjukkan lagak, dia juga boleh buat perkara yang sama. Ini Elvina!

"Aku? Minta maaf? In your dream," katanya sinis.

Ewah, mamat ini! Pagi-pagi sudah cari gaduh. Sudahlah datang dari entah mana-mana. Langgar orang tak tentu pasal, kemudian tak reti langsung hendak minta maaf. Tahu cakap Melayu rupanya, ingatkan orang asing. Melayu kacukan mungkin.

Tenang Elvina.

"Disebabkan awak ini handsome, jadi saya maafkan. Tapi selepas ini, kalau dah langgar orang, minta maaf." Sempat Elvina cuba nasib. Anak rambutnya yang sedikit lari kedudukannya dibetulkan. Mata sebelah kanan dikenyit sambil hujung bibir digigit sedikit, ada peluang jangan dilepaskan. Sekali dalam sejuta sahaja boleh bertembung lelaki kacak seperti ini.

"Uh? Whatever," ujar lelaki itu sambil mencebik bibir. Dia berkira-kira ingin berlalu pergi. Malas mahu bertengkar dengan perempuan ini. Bikin sakit kepala saja.

"Wait Mr. Handsome," panggil Elvina. Terkocoh-kocoh dia berjalan mengejar lelaki itu tetapi lelaki itu langsung tidak mempedulikannya. Sombong betul!

"Wait," ditarik hujung baju lelaki itu supaya dia berhenti berjalan.

"What do you want from me?" Dengan suaranya yang serak-serak basah, mata sapphire miliknya menikam tajam anak mata Elvina. Dia rasa mahu pengsan! Pedas berapi!

"Your pen, Mr. Handsome." Elvina menghulurkan sebatang pen yang jatuh dari poket seluar lelaki itu sewaktu mereka berlanggar tadi. Sempat dia kutip kerana ingin memulangkan semula pen tersebut.

Apabila tangan lelaki itu hendak mengambil pen tersebut, sempat Elvina menarik semula lalu dicium sekilas sebelum menghulurkannya kembali, "A morning kiss from someone beautiful."

Lagak Elvina sangat berani. Ya, dia memang seorang perempuan yang berani dan tidak tahu malu. Kedua ibu bapanya mengajar dia supaya kejar apa sahaja yang dia ingini. Jika berterusan dengan sikap malu, apa pun tidak dapat.

"No, thanks." Huluran pen disambut lalu dia lap bekas ciuman Elvina dengan sapu tangan sebelum dimasukkan semula ke dalam poket seluarnya.

"Morning kiss taik kucing," ujarnya disertakan dengan senyuman sinis. Berani sungguh perempuan ini hendak menggodanya. Lalu dia melangkah pergi tanpa berpaling ke arah Elvina. Macam-macamlah perempuan zaman sekarang, langsung tidak tahu malu.

"Taik kucing saya wangi tau!" Elvina melaung perlahan namun kata-katanya masih dapat didengari oleh lelaki kacukan yang memiliki sepasang mata sapphire yang cantik dan menggoda itu.

"Gila!" desis lelaki itu.

Elvina tersenyum lebar. Garang, sinis tapi pedas, hangat dan berapi! Dia meneruskan langkah menuju ke pejabat. Perasaanya menjadi berbunga-bunga. Hati kecilnya berdoa agar dia akan dipertemukan lagi dengan lelaki itu dan jika waktu tersebut datang, tidak akan dia lepaskan lelaki itu. Mr. Handsome bakal menjadi miliknya.


Macam mana? Okay tak? Sila tinggalkan komen anda, nanti Kak Fi akan sambung lagi ^_^ Terima kasih sudi baca :')

HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)Where stories live. Discover now