BAB 13

1.3K 141 9
                                    


DALAM ralit mendengar lagu di corong radio sambil memandu untuk ke tempat kerja, tiba-tiba kereta Elvina berbunyi. Hati mula dipagut rasa risau. Tak pernah kereta dia buat hal seperti ini. Apabila tiba di tempat yang agak selamat, Elvina memberhentikan keretanya ke tepi untuk melihat keadaan keretanya.

Dia melihat keadaan keempat-empat tayar keretanya. Terkejut dia apabila melihat tayar belakang belah kiri pancit.

Elvina membolos masuk ke dalam kereta. Risau pula seorang diri macam ini. Memanglah waktu pagi. Tapi penjenayah boleh buat kerja bila-bila masa je.

Elvina pantas menelefon Khayra. Sepuluh saat menunggu, panggilan masih tidak diangkat.

Kemudian, dia menelefon daddy dan maminya pula. Juga tidak berjawab.

Elvina buntu. Dah kenapa semua orang pagi ini tak reti angkat telefon? Dah la dia nak ke tempat kerja sekarang ni.

Nak suruh dia tukar tayar sendiri? Sikit pun dia tak tahu. Nombor mana-mana pomen pun dia tak ada.

Dalam sibuk memikirkan jalan penyelesaian, cermin tingkap diketuk oleh seseorang. Elvina pantas menurunkan cermin.

"Kenapa ni cik?" Suara garau seseorang menyapa. Eh? Macam kenal.

"Tuan Syed," sapa Elvina. Tangkap kanan diangkat membuat tanda 'hai'.

"Oh, you ke El? Kenapa ni?" Nada suaranya yang ramah tadi bertukar dingin. Amboi. Dengan orang lain tahu pula cakap baik-baik. Dengan Elvina asyik nak marah.

"Tayar I pancit, tuan. Sekarang ni I call semua orang, tak ada seorang pun yang angkat. I tak tahu nak buat apa," adu Elvina.

"Ada tayar spare?" Shade yang menutupi mata dibuka lalu disangkut ke baju kemejanya.

"Ada, dekat belakang." Elvina membuka pintu dan berjalan ke arah boot kereta. Dilihat kereta Eusoff betul-betul berhenti di belakang keretanya. Memandangkan keretanya tinted, jadi Elvina tidak tahu gerangan siapakah di dalamnya.

Eusoff menanggalkan sut yang menyarung tubuh. Hanya kelihatan kemeja putih mengikut bentuk tubuh di badannya.

Elvina menunjukkan ke arah tayar kereta dan peralatan yang ada di dalam boot. Lantas Eusoff mengeluarkannya dan berjalan ke arah tayar yang sudah pancit. Elvina hanya membuntuti dari belakang.

Sambil Eusoff menukar tayar, Elvina sekadar memerhatikan dari tepi. Cahaya matahari yang memancar terik membuatkan kulit muka Eusoff yang putih sedikit kemerahan. Peluh merenik di dahi.

Hati Elvina berbunga-bunga apabila pagi-pagi lagi dia dapat lihat wajah Eusoff yang begitu kacak. Terus dia terlupa kejadian di mana dia dimarahi beberapa hari yang lepas.

Lengan sasa Eusoff mula menimbulkan otot-ototnya apabila dia melakukan kerja-kerja menukar tayar. Hot and sexy!

"Tuan," panggil Elvina.

"Ya."

"Tak ada orang pernah bagitahu tuan ke yang tuan ni buat apa pun nampak kacak," kata Elvina tanpa selindung.

"Uh?" Pendek sahaja balasan Eusoff.

"Sekejap. Kesian tuan." Pantas Elvina tunduk supaya kedudukannya sama dengan Eusoff. Lantas sapu tangan yang sedia ada di dalam poket seluar yang dipakainya dikeluarkan. Lalu dia mengelap peluh yang menitis di sekitar dahi Eusoff.

"Hey." Eusoff menepis tangan Elvina. Dia tidak selesa diperlakukan sebegitu.

"Jom kahwin." Terkejut Eusoff mendengar dua perkataan yang baru sahaja keluar dari mulut Elvina. Apa benda la perempuan ni? Pagi-pagi buang tebiat macam ni. Tertelan taik cicak ke apa Subuh tadi.

HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)Where stories live. Discover now