BAB 1

1.8K 154 17
                                    

"NAMA awak tiada Syed?" soal Elvina sambil dahinya dikerutkan.

Lelaki di hadapannya itu menggeleng. Mengikut resume ringkas yang diberikan kepadanya, lelaki itu berumur 30 tahun. Tua setahun daripadanya. Nak cari jodoh bukan senang tahu! Haruslah dia perlukan resume untuk tahu perihal calon suaminya nanti. Tak mahulah tangkap muat sahaja. Kahwin bukan untuk setahun dua tetapi untuk selama-lamanya.

"Saya rasa awak boleh balik sekarang." Elvina tidak berminat untuk berkenal-kenalan dengan lelaki yang sudah terang lagi bersuluh bukan datangnya daripada keturunan Syed.

"Sekejap, Cik Elvina."

"Ya, Encik Harraz. Kenapa?" Mata mereka bertentangan buat seketika namun Harraz memandangnya dengan muka tidak puas hati.

"Ada apa dengan panggilan Syed? Bukan ke kita semua sama sahaja, ada pangkat atau tidak, ada nama keturunan atau tidak. Tak menjadi hal pun kan?"

Dah agak! Mesti itu yang dia mahu pertikaikan. Elvina mengurut kepalanya yang semakin kusut. Aduh, bukan ke dia sudah letak syarat untuk ada nama Syed tetapi lelaki ini masih tetap datang walaupun dia tiada gelaran Syed.

"Awak tak kenal mummy saya. Dia hanya nak bermenantukan Syed." Suasana menjadi semakin tegang.

"Awak tahu tak kebahagiaan dalam sesuatu perkahwinan itu bukan bergantung pada pangkat dan keturunan. Tetapi yang menentukan semua itu adalah cinta dan tanggungjawab..."

Dan Elvina terpaksa menadah telinga untuk mendengar ceramah lelaki tersebut selama sejam. Telinganya sudah naik panas dan jika diikutkan hati mahu sahaja dia berlalu pergi dari restoran ini. Tetapi dek kerana ingin menjaga air mukanya dan imej divanya, dia buat-buat dengar padahal umpama masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri sahaja.

"Saya doakan awak jadi andartu sampai ke tua," kata lelaki itu sebelum dia berlalu pergi.

Hampir sahaja Elvina menghentakkan heels yang dia pakai ke atas lantai dengan kuat tanda protes. Sudahlah bebel dekat dia selepas itu didoakan supaya terus jadi anak dara tua. Bitter betul lelaki ni! Period gamaknya.

Tanpa sedar, Elvina menghembus nafas berat. Jus tembikai yang berada di atas meja disedut dengan rakus. Kering tekak dan panas hatinya apabila berhadapan dengan lelaki seperti Harraz. Dia sudah penat sebenarnya. Hari ini sahaja sudah tiga orang calon yang dia temui namun satu pun tidak dapat menepati ciri-ciri yang diinginkan oleh mummynya. Sudahlah berbagai-bagai jenis perangai lelaki yang datang berjumpanya tadi. Susah betul hendak mencari calon suami rupanya.

Sebenarnya Elvina terpaksa membuat iklan cari jodoh di laman Twitter tetapi akaun twitter dia dibuat anonymous. Jadi imejnya tidak tercalar. Dia meletakkan syarat bahawa lelaki itu haruslah mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 175 cm dan wajib berketurunan Syed.

Dia tiada pilihan lain. Cara itu sajalah yang dirasakan relevan untuk cari jodoh zaman sekarang. Kenalannya langsung tiada yang berketurunan Syed. Mummynya pula sudah mendesak dia untuk mencari jodoh sebelum umurnya mencecah 30 tahun. Sudahlah mahu calon suami segera, diletakkan pula pelbagai syarat yang wajib dipatuhi. Jika tidak, mummy mahu mengahwinkan Elvina dengan sepupunya, Syed Thaqif. Tidak mahu Elvina! Sudahlah tua, bini pun sudah ada dua! Minta simpang.

Jadi hari ini dia mengadakan blind date dengan tiga orang lelaki tetapi semuanya terpaksa dia tolak awal-awal. Seorang tiada Syed, seorang lagi pendek dan seorang lagi sudah tua dan umurnya hampir sama dengan daddy dia. Jika berjalan sebelah-sebelah persis bapa dan anak. Ugh, tidak ingin dia.

Sebenarnya sudah lama dia membuat blind date seperti sekarang tapi tiada satu orang pun yang sangkut. Bukan kerana dia tiada rupa ataupun badan dia tidak lawa. Badannya persis model dan wajahnya yang berkacukan arab itu berjaya memikat sesiapa sahaja yang memandang. Inikan pula yang duduk semeja dengannya tetapi dia terpaksa tolak awal-awal. Jika tidak, dia harus menadah telinganya mendengar bebelan mummynya. Sudahlah mummynya sejenis yang jujur dan tidak cover langsung apa yang keluar dari mulutnya.

Elvina meregangkan sedikit badannya yang sudah naik lenguh sebelum dia mengemas barangnya. Dia ingin berlalu pergi kerana sudah berjam-jam dia di sini. Saat dia bangun tiba-tiba dia disapa seorang lelaki.

"Sharifah Elvina Hani, right?" soal lelaki itu disertakan dengan anggukan oleh si dara.

"Yes." Elvina mengangkat muka untuk memandang lelaki yang tinggi lampai di hadapannya. Wajahnya tidak begitu kelihatan kerana dia memakai cermin mata hitam.

"Hi pretty lady! I am Syed Fakhrulrazzie. Boleh saya duduk sini?" soalnya ramah sambil menanggalkan cermin mata hitamnya lalu dia menunjukkan tempat duduk di hadapan Elvina.

Gosh! Hampir terlopong mulut Elvina. Handsome betul lelaki di hadapannya ini malah yang paling handsome jika hendak dibandingkan dengan lelaki-lelaki yang dijumpainya tadi. Perangai gatal Elvina mulalah jadi balik apabila berjumpa dengan lelaki yang kacak. Dia membetulkan duduknya semula. Anak rambut yang panjang menyentuh sisi mukanya diselit ke tepi telinga sambil memberikan Fakhrul pandangan maut yang menggoda.

"Dengar kata awak nak cari calon suami, betul tak?" soalnya jujur tanpa selindung.

Elvina menganggukkan kepalanya tanda mengiakan.

"Ini resume saya." Seiring itu, sehelai kertas dihulurkan. Setelah menelitinya untuk beberapa seketika, Elvina rasa inilah calon suami yang paling sesuai untuknya.

"Saya baru habis belajar dalam master dan saya pun tengah cari calon isteri." kata lelaki itu dengan yakinnya.

"Jadi bila saya boleh jumpa ibu bapa awak, pretty lady?" Mata sebelah kanan dikenyit bersama sengihan di bibir.

Wow! Hampir terlopong mulut Elvina saat mendengar kata-kata lelaki tersebut. Bukan sahaja kacak dan menepati segala ciri-ciri yang diinginkan oleh mummynya, malah gentleman kerana terus mahu jumpa mummy dan daddy dia.

"Sekejap sebelum itu betullah awak ini berketurunan Syed?" soal Elvina sekali lagi kerana inginkan kepastian.

"Ya saya."

"Tinggi lebih daripada 175 cm?" Sebenarnya perkara ini tidak perlu dianyakan lagi kerana sudah terang lagi bersuluh lelaki itu tinggi lampai orangnya.

"Yes, I am."

"Okay, kalau macam tu apa kata esok datang rumah saya untuk jumpa kedua ibu bapa saya. What say you?" laju sahaja Elvina memberi kata putus.

"Boleh sayang. I can't wait for you to be mine." ujar Fakhrul sambil mulutnya dijuihkan memberi flying kiss. Tangan Elvina di atas meja dicapai lalu dikucup.

Elvina telan liur. Berani sungguh! Ah, lantaklah. Semua itu belakang kira. Yang pasti dia tidak sabar mahu menunjukkan calon suami kepada mummynya.

HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)Where stories live. Discover now