BAB 26

1.3K 99 11
                                    

"AKU nikahkan dikau dengan Elvina Hani Binti Syed Fawwaz dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Syarifah Elvina Hani Binti Syed Fawwaz dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai."

Sah!

Sah!

Sah!

Dengan sekali lafaz, Elvina sah menjadi isteri kepada Eusoff.

Pada awalnya, Elvina berjaya menahan dirinya daripada menangis. Namun dia kecundang pada akhirnya. Air mata mengalir dengan lebat saat melihat Eusoff bersungguh-sungguh memanjatkan doa apabila dia selesai melakukan solat sunat nikah.

Keikhlasan Eusoff untuk memperisterikan dirinya terpancar di sebalik riak wajah lelaki itu yang kelihatan begitu tenang.

Apabila tiba sesi pembatalan air sembahyang, Eusoff melutut di hadapan Elvina.

Pandangan mereka bersatu. Umpama ada kuasa listrik yang mengalir, masing-masing terpaku.

"Eusoff, ciumlah isteri kamu tu." Melihat anak dan menantunya yang kaku, Syed Fawwaz memberikan arahan sekali gus mengundang senyuman para tetamu yang hadir.

Eusoff berdeham bagi menghilangkan rasa gugup.

"Assalamualaikum, Hani abang." Eusoff memberi salam sebelum dia meletakkan tangan kanannya ke atas ubun-ubun Elvina sambil membacakan doa. Setelah itu, bibirnya dijatuhkan pada dahi Elvina.

Oh my!

Dapat Elvina rasakan tangan, kaki dan seluruh tubuhnya lembik saat suara gemersik Eusoff menampan gegendang telinganya. Seakan tiada darah yang mengalir ke pembuluh darah, membuatkan tangan Elvina sejuk dan berpeluh.

"Eh, budak ni. Dia nak pengsan pula dah." Syarifah Andra yang berada di sebelah Elvina menahan tubuh anaknya itu daripada terjatuh. Kuat drama betul budak bertuah ini.

Eusoff ketawa melihat gelagat isterinya. Syed Fawwaz pula sudah tergeleng-geleng kepalanya.

Dalam debaran yang menggila, Elvina sempat memerhatikan segenap wajah Eusoff. Suaminya itu kelihatan sangat kacak dalam persalinan nikah yang berwarna putih susu. Ey, geram!

Sekarang ini, dia nak satu dunia tahu yang Eusoff hanya miliknya seorang.

"Waalaikumussalam, abang." Elvina menundukkan kepalanya lantas mencium lembut kekura tangan Eusoff.

Lama mereka dalam keadaan begitu.

Kemudian, sebentuk cincin emas disarungkan ke jari manis Elvina.

"Isteri solehah abang," panggil Eusoff.

Lidah Elvina kelu.

"Izinkan abang untuk menjadi imam sayang sehingga ke Syurga." Eusoff berbisik perlahan ke telinga Elvina, cukup untuk Elvina seorang sahaja yang mendengarnya.

Aiseh! Cair.

Majlis akad nikah selesai dijalankan di masjid pada waktu pagi. Kini majlis resepsi di sebelah keluarga Eusoff diadakan bertempat di rumah Syarifah Yasmin.

Elvina kelihatan begitu anggun dalam busana pengantinnya yang berwarna biru muda. Tidak kurang juga dengan Eusoff. Wajahnya yang sedia ada tampan itu mampu membuatkan semua wanita yang melihatnya gigit jari apabila dia mengenakan sepersalinan pakaian pengantin berasaskan songket, senada warnanya dengan baju Elvina.

Selesai upacara bersanding dan makan beradab, Eusoff mendukung Eemir lalu mereka bertiga berjalan beriringan ke khemah untuk bertegur sapa dan beramah mesra dengan rakan-rakan dan sanak saudara yang hadir.

"Papa, nak mama," kata Eemir sambil mengawang-ngawangkan tangannya ke udara minta diturunkan.

"Mama tak larat nak dukung sayang. Biar papa je la yang dukung." Eusoff berasa kasihan terhadap Elvina kerana isterinya itu kelihatan penat.

"Nak mama." Eemir mencebikkan bibirnya.

"Sinilah, abang. Hani okey je." Walaupun kadang dia rasa tak larat nak dukung Eemir, tapi Elvina okey sahaja. Maklumlah, Eemir pun dah 5 tahun. Boleh tahan berat juga.

"Tak apa, biar abang dukung." Eusoff bertegas.

"Abang, Hani okey je." Elvina mendepakan tangan untuk menyambut Eemir, namun Eusoff masih teguh dengan pendiriannya.

Dalam mereka bertarik tali, satu pasangan datang mendekat lalu menyapa mereka.

"Assalamualaikum, bie." Suara seorang wanita menarik perhatian mereka.

Bie? Ewah suka hati je panggil Eusoff bie. Ini laki dia tau. Desis Elvina dalam hati.

Elvina memandang Eusoff dan wanita itu silih berganti. Di sebelah wanita itu, seorang lelaki turut berdiri sama. Tangan wanita itu memeluk lelaki di sebelahnya. Mereka nampak mesra tapi kenapa wanita itu sibuk panggil suami orang bie?

Elvina mula berasa cemburu.

Wanita itu tersenyum manis ke arah Eusoff. Berbeza pula dengan Eusoff. Riak wajah yang tadinya ceria berubah sekelip mata.

Eusoff menurunkan Eemir daripada dukungan. Eemir tidak faham apa-apa. Dia memeluk kaki Elvina, manakala sebelah tangan lagi menggenggam erat tangan Eusoff.

"Kau buat apa dekat sini?" Mendatar nada suara Eusoff. Atmosfera di situ berubah tegang. Rasa hangat tiba-tiba meskipun cuaca petang itu redup.

"I datang sebab nak ucap tahniah dekat you. Akhirnya, you dah jumpa pengganti I."

"Dan you? Ibu tiri kepada anak I dan Eusoff, kan?" Wanita itu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Eusoff, namun tiada sambutan. Kemudian, tangan dihulurkan kepada Elvina pula lantas disambut mesra.

Siapa ni? Bekas isteri Eusoff ke?

K?

K tu bukan Khayra ke?

"Kau balik sekarang." Tegas Eusoff mengeluarkan kata. Elvina dapat lihat api kemarahan mula menyala di sebalik sinar mata Eusoff.

"Nah, hadiah kahwin daripada I untuk you." Tanpa mempedulikan kata-kata Eusoff, wanita itu menghulurkan satu bungkusan hadiah yang dibalut kemas, namun tidak bersambut.

Kamilia menundukkan badan lalu mengusap pipi Eemir, "Anak, ib..."

Belum sempat Kamilia menghabiskan kata, Eusoff naik angin, "Kau jangan sentuh anak aku."

"Kau dengan laki kau boleh berambus sekarang!" Nada suara Eusoff mula melengking. Dadanya berombak kencang. Amarah menguasai diri. Orang di sekeliling mula berpandangan ke arah mereka. Masing-masing berteka-teki tentang apa yang berlaku.

Syarifah Yasmin yang berada berdekatan berjalan mendekati mereka apabila mendengar suara anak lelakinya yang semakin meninggi.

"Along, Hani, kenapa ni?" tegur Syarifah Yasmin.

"Umi..." Wanita yang Eusoff gelar K itu meraih kedua-dua belah tangan Syarifah Yasmin.

"K minta maaf, umi. Atas semua yang berlaku selama ini. K menyesal. Perkenalkan, inilah suami K, Rais." Tangan tua Syarifah Yasmin dikucup berkali-kali oleh K. Betapa dia benar-benar sesal dengan perbuatannya yang lalu. Dia telah pun menerima balasannya.

"Tak apa, benda dah lepas, K. Umi pun dah maafkan semuanya." Syarifah Yasmin melakar senyuman tipis di wajah. Walau apa pun yang pernah terjadi, dia tetap sayangkan bekas menantunya itu. Yakni ibu kandung cucunya, Eemir.

"Umi, suruh dia balik sekarang juga. Along tak nak tengok muka dia dekat sini." Usai berkata, Eusoff terus belalu pergi dengan Eemir. Tangan Elvina turut ditarik sama.

Masing-masing terdiam melihat reaksi Eusoff.

"Tak apa, K. Biarkan je Eusoff tu. K dengan suami duduklah makan. Rumah umi ni terbuka untuk semua orang," ujar Syarifah Yasmin dengan lembut demi menghilangkan ketegangan suasana.

"Terima kasih umi sebab sudi terima kehadiran K dan suami."

"Sama-sama. Umi pergi jumpa tetamu yang lain dulu, ya," pamit Syarifah Yasmin.

"Baik." K tersenyum tawar ke arah suaminya lantas suaminya mengusap perlahan belakang tubuhnya untuk memujuk. Lalu mereka pun menikmati makanan yang disediakan.

HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)Where stories live. Discover now