BAB 5

1.1K 132 6
                                    

MESKIPUN Elvina makan gaji di syarikat farmaseutikal yang gah dan ternama itu, jawatannya besar dan gajinya cukup tinggi. Syarikatnya mengeluarkan ubat-ubatan dalam pelbagai bentuk dan jenis. Sebutlah apa sahaja, pil, ubat cecair, ubat suntik dan pelbagai lagi syarikat dia keluarkan.

Usianya belum mencecah 30 tahun lagi, tapi dia sudah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan R&D iaitu Research & Development. Disebabkan itulah Elvina begitu disegani oleh rakan-rakan sejawatnya walaupun perangai divanya kadang-kadang memeningkan kepala.

Elvina masuk ke pejabatnya dengan perasaan berbunga-bunga. Senyuman sedari tersungging di bibir mungil itu. Tidak sampai lima minit dia melabuhkan punggung, rakannya merempuh masuk ke dalam pejabatnya.

"El. El. Kau nak tahu tak apa berita hangat hari ni?" Seperti tidak cukup nafas wanita di hadapannya itu. Tanpa dipelawa, dia segera melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan meja kerja Elvina.

Elvina memandang Khayra atas bawah. Apa dia minah ni? Macam kena kejar dengan hantu.

"Kut ya pun, ketuklah pintu dulu. Ini masuk serupa perompak dan pecah rumah," bebel Elvina. Perhatiannya kini tertumpu pada Khayra sepenuhnya.

"Ah, tak sempat. Berita yang aku bawa ni sensasi. Confirm kau menjerit kalau dengar." Khayra mengangkat tinggi sebelah keningnya. Cuba menarik minat kawannya yang seorang itu.

"Ha apa? Jangan nak buat suspens gini." Elvina menegakkan tubuh.

"Nak tahu tak? CEO syarikat kita yang baharu dah masuk. Anak Tan Sri Syed Hamid. Muda, kacak dan bergaya!" ujar Khayra teruja. Sewaktu di pantri tadi, dia terdengar rakan-rakan yang lain bergosip tetang CEO baharu syarikat mereka itu. Dia pun apa lagi, tumpang sekakilah.

"Gosh, seriously!? Omaigoddd! Omaigodd!" Elvina terjerit dalam keterujaan. Tan Sri Syed Hamid baru meletakkan jawatan sebegai CEO syarikat dan jawatan itu kemudian diserahkan kepada anaknya.

"Yes, babe. Selepas ni, semua pekerja akan berkumpul di bilik mesyuarat untuk sesi berkenal-kenalan." kata Khayra.

Senyum tidak dapat disorokkan oleh Elvina. Sungguh dia teruja untuk mengetahui gerangan CEO yang baharu itu. Tentu sekali lelaki itu berketurunan Syed. Jadi ada chance la untuk dia cuba nasib. Sudahlah kacak, bergaya, kaya-raya. Siapa je tidak mahu? Silap-silap orang gila pun mahu berebut-rebut untuk dapatkan lelaki seperti itu.

"Serius I tak sabar nak jumpa dengan dia. Kalau macam itu, hari-hari I masuk ke dalam ofis dia." Bibir melorek senyum nakal.

"You should give a try, babe. Kalau I bujang, confirm I dah cuba tackle dia." Khayra menyokong tindak-tanduk rakannya yang ingin memikat jejaka idaman wanita itu. Meskipun mereka berdua belum bertemu mata dengan lelaki itu, auranya dapat dirasai walau hanya menyebut tentang dia. Mujur dia sudah kahwin. Jadi dia beri peluang kepada orang bujang seperti Elvina.

"Thanks babe sebab inform I. Serius tak sabar nak jumpa dia lepas ni." Elvina sudah terbayang-bayang wajah lelaki kacak dalam mindanya. Sekacak pelakon Barat Robert Pattinson ke? Atau pelakon Korea Cha Eun Woo? Boleh jadi sekacak Mr Handsome yang membuatkan Elvina angau siang dan malam.


TEPAT jam sebelas pagi, mereka semua berkumpul di bilik mesyuarat. Baik pengurus, ketua jabatan atau orang-orang bawahan. Mereka menanti dengan penuh debaran. Anak Tan Sri Syed Hamid tidak pernah memunculkan diri di pejabat ini kerana beliau tinggal di luar negara sebelum ini. Balik sahaja ke Malaysia, barulah dia bersetuju untuk menguruskan syarikat bapanya.

"I nervous la nak tahu..." Elvina menyatakan kegusarannya. Padahal dalam hati dia teruja dan tidak sabar hendak tahu siapakah pemilik syarikat besar itu.

"Ish, kita tunggu je la nanti. Tak lama dah ni." Khayra menyiku lengan Elvina. Acah nervous, padahal suka. Bukan dia tak kenal kawannya itu. Sudah bertahun-tahun perkenalan mereka, dia telah masak dengan perangai Elvina.

Sesaat suasana hingar-bingar seperti pasar di dalam bilik mesyuarat itu bertukar sunyi serta-merta. Tiada bunyi kedengaran. Masing-masing memanggung kepala ketika pintu bilik itu terbuka dari luar.

Apabila satu susuk tubuh lelaki yang berkarisma itu berdiri tegak di hadapan, rata-rata rahang para perkerja jatuh terutama sekali para wanita.

Indahnya ciptaan Tuhan yang satu ini.

Jika yang lain terkejut beruk, Elvina boleh dikatakan terkejut orang utan, gorilla, kera dan spesies yang seangkatan dengannya. Mana tidaknya, lelaki yang berdiri di hadapan mereka kini merupakan lelaki yang sama dia temui sebelum ini.

Dia menggosok-gosok matanya berkali-kali, tetapi wajah lelaki itu begitu jelas pada pandangan matanya. Lelaki itu masih belum perasan akan kehadirannya.

Tiba-tiba, pandangan mata mereka bertembung selama dua saat sebelum lelaki itu mengalihkannya ke tempat lain. Renungan sepasang mata sapphire itu berjaya mengundang debar di dada Elvina. Rama-rama di dalam perutnya mula megembangkan sayap masing-masing. Elvina mula tenggelam dalam dunianya sendiri.

Alangkah indahnya dunia jika lelaki itu menjadi miliknya.

"El, sumpah. Kau kena ngurat laki ni. Gila hensem! Aku yang dah kahwin ni pun hampir meleleleh air liur tengok dia." Elvina tersentak daripada lamunan saat Khayra menepuk pahanya perlahan.

Kelihatan beberapa pekerja wanita lain berbisik sesame sendiri. Nampaknya, masing-masing memuji ketampanan anak Tan Seri Syed Hamid.

"Assalamualaikum and hello everyone." Suara garau itu memulakan ucapannya di pagi yang indah itu. Bukan muka je kacak, suara dia pun seksi!

Rata-rata pekerja menjawab salam di dalam hati.

"Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama saya Syed Eusoff al-Haq. Boleh panggil saya Tuan Syed. Saya merupakan anak kepada Tan Sri Syed Hamid dan memangku jawatan sebagai CEO kepada PharmaRise Sdn. Bhd." Umpama masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Elvina lebih fokus untuk menatap muka tampan lelaki itu berbanding mendengar apa yang ingin dikatakan.

Tuan Syed mengambil masa selama lima minit untuk berucap. Kalau boleh, dia tidak mahulah berlama-lama. Risau nanti tertangguh kerja orang-orang bawahannya.

"Sekian daripada saya. Ada apa-apa soalan?" Satu demi satu wajah setiap pekerjanya ditatap. Namun, anak matanya terhenti pada seorang wanita yang mengikat rambut gaya ekor kuda.

Aduh, kenapa perempuan itu mesti bekerja di bawahnya. Pertemuan beberapa kali dengan Elvina cukup membuatkan dia migrain. Gedik, menggeletis, acah diva! Syed Eusoff mengutuk Elvina di dalam hati.

"Tuan Syed single lagi ke?" Tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang, Elvina bertanyakan soalan itu. Syed Eusoff telah memberitahu umurnya tadi. 33 tahun. Cun sangat tu! Tinggi, berketurunan Syed, kaya. Cukup pakej seperti apa yang dimahukan oleh mami Elvina.

Seketika Eusoff terdiam. Sudah dapat diagak soalan itu bakal keluar dari bibir mungil Elvina.

"Single but not available." Eusoff menjawab senada.

Elvina melakar senyum nakal, single but not available, uh? Jangan risau, dia akan jadikan Syed Eusoff miliknya walau dengan apa cara sekali pun.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, kita boleh bersurai dan kamu boleh buat kerja masing-masing. Kalau ada sebarang soalan, boleh tanya terus kepada PA saya."

"Terima kasih, semua." Dengan penuh sopan, Eusoff menutup majlis yang berlangsung selama 15 minit itu.

Elvina memasang tekad di dalam hati. Mulai hari ini, dia akan menjalankan satu misi rahsia.

Misi Memikat Tuan Syed.


Tinggalkan komen dan vote, okey? ^^

HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)Where stories live. Discover now