BAB 18

855 114 4
                                    

TIGA BULAN KEMUDIAN...

SETELAH sekian lama terperap di dalam rumah, akhirnya Elvina memberanikan diri untuk menerokai dunia luar. Disebabkan tiada sesiapa di rumahnya hari itu, dia terpaksa keluar untuk mencari makanan. Seawal pagi, kedua ibu bapanya sudah keluar. Pergi dating lah tu. Sudahnya, dia dibiarkan keseorangan dan kelaparan. Pembantu rumahnya pula cuti sakit pada hari itu.

Usai membungkus ayam goreng dan burger di restoran makanan segera berdekatan, Elvina melintas kena melintas jalan raya kerana dia memarkirkan kereta agak jauh. Maklumlah, waktu ini semua orang kebulur nak cari makanan. Tempat parkir kereta semuanya penuh.

Ketika melintas jalan, tiba-tiba ada sebuah motosikal meluncur laju ke arah Elvina. Dia sempat mengelak, malangnya kakinya terseliuh lalu jatuh. Motosikal tersebut memecut laju tanpa mempedulikan Elvina.

Dasar hantu punya orang! Semoga lepas ni kalau dia bawa motor, lampu selalu merah dan tak pernah hijau. Semoga kalau dia makan dekat restoran, sejam dua jam baru order dia siap. Dan semoga bila dia berjalan, hujung kaki dia terlanggar bucu meja atau terkepit pintu.

Amin.

"Aduh!"

Elvina terduduk di atas jalan raya. Dia rasa hendak menangis saat itu juga. Orang sekeliling mula memandangnya, tapi tiada seorang pun yang mahu menolong.

Dia cuba bangun dengan bersusah payah, tapi kakinya tidak memberikan kerjasama. Perit dan sakit yang amat.

"Cik okey?" Suara garau seseorang menampan gegendang telinga Elvina.

Dalam keadaan menahan sakit, Elvina memandang ke arah lelaki yang berdiri di sebelahnya. Dia terkesiap apabila mendapati bahawa Eusoff adalah orangnya.

Harap yang Eusoff tak cam siapa dia. Lelaki itulah yang dia paling mahu elak daripada bertemu. Berbulan-bulan dia tak keluar dari rumah sebab tak mahu bertembung dengan Eusoff.

Mujur dia pakai purdah untuk menutup kecacatan di muka.

Eh, purdah? Elvina meraba-raba mukanya, tetapi mukanya bogel. Purdahnya sudah tercabut. Mungkin dalam keadaan cemas tadi, purdahnya tertanggal.

"El..." Suara Eusoff mematikan lamunan Elvina.

"Biar saya tolong awak. Boleh bangun?" Hilang suara dingin dan bekunya seperti sebelum ini. Digantikan dengan suara prihatin dan lembutnya.

Elvina malu, tapi dia sakit. Lambat-lambat dia menggeleng.

Dia cuba bangun, tapi sakit mencucuk-cucuk kedua-dua belah kakinya.

"Saya minta izin, ya." Tanpa menunggu persetujuan Elvina, Eusoff segera mencempung Elvina lalu membawa Elvina ke kereta Eusoff. Sewaktu dalam pelukan Eusoff, jantung Elvina berpalu dengan kencang. Tambahan lagi, apabila wangin Eusoff mencucuk rongga hidungnya.

"Awak nak bawa saya ke mana?" Purdah disarung kembali ke wajah. Dia malu nak berhadapan dengan semua orang.

"Saya nak balik. Bawa saya ke kereta saya," arah Elvina.

Eusoff tidak membalas. Dia sebenarnya terkejut dengaan pertemuan sebentar tadi. Sudah lama rasanya dia tidak menatap wajah yang anggun jelita itu. Apa yang lebih memeranjatkan adalah apabila wajah itu sudah berubah. Apa yang berlaku terhadap wanita di sebelahnya?

"Kenapa tuan diam? Tuan terkejut tengok keadaan saya sekarang? Dan tuan berpuas hati sebab saya dah dapat balasan daripada perbuatan saya?" soal Elvina bertalu-talu.

"Sakit-sakit pun mulut tu masih bising, eh?" balas Eusoff pedas. Dia menjeling sekilas ke arah wanita itu sebelum matanya kembali fokus pada pemanduan.

"Saya nak balik. Tuan nak bawa saya pergi mana?" Rasa nak saja dia buka pintu dan terjun dari kereta saat ini.

HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)Where stories live. Discover now