BAB 17

897 111 2
                                    

Pada awalnya, Elvina enggan pergi mendapatkan rawatan. Tetapi setelah berminggu-minggu lamanya, keadaan Elvina masih belum pulih walaupun dia telah mengambil ubat, akhirnya dia akur.

Dan sekarang ini dia berada di hospital untuk menjalani rawatan fisioterapi. Sharifah Andra setia menemaninya dan memberikan sokongan kepadanya untuk terus hidup. Syed Fawwaz pula tidak dapat ikut bersama kerana dia perlu masuk ke pejabat hari ini.

"Assalamualaikum, cik Elvina." Setelah Elvina masuk ke dalam bilik rawatan, dia disapa oleh pegawai fisioterapi yang bertanggungjawab untuk merawatnya.

"Waalaikumussalam, cik." Elvina merenung tag nama wanitu itu. Aisyah. Macam kenal, tapi dekat mana... ya?

Puas Elvina memerah otak, namun dia tidak dapat jawapan.

"Saya cik Aisyah." Wanita muda di hadapan Elvina memperkenalkan diri sekali gus mematikan lamunan Elvina. Mereka duduk berhadapan di meja kerja cik Aisyah. Hari ini, cik Aisyah akan menerangkan prosedur yang perlu dilalui oleh Elvina untuk membantu mukanya pulih seperti sedia kala.

"Cik Elvina faham ke?" soal cik Aisyah apabila dia selesai berbicara.

"Faham." Elvina mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Jadi boleh kita mulakan rawatan hari ini?" Cik Aisyah bertanya kepada Elvina untuk meminta persetujuan.

"Boleh."

Hampir satu jam sesi rawatan Elvina pada hari itu. Keseluruhannya, dia sangat suka dengan sesi tersebut. Tambahan pula, pegawai yang merawatnya itu sangat baik dan memahami.

Pada sesi kali ini, cik Aisyah mengajarnya untuk mengurut mukanya dengan betul supaya urat sarafnya kembali berfungsi seperti sedia kala serta untuk melancarkan peredaran darah ke muka.

Elvina menunggu Sharifah Andra di lobi hospital, memandangkan maminya itu mahu ke tandas seketika bagi membuang hajat.

Seketika mata Elvina terpaku ke arah seorang wanita seusianya. Dia menaiki kerusi roda yang ditolak oleh seorang lelaki, barangkali suaminya.

Tidak sampai sesaat, wanita itu berada di sebelahnya. Suaminya tadi menguruskan hal pendaftarannya.

Wanita itu mengoyak senyum kepada Elvina, lantas Elvina balas dengan senyuman.

"Assalamualaikum," sapa wanita itu.

"Waalaikumussalam," jawab Elvina.

"Seorang saja ke?" Ramah wanita itu menyapa.

Elvina menggeleng, "Tengah tunggu mami saya. Dia pergi ke tandas sekejap."

"Oh. Lupa nak kenalkan diri. Saya Marissa." Dia menundukkan kepalanya sedikit.

"Elvina," balas Elvina.

"Sakit apa?" Tanpa selindung, Marissa menyoal. Tetapi Elvina tidak kisah. Memang tujuan orang datang ke hospital adalah untuk mendapatkan rawatan kerana sakit.

"Bell's palsy." Elvina memberikan jawapan ringkas. Mujurlah dia memakai purdah, jadi orang tidak akan pelik apabila melihat dirinya. Hanya di depan cik Aisyah sahaja dia menanggalkan purdahnya. Itupun sebab nak dapatkan rawatan. Kalau tidak, dia tidak akan sesekali mempamerkan wajahnya yang hodoh itu.

Marissa mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Awak pula?" Elvina menyoal Marissa pula. Wanita itu menaiki kerusi roda dan kakinya ditutupi dengan kain yang dipakainya.

"Saya kemalangan dahulu. Koma 3 bulan. Sekarang tengah jalani rawatan fisioterapi untuk berjalan semula." Di sebalik purdah, Elvina menunjukkan riak terkejut. Allahu.

HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)Where stories live. Discover now