BAB 22

818 122 3
                                    

SEJAK pertemuan dengan Eusoff tempoh hari, Elvina seboleh-bolehnya mengelakkan diri daripada bertemu dengan Eusoff. Apabila Syarifah Andra dan Syed Fawwaz mengajak Elvina untuk makan bersama-sama keluarga Eusoff, Elvina mengelak dengan memberikan pelbagai alasan.

Sudah beberapa malam dia melakukan solat istikharah untuk mendapatkan petunjuk. Tetapi dia masih tidak punya jawapan.

Kalau ditanyakan kepadanya, sama ada dia mahu berkahwin dengan Eusoff atau tidak. Jawapannya adalah setiap wanita mengimpikan sebuah perkahwinan terutama sekali dengan lelaki yang dicintainya dan juga baik budi pekerti serta agamanya.

Impiannya suatu ketika dahulu adalah untuk memiliki Eusoff dan membina mahligai bersama lelaki itu. Namun sekarang dia tidak lagi berharap perkara tersebut akan berlaku kerana dia risau akan kecewa di kemudian hari.

Sudahnya, Elvina hanya membiarkan hal itu berlalu dan menyerahkan bulat-bulat kepada Allah.

Sekiranya Allah mengizinkan, pasti dia dan Eusoff akan disatukan suatu hari nanti.



JAM di Mekah menunjukkan pukul 11.00 malam. Syarifah Andra sudah pun lena di katilnya. Sedari tadi Elvina bergerak-gerak. Susah betul hendak melelapkan mata. Tiba-tiba perutnya mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Lapar la pula. Dia dah la sejenis yang tak boleh tidur dalam keadaan berlapar. Terbayang-bayang kebab yang dibeli beberapa hari lepas. Kedai kebab itu tak jauh pun dari hotel yang diduduki oleh Elvina.

"Mami..."

"Mami..." Elvina cuba menggerakkan tubuh Syarifah Andra, tapi maminya itu tidur mati.

Sudahnya, Elvina keluar setelah meninggalkan satu nota. Takut Syarifah Andra risau dan tercari-cari sekiranya Elvina tiada di sisi.

Disebabkan malas nak bersiap, Elvina hanya menyarung sehelai jubah dan tudung sarung berwarna hitam. Purdah tidak dilupakan.

Bilik Elvina terletak di tingkat 20. Jadi, lama juga masa yang diambil untuk sampai ke lobi hotel. Tiba di tingkat 18, pintu lif terbuka.

Tersembul wajah Syed Eusoff di sebalik celahan pintu. Pandangan mata mereka bertembung.

Ruang lif yang luas terasa begitu sempit. Adrenalina mula dirembeskan dari kelenjar hormone, membuatkan rentak sistolik jantung berdegup dengan tidak sekata. Elvina gugup. Kedua-dua belah tangannya disatukan.

Begitu juga dengan Eusoff, tetapi dia cuba mengawal riak wajahnya agar kelihatan tenang.

Lambat pula lif ni turun ke tingkat bawah.

Eusoff berdeham untuk menghilangkan rasa janggal yang menyelubungi mereka.

"Hani nak pergi mana?" Eusoff bersuara bagi memecah keheningan suasana.

"El. Panggil saya El," tegas Elvina. Bukan ke dia dah beri amaran kepada Eusoff bahawa gelaran Hani itu ekslusif untuk orang yang istimewa sahaja.

"Hani nak pergi beli makanan ke?" Eusoff buat tuli. Dia hanya membiarkan amaran Elvina berlalu dibawa angin.

"Hesy, awak ni. Jangan nak cari fasal boleh tak? Saya tengah lapar ni. Nanti dengan awak-awak saya makan." Elvina mencerlung Eusoff tajam.

Reaksi Eusoff, sebaliknya. Dia tergelak besar apabila melihat Elvina naik angin. Comel! Lapar rupanya, patutlah duk marah-marah.

Hati Elvina bengkak tatkala mendengar tawa Eusoff. Kenapalah dalam banyak-banyak manusia, dia perlu terserempak dengan Eusoff?

Akhirnya, lif pun sampai ke lobi. Elvina menarik nafas lega.

HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu