BAB 14

1.6K 144 21
                                    

SEMENTARA bersantai baring di atas katil, Elvina membaca satu novel Melayu. Rasanya sudah lama dia tidak menghabiskan masa untuk membaca buku. Dulu waktu sekolah, dia rajin baca novel. Kalau bukan maminya yang beli, dia akan pinjam novel kawan-kawan. Kadang sampai lunyai novel tu sebab asyik bertukar-tukar tuan.

Sekarang dia sudah jarang baca novel. Barangkali kerana tuntutan kerja yang semakin sibuk menyebabkan dia tiada masa untuk melakukan hobinya yang satu itu. Apabila teringin, dia beli sahaja. Bacanya entah bila.

Lama-kelamaan rasa kantuk mula menguasai diri. Mata yang terbuka luas hampir-hampir sahaja hendak terkatup sebelum telefon bimbitnya berbunyi. Siapa pula yang telefon pukul 11 malam ni.

Melihat nama pemanggil, terbuntang luas mata Elvina.

Syed Eusoff?

Eh, mimpi apa lelaki ni telefon malam-malam. Tak pernah-pernah dibuatnya.

Tanpa menunggu walau sesaat, Elvina segera mengangkat panggilan.

"Hello?" sapa Elvina. Berdebar-debar dadanya menunggu balasan daripada pemanggil di corong talian.

"Hello." Eh? Suara budak kecil.

"Emiir ke?" Dahi Elvina mula terbentuk garisan-garisan halus.

"Ya, kakak cantik," jawab Emiir.

"Emiir!" jerit Elvina kegirangan. Entah kenapa, dia suka sangat dengan Emiir. Pertemuan mereka singkat sahaja. Namun, suara dan telatah Emiir kerap bermain-main di dalam kotak fikirannya. Bukan Emiir sahaja, Eusoff pun sama.

"Emiir tak tidur lagi ke?" soal Elvina. Bukan ke selalunya kanak-kanak kecil, pukul 9.00 malam dah tidur.

"Belum. Emiir tak boleh tidur," adu Emiir.

"Kenapa tak boleh tidur?" tanya Elvina lanjut. Seronok pula dia melayan Emiir bercerita.

"Sebab Emiir nampak papa menangis tadi. Tapi Emiir tak nak kacau papa. Papa mesti tengah sedih." Lirih nada suara Emiir.

Elvina tersentak. Eusoff menangis? Di sebalik wajah dingin dan garang itu, terpendam seribu segala rasa di lubuk hati. Hendak diluah, tiada tempat untuk mengadu.

Lelaki pula sentiasa diasak dengan stigma di mana mereka harus kelihatan kuat dan tak boleh menangis memandangkan merekalah pemimpin.

"Emiir kenapa tak pujuk papa? Cuba Emiir peluk papa dan usap bahu papa. Sama macam papa selalu buat pada Emiir. Mesti papa dah tak sedih," kata Elvina. Syed Eusoff al-Haq, apakah yang menganggu fikiranmu tika ini? Masalah apakah yang dirimu tanggung saat ini?

"Sebab Emiir tak boleh tengok papa menangis. Nanti Emiir pun menangis juga." Nada suara Emiir bertukar sebak. Dikerlipkan mata berkali-kali agar tidak jatuh air mata ke pipi.

"Okey, tak apa. Syhhh... Syhhh... Jangan risau, Kak Hani ada." Elvina cuba memujuk. Kalau Emiir berada di hadapannya saat ini, pasti sudah dipeluknya tubuh kecil itu.

"Kak Hani, nanti kita jumpa tau," ujar Emiir.

"Emiir pujuklah papa. Kalau papa bawa Emiir jumpa Kak Hani, akak okey je." Dia juga puas pujuk Eusoff supaya dia dapat bertemu dengan Emiir. Tapi tak pernah lagi Eusoff turutkan permintaannya.

"Nanti Emiir cakap dekat papa."

"Okay, good boy. Nanti kalau ada rezeki, kita jumpa tau. Kalau Emiir nak air slurpee banyak-banyak pun tak apa. Kak Hani akan belikan. Bagitahu je." Hani memancing Emiir. Tak sangka mereka berkongsi minat terhadap minuman yang sama.

"Yeay! Tak sabarnya nak jumpa kakak cantik," ujar Emiir teruja. Bunga di taman Elvina kembang setaman. Begitu indah sekali perasaan ini.

"Mana Emiir dapat nombor Kak Hani?" soal Elvina.

HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)Where stories live. Discover now