BAB 6

1.2K 118 7
                                    

"TAK reti bagi salam dulu ke sebelum masuk?" kata Eusoff tanpa sedikit pun mengangkat kepala daripada kerja-kerjanya yang bertimbun. Hari itu merupakan hari kedua dia memangku jawatan sebagai CEO syarikat.

Tak sedikit pun Elvina tersinggung dengan teguran Eusoff. Malahan, senyuman yang terukir di bibirnya semakin melebar. Baru pukul sepuluh pagi, takkan dah tak ada mood.

Punggung dilenggok cantik. Dia berjalan setapak demi setapak ke arah meja kerja Eusoff sambil memeluk fail ke dada.

"Tuan Syed ni, pagi-pagi dah garang. Cuba senyum sikit." Tanpa dipelawa, Elvina melabuhkan punggungnya ke atas kerusi yang berhadapan dengan Eusoff. Hanya meja kerja memisahkan mereka.

Leka Elvina merenung wajah tampan kacukan Arab itu. Malam tadi dia mimpikan lelaki itu. Mereka keluar makan bersama-sama sambil bergelak ketawa dan berpegangan tangan seperti pasangan bercinta.

Kepala Eusoff dipanggung. Pandangan mata mereka bersabung. Eh, dia ni. Tenung orang macam nak tembus. Tak pernah nampak lelaki ke? Desis Eusoff dalam hati.

Eusoff berdeham untuk menghilangkan rasa canggung di antara mereka.

"Ada apa you masuk ofis I ni?" soal Eusoff lalu dia mengalihkan pandangan matanya. Apa seksa sangat wanita itu punya baju? Sudahlah ketat dan mengikut bentuk badan, blouse yang dipakai pula lebar di bahagian dada menampakkan apa yang tak sepatutnya.

"I nak ngurat Tuan Syed," ujar Elvina tanpa selindung. Sombongnya mamat di hadapannya itu. Langsung tidak mahu memandangnya. Tidak cantik ke dia hari ini? Dia telah memilih pakaian yang paling mahal dan berjenama untuk dipakai demi berjumpa dengan Tuan Syed. Minyak wangi disembur hampir ke seluruh badan.

Eusoff tidak terkejut mendengar jawapan Elvina. Dia acapkali mendengar kata-kata seperti itu daripada wanita-wanita muda seperti Elvina. Kalau Elvina yang sebut, lagilah dia sudah boleh agak.

"Be professional, please." Eusoff menegur.

"Cepatlah, I ada banyak kerja nak buat ni," katanya lagi. Tangan sibuk membelek-belek fail di atas meja.

Okey, tak apa Elvina. Siapkan kerja dahulu, kemudian barulah cuba untuk pikat hati Tuan Syed. Gumam Elvina di dalam hati.

"Okay, macam ini Tuan Syed. I ada baca kajian terbaharu dari United Kingdom yang mengetengahkan konsep nanoparticles untuk drug delivery. Di dalam Malaysia, tak ada syarikat lain yang menggunakannya lagi. Jadi I ingin mencadangkan penggunaan kaedah ini untuk pelancaran produk kita yang baharu." Elvina mula memberi sepenuh tumpuan pada kerja. Fail yang sedari tadi berada di tangan kini dihulurkan kepada Eusoff.

Eusoff memanggung kepala kerana tertarik dengan cadangan Elvina. Benarlah apa yang dikatakan oleh Tan Sri Hamid, Elvina merupakan seorang pekerja yang bagus. Ideanya bernas dan dia merupakan anak emas kepada syarikat mereka. Sebab itulah Tan Sri Hamid menaikkan pangkat Elvina kepada jawatan yang lebih tinggi meskipun usianya belum lagi mencecah 30 tahun.

"Nanozarah bersaiz kecil dan juga ada luas permukaan yang besar, jadi ubat yang mempunyai saiz sebesar nanozarah akan mempunyai keterlarutan dan bioavailabiliti yang tinggi. Ubat akan mudah diserap ke dalam saluran darah," terang Elvina dan bermulalah perbincangan mereka untuk projek yang seterusnya.

"That's good. I think we can proceed with your suggestions," Eusoff memberikan kata putus setelah hampir sejam mereka berbincang tentang perkara tersebut.

"Nice idea, Elvina. Keep up the good work," sambung Eusoff lagi.

Serta-merta senyuman manis terbentuk di bibir Elvina. Hatinya berbunga-bunga mendapat pujian daripada jejaka idaman Malaya itu.

"Terima kasih, Tuan Syed." Elvina pantas mengambil fail yang berada di atas meja. Sengaja dia mengenakan jarinya pada tangan Eusoff yang turut sama memegang fail tersebut. Segera lelaki itu menarik tangannya menjauh.

"Ada apa-apa lagi ke?" Eusoff mula berasa tidak selesa. Berani sungguh wanita di hadapannya itu.

"Ada," balas Elvina pendek.

"Yes?" Kening Eusoff terangkat sebelah. Dia memandang Elvina tanpa perasaan.

"Boleh kita lunch sekali selepas ini? Saya belanja Tuan Syed." Elvina menawarkan diri untuk membayar makanan tengahari mereka. Dia tidak kisah, asalkan dia dapat keluar makan bersama-sama dengan Eusoff.

"I sibuk hari ni. I, kan baru masuk kerja," balas Eusoff. Tak hingin dia keluar makan dengan wanita itu. Mati hidup semula pun belum tentu dia mahu. Menggeletis bukan main, seram sejuk dibuatnya.

"Please... I nak tunjuk kepada Tuan Syed restoran paling sedap di sini. Mesti Tuan Syed nak tahu juga, kan?" Masih tidak berputus asa, Elvina tetap cuba mengajak Eusoff. Dia memandang lelaki itu sambil menongkatkan dagu ke atas tangan kanannya yang berada di atas meja. Mata dikerdip-kerdipkan.

"I busy. Kalau tak ada apa-apa lagi, you boleh keluar dari ofis I sekarang." Sikit pun Eusof tidak endah dengan tindakan Elvina. Baginya, hubungan di tempat kerja hanyalah pekerja dengan majikan. Dia tidak ingin langsung menjalankan apa-apa hubungan istimewa dengan mana-mana pekerja di bawahnya. Sebab itulah awal-awal dia sudah pesan kepada Elvina untuk bertindak secara profesional.

"Okey. Kalau tak boleh hari ni, esok boleh tak? Lusa ke? Minggu depan pun boleh. I sanggup tunggu sampai Tuan Syed tak sibuk," kata Elvina.

"Boleh la, Tuan Syed." Dilembutkan nada suaranya sambil melirik matanya nakal. Tapi sikit pun Eusoff tidak memandang Elvina. Namun Elvina tidak berputus asa. Baru hari kedua lelaki itu bekerja. Tunggulah sebulan dua lagi, pasti lelaki itu akan jatuh ke tangannya. Bukan susah hendak tundukkan lelaki.

Dia sudah kenal dengan ramai lelaki. Awalnya, mereka akan jual mahal. Tapi lama-kelamaan mereka sendiri akan menyerah diri.

"I tak ada masa untuk semua tu, Elvina. Kalau tak ada apa-apa, I nak sambung kerja. Dan you pun boleh la sambung kerja." Eusoff memandang Elvina tajam sambil mengeraskan nada suaranya.

"Hani, Tuan Syed. Panggil I Hani. My honey pun boleh." Tidak peduli dengan pandangan tajam yang diberikan, Elvina memberikan kenyitan mata kepada Eusoff. Serentak itu, dia mengangkat punggungnya lalu berdiri.

Eusoff rasa seperti hendak muntah hijau di situ. My honey? Ingat dia spesial ke apa?

"Kalau Tuan Syed tolak pelawaan I hari ni, tak apa. I akan pastikan yang Tuan Syed tak akan tolak lagi selepas ini." Elvina senyum menggoda sebeleum dia melangkah keluar dari ofis Tuan Syed.

Di luar, dia memegang dadanya yang seperti hendak meletup. Ya Allah, mandrem apa yang lelaki itu guna sehinggakan jantung dia berdegup dengan begitu kencang?

Elvina menarik dan menghembus nafas berkali-kali untuk menenangkan dirinya. Mujurlah tiada sesiapa di situ. Kalau tak, mesti dia dicop angau. Tapi, memang dia angau pun sekarang. Dia angaukan Tuan Syed.

Di dalam ofis, Eusoff menggeleng-gelengkan kepalanya. Macam manalah dia hendak hadap wanita itu hari-hari? Mahu tunggang terbalik hidupnya nanti.

HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)Where stories live. Discover now