BAB 24

1K 119 3
                                    

TARIKH perkahwinan semakin dekat, kedua-dua belah pihak sibuk menguruskan persiapan majlis. Pada hari itu, Elvina dan Eusoff pergi ke butik perkahwinan bersama-sama untuk fitting baju kahwin. Atas persetujuan bersama, mereka memilih busana putih untuk majlis nikah. Manakala sewaktu majlis resepsi, busana songket berwarna biru muda akan dipakai. Majlis pertunangan akan diadakan seminggu sebelum akad nikah berlangsung.

Selesai memilih baju kahwin, Elvina dan Eusoff menikmati hidangan makanan tengahari di sebuah restoran Melayu.

Mereka memesan makanan. Mulut masing-masing terkunci kerana rasa lapar lebih menguasai.

Setelah makanan dihantar ke meja mereka oleh seorang pelayan, mereka mula makan selepas membaca doa.

"Awak, boleh saya tanya sesuatu?" Elvina meminta izin sekali gus memecah keheningan suasana.

Eusoff menganggukkan kepalanya.

"Siapa bekas isteri awak?" Sudah lama dia ingin ajukan soalan itu, tapi niatnya dikuburkan. Sekarang mungkin masa yang sesuai. Lagipun tak lama lagi dia akan menjadi isteri Eusoff. Jadi dia berhak tahu perkara ini.

Hampir tercekik Eusoff yang sedang menjamah makanan. Lekas-lekas air diteguk rakus. Wajahnya bertukar dingin serta merta.

"Awak akan jemput dia ke waktu majlis kita nanti? Kalau ya, saya nak kenal-kenal dengan dia. Sebab kalau boleh, saya tak mahu dia rasa yang saya nak rampas Eemir..."

"Nonsense." Keras suara Eusoff mencantas kata-kata Elvina.

"Saya tak nak awak cakap tentang ni lagi, Hani." Tegas Eusoff memberikan amaran. Tiba-tiba, semua makanan yang ditelannya terasa tawar.

"Saya berhak tahu. Sampai bila awak nak rahsiakan semua ini daripada saya?" Kalau boleh, dia tidak mahu mempunyai hubungan yang buruk dengan bekas isteri Eusoff. Walau seteruk mana pun ibu kandung Eemir, Elvina tidak layak menggantikan tempat wanita yang melahirkan Eemir itu. Eemir seharusnya mendapat kasih sayang daripada ibu kandungnya meskipun setelah Eusoff berkahwin lain.

"Sampai saya bersedia." Eusoff menarik nafas panjang.

"Okey, terpulang pada awaklah." Elvina ingin tahu, tetapi dia tidak mahu kelihatan seperti terlalu mendesak.

Akhirnya, sepi menyelubungi ruang di antara mereka.




SUDAH beberapa hari Elvina dan Eusoff tidak berhubung sejak kejadian itu. Namun, persiapan perkahwinan tetap diuruskan seperti biasa.

Sedang Elvina ralit membaca Al-Quran setelah menunaikan solat Maghrib, telefon Elvina berbunyi minta diangkat. Apabila melihat nama pemanggil, dia hanya membiarkan sahaja panggilan tersebut.

Bukan sekali dua Eusoff cuba menghubunginya, tetapi banyak kali. Namun, satu pun tidak berjawab.

Usai menunaikan solat Isyak, Syarifah Andra masuk ke dalam bilik Elvina.

"Ya, mami?" Setelah melipat telekung dan sejadah lalu menggantungkannya ke tempat asal, Elvina mendekati Syarifah Andra yang sedang menunggu di muka pintu.

"Eusoff ada dekat bawah. Dia nak jumpa Hani." Kata-kata Syarifah Andra membuatkan Elvina ingin tepuk dahi.

Dah kenapa sampai nak datang rumah bagai? Boleh je telefon.

Padahal dia sendiri mengelak apabila Eusoff cuba menghubunginya.

"Okey, Hani pakai tudung sekejap. Nanti Hani turun bawah, ya mami."

HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)Where stories live. Discover now