BAB 7

1K 134 10
                                    

"EH, tuan Syed. Buat apa dekat sini?" Elvina melangkah masuk ke ruang pantri. Mata menerawang ke segenap ruang, hanya mereka berdua berada di situ. Rasanya sudah dua hari dia tidak melihat wajah lelaki itu. Maklumlah, Tuan Syed orang besar jadi sentiasa sibuk. Mana reti duduk diam dekat pejabat.

Susuk tubuh Eusoff didekati oleh Elvina.

Tangan Eusoff lincah membuat kopi kegemarannya. Bukannya dia tiada tea lady untuk membuatkan kopi untuknya, tapi air tangan milik pekerjanya itu tidak kena dengan tekak. Sudahnya, dia bancuh sendiri. Lagipun, dia sudah terbiasa melakukan perkara tersebut sewaktu menguruskan syarikat di luar negara.

"Tuan Syed sihat?" sapa Elvina mesra meskipun soalannya sebentar tadi tidak berbalas.

"You tak ada kerja nak buat ke?" Eusoff mengangkat kening. Sinis. Berbalas pandang dengan Elvina tapi sedikit pun wanita itu tidak gerun dengan matanya yang mencerlung tajam.

"Ada. Kerja I pagi ni untuk tengok muka you." Elvina sengih nakal. Ah, dia tidak peduli apa orang nak kata tentang perangai miangnya. Apa yang dia tahu, dia cuma mahukan lelaki itu untuk menjadi suaminya.

"Mengurat you..." sambungnya lagi.

Eusoff hanya diam. Elvina pula mengambil kesempatan ini untuk menatap wajah lelaki kacak di hadapannya sedalam-dalamnya. Rindu!

"I banyak lagi kerja kena buat." Sesudah membancuh kopi, Eusoff mahu segera berlalu dari situ. Gatal bulu telinganya apabila mendengar suara lunak Elvina yang persis dibuat-buat untuk menarik perhatiannya.

"Sekejap." Tangan kiri Eusoff yang kekar dirangkul oleh Elvina.

Eusoff terkejut dengan tindakan berani Elvina. Mujur tak terlepas cawan kopi di tangan kirinya, "Hesy, apa ni?"

"Tie you senget." Tanpa menunggu balasan daripada Eusoff, Elvina pantas membetul-betulkan tali leher Eusoff. Kemudian, dia menggosok-gosok kedua-dua bahu Eusoff yang bersarung kot hitam megikut potongan badannya yang sasa.

Padahal tali leher yang dipakai oleh Eusoff tidak senget pun. Sengaja Elvina mencari alasan untuk bersentuhan dengan lelaki itu.

Kejadian berlaku sepantas kilat, Eusoff tidak sempat bertindak apa-apa. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja ditepis tangan Elvina yang merayap di badannya. Namun, risau kopi panas yang dipegangnya tumpah. Nanti timbul hal lain pula.

"Excuse me," kata Eusoff tegas. Tangan kanan diangkat tanda menyuruh Elvina berhenti membuat perkara sedemikian rupa. Dia menjeling tajam ke arah Elvina, namun Elvina tersenyum kemenangan. Makin Eusoff marah, makin dia suka.

"Please. Lepas ni jangan sentuh-sentuh I. I tak suka."

"You tu perempuan. Malu sikit." Setepek Eusoff menegur Elvina.

Elvina senyum senget. Langsung tidak terkesan dengan kata-kata Eusoff. Bukannya dia tidak pernah mendapat teguran sebegitu sebelum ini.

"It's, okay Tuan Syed. Kalau sekarang you tak suka, I akan pastikan lama-lama you akan suka dengan sentuhan I," kata Elvina yakin. Cuba bagitahu, lelaki mana yang dapat tolak layanan manja Elvina? Dia berani kerat jari jika ada.

"Enough. I nak buat kerja." Tanpa memandang Elvina, Eusoff segera mengatur Langkah keluar dari pantri tersebut. Kopi yang panas sudah bertukar suam.

Eusoff menghela nafas berat. Boleh tak kalau dia nak tukarkan Elvina ke cawangan lain? Kehadiran wanita itu membuatkan hidupnya yang sudah sedia ada serabut bertambah kusut.

Manakala Elvina yang masih statik berdiri di ruang pantri, tersenyum kemenangan. Ini baru sedikit, dia boleh buat lebih dari itu.


HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)Where stories live. Discover now