BAB 12

1.4K 134 3
                                    

DI kafe yang menjadi tempat kegemaran Elvina untuk makan tengahari, Elvina disapa oleh seseorang.

"El?" Kepala dipanggung ke atas.

"Eh, Syed Fakhrul." Perhatiannya pada mac and cheese yang sedang enak dinikmati terganggu saat terdengar suara yang familiar itu.

"You seorang je ke?" Kacak sungguh makhluk Tuhan di hadapannya ini. Namun, jika hendak dibandingkan dengan Eusoff, mestilah Eusoff yang menang. Dia kelihatan begitu maskulin dan bergaya dalam sut kerja.

"Ya, I seorang je ni," balas Elvina.

"Boleh I makan sekali?" tanya Fakhrul.

"Boleh. Meh la duduk," pelawa Elvina. Tangan ditunjukkan ke arah kerusi di hadapan.

Lalu Fakhrul mengambil tempat berhadapan dengan Elvina. Setelah memesan makanan, mereka berbual-bual mesra.

"I selalu makan sini, tapi I tak pernah nampak you pun," kata Elvina. Memulakan perbualan antara mereka.

"Oh, I kebetulan ada kerja dekat sini hari ni. Sebab tu la lunch dekat kafe ni, paling dekat dengan tempat yang I pergi. Tak sangka jumpa you."

"Makin cantik." Fakhrul melirik nakal ke arah Elvina. Sayangnya, wanita cantik persis bidadari di hadapannya ini sukar untuk dimiliki.

"Tak adalah. I sama je macam dulu." Elvina tertunduk malu. Pipinya berbahang. Anak rambut yang terjuntai diselitkan ke belakang telinga.

"You apa khabar? Sihat?" Pertemuan kali terakhir mereka ada ketika Fakhrul makan malam bersama kedua ibu bapa Elvina. Selepas itu, mereka tidak lagi berhubung mahupun bertemu. Jika diikutkan hati, malas hendak fikir kejadian malam itu. Pasti Fakhrul ada prasangka yang buruk terhadap keluarga Elvina. Namun, melihat perwatakan Fakhrul sepanjang perkenalan mereka yang singkat, dia jenis yang tidak menyimpan dendam.

"Sihat. You pula macam mana?" Soalan dibalas dengan soalan.

"I pun okey je," balas Elvina. Sesekali dia menyuap makanan ke dalam mulut. Dia lapar kerana sedari malam semalam dia tidak menjamah apa-apa makanan.

"Glad to hear that." Fakhrul melorek senyum manis.

"You dah kahwin ke sekarang? Macam mana dengan misi mencari suami tu? Dah jumpa bakal imam you?" soal Fakhrul. Teringat pula kejadian di mana dia ditolak mentah-mentah oleh Sharifah Andra. Tiada jodoh.

Dia sudah bersedia mental dan fizikal untuk mendirikan rumah tangga. Tapi calonnya masih tiada. Dia terlalu sibuk bekerja sehinggakan tiada masa untuk bercinta. Ada juga wanita yang sibuk menempel dengan dia, tapi dia tidak berkenan. Semuanya sama sahaja. Rapat dengan dia sebab dia ada rupa dan berharta. Nak cari yang betul-betul ikhlas untuk bersama dengannya susah dan senang, sukar sekali.

"Belum kahwin lagi dan I tak jumpa lagi calon suami. Tapi I tengah usaha untuk dapatkan seseorang." Hint diberikan. Berbunga-bunga hati Elvina apabila mengenangkan Eusoff.

"Amboi, nampaknya lelaki bertuah tu berjaya mencuri hati you. Tersenyum-senyum you dari tadi." Fakhrul perasan akan perubahan air muka Elvina yang kelihatan sangat ceria dan bahagia.

"He's perfect for me. Malangnya, dia tak ada perasaan yang sama seperti I. Tapi I tak akan berputus asa. Selagi dia bukan milik sesiapa, selagi itulah peluang untuk I masih cerah," kata Elvina penuh semangat. Sesekali dia merenung ke sekeliling kedai. Melihat telatah seorang demi seorang pelanggan yang hadir ke situ.

"Wow, I like that energy," kata Fakhrul.

Seketika pesanan yang dipesan oleh Fakhrul tiba.

"Orang kata, kalau kita mahukan sesuatu, kita kena usaha sampai dapat. Jadi I sokong you. If you want him, chase for him," sambung Fakhrul lagi.

"Itulah. I masih jalankan misi nak pikat hati dia. Susah betul. You ada idea lain untuk pikat hati lelaki tak?" Elvina meminta pandangan Fakhrul. Mana tahu Fakhrul boleh bantu. Dia, kan lelaki. Pasti dia tahu apa yang lelaki suka dan apa yang lelaki tidak suka.

"Hmmm." Fakhrul memegang dagunya dengan ibu jari dan jari telunjuk, membuat gaya seolah-olah sedang berfikir. Berat juga masalah ini untuk Elvina.

"You dah cuba kasi dia hadiah? Lelaki ni walaupun dia tak pernah minta, tapi kalau dapat hadiah, hati dia tersentuh dan pasti dia akan gembira," cadang Fakhrul.

"Itu dalam perancangan. I ada plan nak bagi dia perfume. Tapi tak sempat cari lagi," balas Elvina. Mungkin minyak wangi, boleh jadi baju atau kasut dan boleh juga topi. Tengoklah nanti.

"Tapi I ada masakkan untuk dia. Dia pun macam suka je." Tolak kejadian pagi tadi, selama Elvina berikan makanan kepada Eusoff, Eusoff terima sahaja. Pagi tadi entah angin apa yang merasuk, pertama kali dia tolak makanan Elvina.

"Wow, really El? You reti masak?" Mulut Fakhrul terbentuk 'O'. Ingatkan wanita di hadapannya itu tahu bergaya je.

"He he. Tak adalah. Bibik I tolong masak, I tolong bagi je." Elvina tayang sengih busuk. Memang taklah kalau dia masak. Mahu terbakar dapur mami dia. Sampai tujuh keturunan cucu cicit mami dia ungkit nanti.

"Meh, I dah agak dah." Bibir disengetkan ke tepi. Seperti yang dijangka.

"I sibuk la. Mana ada masa nak memasak ni. Baik la I suruh bibik masak. Senang kerja. Balik je rumah, makanan dah tersedia. Tak payah susah payah nak sediakan bahan masakan dan masak. Letih." Panjang lebar Elvina memberikan justifikasi.

"Ha betullah tu. I setuju." Tergelak kecil Fakhrul mendengar kata-kata Elvina. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau memang tak nak, berbagai-bagai alasan diberi.

"Kalau itu pun you dah buat. I rasa you perlu jadi diri you je la. You ni cukup pakej. Cantik, menawan, bijak, bekerjaya, peramah, baik hati. Semua benda ada pada you. You tak perlu buat apa-apa, lelaki tu sendiri akan nampak apa yang you ada," puji Fakhrul melambung-lambung sehingga Elvina tersipu-sipu malu. Manis sungguh mulut si Syed Fakhrul ini. Kalaulah ada gula, pasti sudah lama dihurung sekumpulan semut.

"You ni... Malulah I." Tawa halus terlepas dari bibir Elvina.

"Betul. Kalau dia sukakan you, you tak perlu buat apa pun. He'll see your worth." Kata-kata yang sangat matang keluar dari seulas bibir itu.

"Thank you for your ideas and compliments."

"Ataupun I ada lagi satu cadangan." Mata Fakhrul bercahaya. Seperti ada mentol bercahaya yang baru muncul dalam otak dia.

"Apa dia?" soal Elvina dengan perasaan ingin tahu.

"Tak salah kalau you goda dia, kan," ujar Fakhrul separuh berbisik. Mata dikenyit sebelah.

Cadangan Fakhrul membuatkan mata Elvina membulat.

"Nice idea." Sudahnya, Elvina meyambut baik idea yang diutarakan Fakhrul. Senyuman nakal terlakar di wajah.

Eusoff. Tetap seorang lelaki.

Lelaki mana yang dapat menepis godaan seorang wanita? Jika ikan sudah terhidang di hadapan mata, kucing mana hendak menolak.

Seorang lelaki akan diuji dengan tiga perkara yang mempunyai perkataan 'ta' di dalamnya, iaitu takhta, harta dan wanita.


HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)Where stories live. Discover now