BAB 19❤

211 16 0
                                    

"sampai hati awak". Air mata Haniss jatuh membasahi pipi.
Zafran yang terlihat Haniss menangis itu berasa kasihan. Tapi egonya menghalang untuk meminta maaf.
"aku balik dulu". Zafran bangun meninggalkan Haniss di restoran sendirian.

Sampai didalam kereta Zafran termenung mengingatkan Haniss.
"boleh ke aku nak balas dendam sedangkan dalam hati aku dah ada dia". Zafran meluahkan segala isi hatinya.
"ahhh lantaklah! Dia patut rasa apa yang aku rasa". Enjin dihidupkan dan berlalu pergi.

_________

Sebulan berlalu...

"eh apa ni? Macam mana you buat kerja?!". Marah seorang Datin kepada Haniss.
"maaf Datin erm biar saya ukur balik ye lengan Datin". Haniss mohon maaf kepada Datin Nadia itu kerana silapnya.
"you tahu tak event I minggu depan?! Sempat ke you nak buat?!". Datin Nadia masih menjerkah Haniss.
"insyaAllah sempat Datin". Haniss meyakinkan Datin Nadia.
"kalau nanti I datang masih belum ready, siaplah you!". Datin Nadia mengambil handbagnya di meja terus berlalu pergi.

Haniss duduk lalu melepaskan lelah. Dah berminggu-minggu otaknya masih memikirkan tentang hal Zafran. Datin Dahlia juga telah memberitahunya bahawa Keluarga Zafran akan datang masuk meminang pada hujung minggu ini. Riak wajah Datin Dahlia terlalu gembira apabila Haniss hanya menurut. Jika Haniss menolak keinginan ibubapanya pasti mereka sedih.

"Ya Allah serabutnya...". Haniss mengusap mukanya.
"beb. Kau ok tak ni?". Eyka yang baru datang itu terus menuju ke arah Haniss.
"kau tahukan masalah aku? Dengan Datin harimau tu tadi lagi. Aku stress la". Haniss memberitahu Eyka.
"ye, aku faham. And pasal Datin Nadia tu kau tak perlu risau, bagi aku je uruskan". Eyka juga kasihan dengan Haniss.
"thanks Eyka. Kau dah banyak tolong aku". Haniss tersenyum semula.
"apa kata kau balik rest ja". Suruh Eyka.

"takpa aku ada banyak lagi kerja ni". Haniss masih berdegil.
"eish dengar cakap aku please". Tegas Eyka.
"yelaa yelaa". Haniss menurut lalu pergi meninggalkan Eyka setelah mengambil semua barangnya.

_________

"eh hye Haniss".
Haniss menoleh selepass namanya disebut.
"la Irfan buat apa kat sini". Soal Haniss.
"ni kan restoran. Makanlah". Jawap Irfan dalam nada bergurau.
Haniss hanya mengangguk.
"boleh saya duduk semeja dengan awak?". Tanya Irfan sebelum malubuhkan punggungnya dihadapan Haniss.
"dah duduk pun".

"awak macam ada masalah je?". Irfan memandang Haniss.
"takdelah saya cuma penat dengan kerja". Ringkas saja Haniss menjawap.
"kalau awak masih dengan saya mesti awak tak macam ni kan?".
"heh apa awak merepek ni? Saya lagi sedih bila dengan awak". Haniss terus memerli Irfan. Manakala Irfan hanya berlagak biasa.
"saya balik dulu ya?". Haniss sudah mahu berdiri tetapi sekelilingnya bagai berputar-putar. Tidak lama lepas itu Haniss terus jatuh rebah.

"haniss!". Hanya satu suara yang didengar sebelum dunia menjadi gelap gelita.

Irfan yang terlihat Haniss rebah itu sudah mulai panik.
"haniss!". Badan Haniss terus dicempung dibawa keluar dari restoran itu. Orang sekeliling yang memerhati dia diabaikan.
Hospital dituju.

________

Datin Dahlia berlari menuju ke bahagian kecemasan dimana Haniss ditempatkan.
Lepas sahaja dia menerima panggilan dari Irfan Datin Dahlia terus bergegas ke Hospital bersama Haiqal.

"bro! Macam mana dengan Haniss?". Haiqal terus meluru ke arah Irfan yang sedang duduk diruangan menunggu.
"doktor tak keluar lagi". Itu sahaja jawapan dari Irfan.
"macam mana boleh jadi macam ni?". Tanya Datin Dahlia pula.
"saya dengan dia ada dekat restoran tadi sebab terserempak, dan Haniss nak balik, masa dia nak pergi tu terus dia jatuh pengsan". Cerita Irfan dengan benar.
"mujur kamu ada tadi. Terima kasih ya". Tidak tahu jikalau tiada sesiapa bersama Haniss tadi, pasti khabar ini akan sampai lewat kepadanya.

10 minit mereka menunggu akhirnya pintu bilik kecemasan itu dibuka.
Datin Dahlia terus bertanya tentang Haniss.
"doktor! Macam mana dengan anak saya".
"keadaan dia dah stabil sekarang, dia mengalami stress yang teruk, kalau dia ada masalah mohon puan tenangkan dia ya". Jelas doktor bernama Jefri.
Datin Dahlia hanya mengangguk atas keterangan doktor itu tadi.
"sekarang kami akan ubah Pesakit ke wad biasa. Saya pergi dulu ya". Terus doktor Jefri pergi setelah mendapat anggukan dari Datin Dahlia.

"kesian anak ibu". Datin Dahlia merenung kearah Haniss.
"aunty". Satu suara menegur Datin Dahlia dari belakang.
"eh Zafran". Datin Dahlia berdiri untuk menyambut kedatangan Zafran.
Irfan yang berada di sofa itu hanya memerhati tajam.
"macam mana keadaan Haniss?". Soal Zafran kerana ingin menunjukkan prihatin.
"macam tu la, dia demam sikit cuma dia belum sedar". Jelas Datin Dahlia sambil matanya memandang sayu ke arah Haniss.
"sapa yang bagitahu Zafran ni?". Soal Datin Dahlia, seingatnya dia belum memberitahu Zafran lagi.
"Haiqal". Beritahu Zafran.
"owh, eem Zafran dengan Irfan boleh tak tolong tengokkan Haniss sekejap. Aunty nak turun beli air". Pesan Datin Dahlia yang sudah mahu pergi.
"ok aunty". Jawap Irfan.

"mesti dia stress sebab kau kan". Hilang saja kelibat Datin Dahlia terus Irfan bersuara.
"sibuk la kau". Zafran geram.
"masa dia bercinta dengan aku dia happy je dulu tapi bila dia jumpa kau heh sampai boleh masuk hospital". Ungkit Irfan membuatkan Zafran menggenggam tangannya.
"kau apasal hah?! Ada masalah ke?!". Zafran mencengkam kolar baju kemeja Irfan.
"wo wo wo... Lek aa bro!". Irfan juga rasa dirinya tercabar, tapi ditahan kerana memikirkan tempat mereka berada.

"ad- aduh". Suara Haniss memecahkan suasana yang tegang itu.
Zafran cepat-cepat berdiri menuju ke Haniss. Dia tidak mahu melihat muka Haniss kerana hatinya sakit mengingatkan kisah lama. Tapi selebih perasaannya risau akan Haniss.

"kau ok?". Terus saja Zafran Bertanya.
Haniss hanya memerhati pandangan kosong mengingati apa yang terjadi.
"hm". Awak berdua boleh keluar". Beritahu Haniss dia pening dengan dua ekor manusia ni.
Zafran dengan Irfan pelik. Perlahan-lahan kaki mereka berdua melangkah pergi.

"kau lani ada kat situ! Menyebok je". Marah Zafran.
"kau tu yang menyebok, aku yang bawak dia datang sini. Kau? Pergi mana?". Irfan bagaikan menambahkan lagi kemarahan kepada Zafran.
Belum sempat Zafran melayangkan penumbuknya Haiqal datang menerpa.
"eh!eh! Korang ni!. Ni Hospital bukannya tempat bergusti". Pergaduhan yang baru hendak bermula itu sudahpun terlerai.

"Haniss dah bangun tu". Zafran memberitahu Haiqal.
"yeke ok thanks ya tolong tengokkan kejap. Aku pergi tengok Haniss kejap. Bye Irfan. Bye adik ipar". Haiqal seolah-olah periang itu pergi meninggalkan dua jejaka itu.

"adik ipar?". Berkerut muka Irfan manakala Zafran hanya tersenyum sinis.
"nanti jangan lupa datang majlis aku dengan Haniss". Zafran menepuk bahu Irfan dan terus berlalu pergi.
"takguna!!. Tunggu la kau!". Merah padam muka Irfan kerana marah.

TBC...
___________________________________

❤❤❤❤❤

Our Perfect Date [C]Kde žijí příběhy. Začni objevovat