BAB 28❤

266 14 0
                                    

4 hari berlalu...

"aduh penatnya...". Semua jenis barangan dilempar ketepi. Apa yang dia tahu dia hanya mahu baring... Letih membawa begnya.
Zafran?. Selepas saja menghantar Haniss dirumah dia terus pergi. Apabila ditanya mesti cakap.
"jangan seboklah".

Isteri mana yang tak terasa kan?.
"its okay hati aku kuat". Hanis tersenyum pahit.
Baru saja Haniss mahu melelapkan mata telefonnya berbunyi tanda mesej masuk.

"Irfan?". Berkerut muka Haniss melihat gambar yang dihantar oleh Irfan.
"muka macam... Zafran... Aish dia ni dengan perempuan mana pulak dia keluar ni?". Sakit hati dengan perangai Zafran.

"saya bukannya nak menuduh, tapi saya terserempak je, saya tengok mesra semacam je sebab tu saya tunjuk kat awak".  -Irfan

"owh takpa".  -Haniss.

Ringkas sahaja Haniss membalas. Dia takut nak bersangka buruk lagi terhadap Zafran.
"perempuan tu sapa ek?". Stress dirinya memikirkan tentang hal tersebut.
Mata kian memberat sebelum terlena dibuai mimpi.

________

"masuklah Tasya". Ajak Zafran.
"takpa ke Tasya tinggal sini abang?isteri abang okay ke?". Wanita yang bernama Tasya itu bertanya.

"takpa nanti abang bagitahu dia, dia okay je". Jelas Zafran. Zafran pon tak pasti apa yang dia buat ni. Menolong Tasya iaitu adik sepupunya yang datang dari kampung. Tasya sedang menunggu untuk masuk ke dorm universiti katanya jadi dia datang awal kesini.

"awalnya Tasya nak pergi rumah maklong, maklong takda kat Malaysia kan?". Soal Tasya tentang keberadaan papa dan mama Zafran.
"haah diorang dekat German sebab ada kerja, Zahra pon ikut sekali, sebab dia tengah cuti sem". Terang Zafran.

"jom saya tunjukkan bilik tetamu". Ajak Zafran.
Belum sempat Mereka pergi, mereka terserempak dengan Haniss yang baru keluar daripada lif.
Masing-masing terdiam.

"Arsya kenalkan ni Tasya, sepupu aku, anak makngah". Tasya menghulurkan tangan tanda mahu bersalam. Haniss membalas dengan biasa. Tapi hatinya tidak berasa enak.

"dia tinggal dekat sini kejap sementara nak tunggu masuk dorm kat uni". Haniss hanya mengangguk.
"oh okay, pergi laa naik bilik, rehat". Kata Haniss.

Haniss memandang kepergian Zafran dan Tasya. Telefon yang berada di tangannya diabuka. Gambar yang dihantar oleh Irfan tadi diperhati. Lega hati Haniss "sepupu dia je, tapi waktu dia salam aku tadi tu, macam ada sesuatu," teka Haniss.

"aish takbaik buruk sangka dengan orang". Haniss mengendahkan hatinya yang risau. Kaki melangkah menuju ke dapur.

________

Rambut yang panjang diikat tinggi. Kepala memikirkan menu yang mahu dimasak sebelum pergi kerja.

"nasi lemak or mee goreng?". Haniss mengetuk jari telunjuknya di dagu tanda sedang berfikir. Kalini dia harus memasak lebik kerana ada tetamu.

"masak la nasik lemak". Tegur satu suara dari belakang. Haniss berkerut memandang Tasya yang berada di kerusi bar itu.
"abang Zafran suka makan Nasi lemak waktu sarapan? Akak tak tahu ke? Isteri apa macam tu". Tasya memandang sinis.

Pedih Hati Haniss dikatakan begitu. Semalam nampak macam baik. Asal tiba-tiba berubah ni?.

"haa yelah akak masak nasi lemak". Senyuman paksa diberikan.

HAMPIR 30 minit dia bertungkus lumus berperang di dapur menyiapkan nasi lemak. Eh melebih pulak.

"mana dia ni tak turun lagi...". Mata memandang kearah tangga dan lif.
"takkan tidur balik?". Kaki melangkah ingin menuju ke bilik. Tapi belum sempat kerana matanya  ternampak Zafran dan Tasya keluar dari lift bersama?.

"sedap bau, kau masak apa?". Soal Zafran setelah sampai dimeja makan.
"nasi lemak". Ringkas sahaja Haniss menjawap sambil tangan lincah meletakkan nasi di pinggan.

Setelah semuanya di uruskan Haniss mereka duduk makan bersama.
"abang, tolong ambilkan sambal tu". Suara Tasya memecahkan kesunyian. Haniss hanya memandang tajam, siapa isteri Zafran sebenarnya ni?. Zafran pula hanya mengikuti.

"terima kasih". Tasya senyum girang.Zafran mengangguk dan tersenyum.
"Arsya kau pergi butik tak harini?". Soal Zafran Sambil memandang sekilas.

"haah pergi". Sebenarnya Haniss terasa hati dengan sikap Zafran yang melebihkan Tasya berbandingnya, dengan dia ber aku-kau. Dengan Tasya ni boleh pula lembut. Hm sabarlah hati.

"Tasya duduk rumah sekejap eh, kitorang kena pergi kerja". Pesan Zafran.
"takpa Sya bukannya budak kecik lah, lagipun sya nak keluar sekejap tengahari nanti nak beli barang sikit". Tasya memandang Zafran.

Haniss yang melihat pandangan Tasya itu berasa geram. "tengok laki aku macam nak tembus". Hati Haniss berbicara.

"pergi naik apa?". Zafran bertanya.
"naik teksi lah". Riak wajah Tasya kelihatan pura-pura sedih.
"eh takyah la naik teksi, pinjam je kereta abang yang lagi satu tu". Cadang Zafran.

Wajah Tasya nampak bersinar dengan cadangan Zafran.
"betul ke?! Terima kasih!". Tasya tersenyum girang.

________

Kaki melangkah keluar dari kedai SevenEleven. Tangan lincah mencari kunci kereta didalam beg tangan.

"Ouch!!". Akibat terlalu cuai berjalan. Eyka terlanggar seseorang.
"alamak!. Sorry! Saya tak pera-". Kata-katanya terhenti setelah melihat gerangan dihadapannya.
"macam kenal". Bisik hati Eyka.

"lain kali jalan tengok depan, sebok nak tengok handbag dia". Tuduh suara itu.
"ye salah saya, orang dah mintak maaf kan". Nak terkejut pon tak jadi disebabkan dia dikata begitu.

Lelaki Itu ingin pergi meninggalkan Eyka.
"eh kejap!". Halang Eyka.
"saya macam pernah jumpa awak lah". Teka Eyka. "muka macam crush aku". Kata Eyka didalam hati.

"saya tak kenal awak!". Sekali lagi Eyka menghalang.
"awak Hariz kan?". Eyka meneka.
Lelaki itu terdiam.

"macam mana awak tahu nama saya?". Tanya Hariz polos.
"awak tak ingat saya ke?, kita pernah jumpa kat kelantan, masa tu dekat funfair". Eyka bertanya.
"ni Eyka ke? Yang kawan sekali dengan Zafran eh?". Hariz meneka. Eyka hanya mengangguk.

"sorry tak perasan, awak buat apa kat sini?". Hariz mengubah keadaan yang kekok itu.
"owh saya datang beli makanan ringan sikit, awak buat apa kat KL ni, bukan awak ada dekat Kelantan ke?. Jantung Eyka berdegup laju memandang wajah tampan Hariz.

"saya balik rumah keluarga saya, sekarang saya tengah cuti". Eyka mengangguk faham.
"owh okay saya pergi dulu eh, saya tengah kerja ni". Eyka ingin melangkah pergi.

"awak kerja apa?". Terhenti Eyka sebentar.
"saya ada bukak butik pengantin kat jalan seberang tu dengan kawan saya lah, Haniss. Ingat tak?". Jelas Eyka.
"ingat-ingat yang tertumpahkan baju dengan Zafran tu kan? Tak sangka diorang dah kawin kan?jodoh betul". Hariz ketawa ringkas mengingatkan Zafran.
Eyka Sudah terpaku dengan tawa dan senyuman Hariz.

"nanti kalau saya nak kawin boleh la saya tempah baju kat situ kan?". Mati terus lamunan Eyka dengan kenyataan Hariz.

"aa-haa boleh.... Saya pergi dulu". Eyka melangkah pergi ke arah keretanya. Dadanya dipegang...

"kawin?"


TBC...

_..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._

Tekan la vote kat bawah tu please...🙂

Our Perfect Date [C]Where stories live. Discover now