BAB 57❤

609 28 3
                                    

"assalamualaikum, sayang... abang datang ni". Satu saja dia mampu ungkap. Rindu.

"abang bawak Zafiera datang, dia pun rindukan mummy dia". Senyuman cuba diukir, dia tidak mahu lemah. Dia harus kuat demi anaknya.

"rehat ya sayang, you're so strong". Air matanya galak mengalir.
Zafiera diriba memandang kosong wajah bapanya.

"Fiera... Tengok mummy tu, asyik tidur je". Zafran meletakkan tubuh anaknya ditepi Haniss yang masih kaku. Zafiera senyum tanda suka.

Sudah seminggu Haniss koma.
"sayang... Bangun la, lama abang tunggu, kita kan dah janji nak jaga anak kita sama-sama?". Wajah pucat Haniss diusap.

"abang bersyukur sangat masa tu sayang tak tinggalkan abang". Cerita Zafran. kata doktor pesakit yang koma boleh mendengar suara yang bercakap dengannya. Jadi tak salahkan dia bercakap dengan isterinya, walaupun tiada riaksi.

FLASHBACK...

"sabar Zaf, kita berdoa yang baik-baik". Dato Azman mengusap bahu Zaftan. Lemah dia melihat menantunya.

"Zaf tak sanggup kehilangan Arsya papa". Wajahnya yang sudah dibasahi air mata tidak dihiraukan. Isterinya dalam kritikal.

Seorang doktor datang kearah keluarga Haniss. Doktor Nadhirah.

"isteri saya macam mana?". Zafran menerpa.
"alhamdulillah, keadaan jantung Haniss semakin baik, cuma...". Ayat Doktor Nadhirah tergantung.

"cuma?". Hati Zafran mula resah.

"kemungkinan pesakit akan koma buat sementara waktu". Luruh jantung Zafran mendengan. Kasihan isterinya.

"kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu". Doktor Nadhirah beredar.

"sabar Zaf, sekarang Zaf kena focus dekat anak Zaf dulu, pergi azankan ya". Saran Dato Azman.
Zafran mengangguk lemah.

END FLASHBACK...

"Sini sayang, bagi mummy rehat okay?". Anaknya diambil semula. Namun ada satu tangan menghalang. Zafran terkedu.

"sayang?!". Tangan Haniss memegang Zafiera disisi. Mata dicelikkan perlahan. Wajah Zafran menjadi pandangan pertamanya.

"sayang... Dah sedar?". Cepat- cepat punat kecemasan ingin ditekan untuk memanggil Doktor. Pelik Zafran dengan Haniss, baru sedar dah gelak?.

"takyah panggil doktor... Doktor dah datang tadi". Haniss bangun dari baringnya. Zafiera diambil lalu dibawa keribanya.

"dah makan? Muka sayang pucat la". Risau Zafran.
"dah".
"sampai hati....". Kenapa isterinya sudah sedar Zafran tidak tahu?. Ini semua kerana Haniss. Dia sengaja nak kena kan Zafran. Sebenarnya dia sudah sedar sejak pagi tadi. Zafran yang lambat.

"abang jiwang jugak eh?". Sengaja Haniss mengungkit kata-kata Zafran tadi.
"eee dah la. Abang merajuk dengan sayang". Haniss gelak, Zafiera diriba turut tersenyum.

"assalamualaikum Tengku Zafiera Hanani". Wajah comel anaknya diusap. Mirip Wajah Zafran. Ada juga iras-irasnya seperti mata.

Zafran sudah cemberut. Dia yang merajuk Haniss abaikan.

"comelnya anak mummy ni". Pipi Zafiera digomol.
"comel macam abang kan?". Zafran bertanya polos.

"tak". Jawap Haniss sepatah.
"sayang tak tahu ke kalau tak ada ab-".
"dah la abang, Arsya rasa Zafiera nak minum susu, keluar kejap please". Lebih baik Haniss memotong kata-kata Zafran daripada berterusan.

"kenapa nak kena keluar pulak? Ni abang dah bawak dah susu dia". Zafran menghulurkan botol susu bewarna pink milik Zafiera.

"tak... Ni susu special". Zaftan diam berfikir. Setelah dia mendapat jawapan dia tersenyum nakal. Baru dia keluar dari bilik ward Haniss.

Our Perfect Date [C]Where stories live. Discover now