BAB 20❤

320 16 0
                                    

"cantiknya...". Suara dari belakang menyentakkan Lysha yang sedang disolek itu.
"hehe thanks Haniss, tak lama lagi Haniss pulak". Ujar Lysha lali mendapatkan tangan Haniss untuk diusap.
Senyuman Haniss dikekalkan tetapi tiada makna.
"erm nanti I dah boleh panggil you Kak Lysha".  Cadang Haniss.
"takyah la nanti... Sekarang la ". Ketawa Lysha.
"mesti kekok kan". Haniss tersenyum riang.
Sesungguhnya dia bersyukur kerana mendapat kakak ipar seperti Lysha. Dulu yang selalu diminati ramai. Tapi sekarang dia hanya setia pada Haiqal.

"pengantin perempuan dah ready? Dah boleh turun dah ni". Azra merangkap sepupu kepada Lysha yang berada di pintu memberitahu Penghuni di bilik itu.
"Haniss. Akak nervous la". Lysha menggenggam erat tangan Haniss.
"takpa akak tarik nafas...... And lepas". Lysha hanya menurut perintah Haniss supaya tenang sedikit.
"jom"

Mereka berdua turun bersama ke ruangan akad nikah di bawah.

"aku terima nikahnya Sophea Ellysha binti Redza dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai".

Dengan sekali lafaz Haiqal dan Lysya telahpun sah menjadi suami isteri.
Doa dibaca dan dituruti dengan pembatalan air sembahyang.

"congrats". Haniss berbisik di telinga Lysha.
"you to but soon". Haniss mulai gelisah kerana mengingati tentang hal dia dan Zafran yang juga akan bernikah pada minggu hadapan.
"sempat tak eh nak lari?eish tak baik malukan keluarga lagi-lagi ibu dengan papa". Haniss berbisik dalam hati.

"jom kita pergi ambik gambar". Haiqal yang baru datang itu terus menarik tangan Lysha.
"eh dah boleh pegang tangan la". Gurau Haiqal.
"gedik". Lysha hanya berlagak biasa untuk menyembunyikan rasa malu.

Haniss hanya memandang dengan rasa gembira. "bestnya diorang kawin dengan happy". Haniss bermonolog sendirian setelah dua mempelai itu pergi.
"kenapa kau tak happy ke?". Satu suara bertanya kepada Haniss. Haniss terus menoleh.
"Zafran". Nama itu keluar dari mulutnya. Tiba- tiba sahaja hatinya berasa tidak senang.
"saya happy je, tapi....". Ayat Haniss yang tergantung itu membuatkan Zafran terus memandangnya.
"awakkan tak suka saya, sebab saya pernah buli awak dulu, dan awak kawin dengan saya pun nak balas dendam kan?". Terus Zafran diam membisu.

Sejujurnya dia tidak tahu ingin membalas dendam ataupun tidak, dia mengaku dia sayangkan Haniss. Mana mungkin dia mahu menyakiti perempuan ini. Patutkah dia lupakan kenangan  dahulu dan terima sahaja semuanya?.

"sekarang ni kau lupakan dulu niat aku nak kawin dengan kau sebab nak balas dendam tu, haritu aku terlalu marah". Jelas Zafran.
"kita berhak kahwin dengan rasa cinta dan sayang". Tambah Zafran lagi.
Air mata Haniss sudah bertakung.
"awak sayang saya?". Haniss bertanya dengan mata merahnya.

"aku akan bagitau kau bila aku dah sedia". Zafran terus pergi meninggalkan Haniss sendirian di situ.
"maksudnya dia belum sayangkan aku lah kan?hm". Teka Haniss sebelum dia juga turut pergi meninggalkan meja itu.

__________

"lamanya tak jumpa kau Ris...". Datin Dahlia memeluk Tengku Risma lama.
"yee dah berbelas tahun pulak tu". Jawap Tengku Eisma sesusai melepaskan pelukan.
"mari masuk dulu Zaid, Ris kita sembang kat dalam.

"jadi masing-masing dah setuju la kan kita adakan majlis ni 1 hari selepas diorang nikah?". Tengku Zaid bertanya.
"ye kitorang okay je". Datin Dahlia datang membawa sedulang air.
"saya macam tak sangkalah kita dah nak jadi besan". Tengku Risma senyum bahagia.
"itulah harap anak-anak kita bahagia lah ye". Kata Dato Azman lalu mendapat anggukan dari mereka semua.

"pasal persiapan apa semua kita jimat sikitlahkan sebab Haniss kan wedding planner jadi semua dia yang buat". Ujar Datin Dahlia.
"wahhh baguss la tu, tapi pastikan Haniss dapat rehat lah ye sebelum nikah". Tengku Risma amatlah bersyukur kerana mendapat tahu bahawa Haniss adalah pilihan Zafran. Tidak salahlah dia syak sebelum ni yang Zafran dan Haniss amatlah sepadan.

Our Perfect Date [C]Where stories live. Discover now