BAB 47❤

400 18 0
                                    

"tokwan, Arsya balik dulu tau!". Ucap Haniss lalu berpelukan dengan tokwan untuk melepaskan rindu.
"iyaa Arsya tu jaga diri, jangan buat kerja berat". Haniss mengangguk saja mendengar nasihat tokwan.

Tiba giliran Zafran pula untuk datang bersalaman.
"Zaf, jaga Arsya ya, lepas ni jangan laa gaduh lagi, kalau ada masalah bincang elok-elok". Pesan Tokwan. Dia sudah faham dengan rumah tangga. Lagi-lagi yang baru kawin.

"okay tokwan. Tokwan pon sama hati-hati kat sini, kalau ada kecemasan call terus Zaf atau kitorang kat sana". Pintu kereta memandu dibuka.

Setelah selesai semuanya, Kereta Zafran keluar dari perkarangan rumah Tokwan.

__________

Tengku Risma tersenyum melihat sikap kerajinan Tasya yang membantunya.

"dah laa Tasya mari duduk dulu". Ajak Tengku Risma. Tasya melepaskan paip air dan menuju kearah Tengku Risma.

"Maklong nak apa-apa tak Tasya nak ambilkan?". Soal Tasya berpura-pura. Kalau  tanpa sebab memang taklah.

"tak apa ni dah ada minum petang". Tengku Risma mencicip air yang telah disediakan oleh pembantu rumahnya.

"erm Maklong...". Suara Tasya sedikit kendur.
Tengku Risma hanya memandang tanda dia mendengar.

"Tasya ingat nak berhenti belajar laa, Tasya nak kerja terus". Beritahu Tasya. Riaksi Tengku Risma terus berubah.

"kenapa Tasya nak berhenti pulak, kan Tasya dah dapat Uni yang Tasya minat?". Tengku Risma menyoal.

"hm memang Tasya minat, tapi Tasya kesian dekat Mak kat kampung. Mak macam tak larat". Wajah Tasya disedihkan tapi sebenarnya semua itu dusta.

"Maklong dah masukkan duit dekat Mak Tasya,  kamu jangan risau". Walaupun hubungan Tengku Risma dengan ibu Tasya adalah adik beradik tiri namun mereka amatlah akrab. Tengku Risma hidup senang pon Puan Manesah tak merungut malah dia redha hidup sederhana dengan suaminya.

"Maklong... Haih Tasya serba salah sangat nak cakap". Tangan Tengku Risma dicapai.
"kenapa Tasya?". Dia juga turut risau.

"sebenarnyakan. Mak nak sangat tengok Tasya dengan Abang Zaf kawin". Tersentak terus Tengku Risma dengan kenyataan Tasya.

"tapi Tasya faham, abang Zaf dah kawin, Mak pon tahu. Tapi Tasya tengok wajah mak nampak kecewa sangat Maklong". Mata Tasya berair.

"Tasya... Jangan buat Maklong rasa bersalah". Hatinya mula resah.
"Tasya memang dari dulu lagi simpan perasaan dekat abang Zaf Maklong". Kalini Tasya berterus terang.

"Maklong... Boleh tak pujuk Abang Zaf untuk kawin dengan Tasya?". Tapa segan silu Tasya meminta. Sungguh berat hati Tengku Risma untuk tunaikannya.

"Tasya sanggup kalau Tasya jadi isteri kedua Abang Zaf, kesian sangat dekat Mak dia teringin sangat dari dulu". Air mata Tasya mengalir. Namun hatinya ingin saja bersorak tetapi ditahan.

"nanti Maklong cuba". Tengku Risma mengeluh. Mampukah dia menunaikannya?.
"Terima kasih Maklong". Tasya cuba untuk tersenyum kelat.

"sikit ja lagi...". Tasya berbicara didalam hati.

__________

Badan disandarkan di buaian yang ada di koridor. Angin malam yang sangat menyenangkan hati. Kepala Zafran yang berada di ribanya diusap dan mereka sama-sama menikmati angin yang damai.

"sayang! Sayang! Sayang!". Teriak Zafran tiba-tiba dengan gelabah. Hilang terus suasana yang damai itu.

"apa?! Orang kat sebelah jalah!". Zafran disebelah masih lagi tidak memandang Haniss malah memandang ke Langit.

"eh sayang kat sebelah rupanya, but I saw you in the stars". Zafran simpan senyum. Matanya beralih pada Haniss yang diam.

"because stars are shining in my life, like you and this...". Sambung Zafran lalu tangannya memegang perut Haniss.

Wajah Haniss usah dikata, merah Habis. Kalau tengah berdiri mungkin dia akan jatuh.

"aik. Takkan tu pon nak blushing sayang?. Zafran bangun dari riba Haniss.
"ish dah laa Arsya nak tidur bye!". Setelah sekian lama Haniss diam dari tadi dia terus melarikan diri.

"tunggu laa". Zafran mengejar langkah Haniss.

"erm sayang... This is for you". Haniss memandang kearah huluran beg dari Zafran.
"apa ni?". Perlahan-lahan Haniss mencapai dan dibuka.

"ab-abang...". Perasaan sebak dan terharu mula melanda.
"cantiknya...". Rantai yang cantik berkilauan diusap.

"ni abang tempah special tau siap ada huruf nama kita lagi". Tunjuk Zafran kearah rantai yang terukir Z&H.

"thankyou". Ucap Haniss ikhlas. Sungguh dia terharu walaupun hanya seutas rantai tetapi besar maknanya.

"mari abang pakaikan". Zafran memakaikan rantai tersebut ke leher jinjang isterinya.

"omg dear, you look more beautiful". Haniss bertambah malu.
"thanks again muah!". Haniss menghadiahkan kucupan ringkas dipipi Zafran.

"berani eh dia sekarang kiss orang suka hati". Usik Zafran tapi sebenarnya di suka.

"biarla". Haniss mencebik.

___________

KEDAI di sekeliling pusat membeli-belah tidak dihiraukannya. Fikiran lebih tertumpu kepada rancangannya.

"for now, we're fail". Hati yang sebelum ni teruja kembali membara.
"susah betol nak pisahkan diorang eh". Air yang dipesan dihirup sedikit.

"but... Aku dah pujuk Maklong untuk buatkan Zafran kawin dengan aku". Tasya tersenyum bahagia.

"aku harap akan jadi". Sinis saja suara Irfan.
"ofcours akan jadi, kalau untuk hapuskan perempuan tu pon aku boleh". Lagak Tasya seolah-olah seperti psycho.

"kalau Haniss mati, kau pon akan mati". Tajam mata Irfan memandang Tasya. Baginya tiada siapa boleh sakitkan Haniss.

"heh".

__________

"sayang! Tunggu laa! Jalan slow-slow please". Haiqal mengejar langkah isterinya yang sudah jauh.

"abang tu jalan lambat sangat". Pintu sebuah butik kanak-kanak dimasukinya.
"awww cutenyaa". Rambang mata Lysha memandang pelbagai jenis dan corak pakaian untuk kanak-kanak dan bayi.

"which want?". Soal Haiqal sambil memegang 2 helai baju kecil ditangan kiri dan kanannya.
"erm, kita mana tahu lagi jantina anak kita?". Belum tahu jantina dah excited nak bali baju. Lysha teringin katanya.

"kalau macam tu ambik yang ni lah". Haiqal menayang baju berwarna coklat.
"ambik jelah". Tanpa berfikir panjang mereka membeli semua jenis baju dan kasut untuk bayi.

10 minit berlalu, sikit saja dibeli. Kita tak boleh beria sangat.

"Abang. Lapar la". Lysha mengadu. Memang setiap jam Lysha akan memberitahu Haiqal bahawa dia lapar.

"sayang nak makan apa?". Haiqal yang sudah faham itu melayan saja.
"hm teringin nak makan ala-ala jepun lah". Beritahu Lysha.

"yelaa nak makan apa?".
"kimci". Polos Lysha menjawap.

"aik, tu korean laa sayang". Haiqal membetulkan kesilapan Lysha.
"eh yeke? Haritu Sayang pergi Jepun ada kimci?". Lysha masih blur. Dia pon takfaham dengan diri dia. Apasal jadi bodoh tiba-tiba.

"apa sayang merepek ni? Kimci tu berasal dari korea". Naik pening Haiqal melayan karenah Lysha.

"ish apa-apa jalah, tak kesah laa Jepun ke, Korea ke, Malaysia ke, saya nak kimci sekarang!". Lysha bengang.

"okok jom". Takut Haiqal apabila melihat muka merah Lysha.

TBC...

_..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._

❤❤❤

Our Perfect Date [C]Where stories live. Discover now