BAB 41❤

436 19 0
                                    

"aku dah buat dia menderita...". Air mata jantan Zafran mengalir. Rasa bersalah terhadap Haniss menebal.

"malam tu aku marah dia, dia mintak izin dengan aku nak keluar, mesti dia mengidam kan? Tapi aku ego, aku perli dia, aku marah dia". Tak mampu lagi Zafran menuturkan perkataan.

"dah... Kau pergi laa mintak maaf dengan dia, kau betulkan balik semua ni". Arah Aedy.

Zafran mengangguk, harap sangat Haniss boleh memaafkannya.

__________

Kaunter yang sudah tersedia diserbu oleh Zafran.
"erm saya nak tanya bilik pesakit nama Haniss Marsya kat mana?". Tanpa berlengah dia terus bertanya.

"sekejap ye". Jururawat itu memandang komputernya untuk mencari maklumat. Zafran sabar menunggu.
"tingkat 4 bilik 4B, tap-".

"okay thanks". Zafran berlari menuju kearah lift dengan segera.
Matanya memerhati setiap tanda yang ditulis. Akhirnya dia nampak bilik yang dikatakan oleh jururawat tadi.

"sayang?!". Pintu ditolak kasar. Dia perlu berjumpa isterinya. Tapi hatinya kembali resah. Tiada pon kelibat isterinya.
Yang ada hanya jururawat yang sedang mengemas katil pesakit.

"encik cari siapa?". Seorang Nurse yang hendak keluar itu bertanya.
"erm ada tak pesakit nama Haniss Marsya kat bilik ni tadi?". Hatinya risau dengan keadaan isterinya.

"ada, tapi dia dah minta untuk discharge". Beritahu jururawat itu.
"di-dia per-pergi mana?". Mata Zafran berair semula.

Jururawat itu menggeleng tanda tidak tahu dan berlalu pergi.

"Arsya.... Sayang pergi mana?". Meja yang berada di sebelahnya dipegang kuat. Dia tak mampu berdiri.
Katil yang diduki Haniss tadi dipandang kosong.

Air mata jantannya mengalir lagi.
Dia perlu cari isterinya, Zafran menggagahkan juga untuk mencari Haniss.

_________

Rumah mertuanya dipandang. Rasa bersalah semakin menebal. Selama ini dia ego, dia selalu terburu-buru dan sekarang....

"assalamualaikum". Zafran memanggil penghuni rumah itu.
"waalaikumsalam... Zafran...". Datin Dahlia yang membuka pintu itu tersenyum tawar.

"Zaf mintak maaf ibu, ni semua salah Zaf. Zaf tak patut buat Haniss macam ni". Zafran menunduk. Dia malu, malu kerana tidak mampu menjaga bidadarinya.

"sabar Zaf... Ni semua ujian untuk kamu berdua". Datin Dahlia memandang sayu.
"Arsya ada kat sini kan? Zaf nak jumpa dia, Zaf nak mintak maaf dengan dia". Matanya mencari isterinya didalam.

"Arsya tak ada kat sini Zaf... Dia ada kat hospital. Masuk laa dulu". Ajak Datin Dahlia.
"Zaf dah pergi sana, tapi nurse cakap dia dah keluar... Zaf kena cari Arsya ibu... Zaf kena tebus kesalahan Zaf pada dia". Zafran sudah ingin pergi.

"zaf... Ibu rasa Zaf kena bagi dia masa. Dia perlukan ketenagan". Pesan Datin Dahlia.
Zafran mengeluh dan berlalu pergi.

_________

Pintu rumahnya dibuka perlahan. Mata yang sudah sebam itu tidak dihiraukkan. Fikirannya penuh tetang isterinya.

"Tengku?". Makcik Su selaku pembantu rumah mereka menyapa.
Zafran hanya melihat saja.

"Makcik Su balik dulu ya". Pamit Makcik Su. Dia hanya bekerja pada waktu siang sahaja.

"erm Tengku, Puan Haniss macam mana? Dia okay? Risau makcik Su, tadi masa makcik Su nak cuci lantai. Banyak sangat Darah". Soal Makcik Su. Dia juga tidak terlepas dengan kejadian tu.

"Haniss dah tinggalkan saya Maksu, saya sanggup percayakan orang lain daripada isteri saya sendiri". Zafran termenung jauh.
"haih, sabar ye Zafran. Mungkin ni Allah nak uji... MakSu balik dulu ye". Selepas mendapat anggukan dari Zafran Maksu terus beredar.

"maafkan abang sayang... Abang ego". Mukanya diraup kasar.

BILIK yang pernah isterinya tidur dipandang sayu. Kenapa dia begitu kejam?.
Wangian isterinya Yang masih ada membuatkan rasa rindunya semakin menebal.

"sayang...  Abang mintak maaf...". Air matanya yang tak pernah kering mengalir lagi dan lagi.

Bantal yang ada diambil. Bau wangi rambut Haniss masih lekat di bantal tersebut.
Dipeluk erat seperti dia membayangkan dirinya memeluk Haniss.

Lama dia berdiam. Matanya tertacap pada buku kecil yang berada dimeja solek isterinya.
Langkah kaki menuju ke meja tersebut.

Setiap satu muka surat dibuka dan dibaca. Sebak yang menebal usah dikata, rasa bersalah yang meninggi. Buku yang yang merupakan buku luahan Haniss.

Jarinya terhenti pada satu muka surat.

2.2.20**

Difitnah sangat sakit. Aku tak buat, aku tak curang. Kenapa abang tuduh aku macam ni?. Hati aku sakit...
Harini kali pertama aku kena tengking dengan suami sendiri, pada awalnya aku tak tahu, lepas saja abang tunjuk gambar tu....
Sejujurnya masa tu aku dipaksa, aku cuba untuk larikan diri dari dia, tapi semuanya pantas berlalu... Mujur dia tidak cederakan aku...

Helaian seterusnya dibuka....

4.2.20**

Semuanya berubah, Zafran dah berubah... Aku nak salam dia pon dia dah taknak, apatah lagi pandang muka aku. Terasa?.
Tipulah kau tak terasa. Aku ada hati dan perasaan...
Sekejap sahaja ke untuk kita rasa bahagia?.

6.2.20**

MasyaAllah... Harini aku dapat berita gembira. Syukur tak terhingga.
Allah berikan aku malaikat kecil yang menumpang dirahim ku. Mungkin Allah nak anak kecil ini menemani aku sekarang.
Sejak kebelakangan ni aku kerap sangat sakit kepala. Tapi aku tahan. Aku masih mampu, tapi harini aku tewas. Mujur ada Eyka dan Hariz yang tolong aku.
Doktor Nadhirah cakap. Aku preagnant 4 weeks. Alhamdulilah..
Tapi... Tadi aku balik lewat sebab discharge lambat. Masuk rumah je dah kena marah... Zafran tak pernah nak dengar penjelasan aku...
Takpa abang... Arsya maafkan.

Untuk anak mummy... Mummy happy sangat sayang datang teman mummy... Mummy mintak maaf sebab tak bagitahu daddy...
Kalau mummy bagitahu sekarang, mungkin daddy akan tuduh mummy bukan-bukan lagi. Nanti mummy bagitahu ye sayang...

I love you...

Buku didakap erat. Tak sanggup lagi dia membaca semuanya. Kasihan isterinya. Menanggung semua ni berseorangan.

"maaf kan ab-abang sayang". Bahunya sudah terhinjut menahan tangisan.
"suami jenis apa laa abang ni kan?". Bicara Zafran sendirian.

Saat Zafran ingin menutup buku tersebut. Ada dua kepingan gambar terjatuh.
Dia terpana.
gambar scan kandungan Haniss.

"anak aku Ya Allah...". Tangan Zafran tergetar semasa mencapai gambar tersebut.
"maafkan daddy sayang... Sebab sakitkan hati mummy... Daddy janji. Daddy akan betulkan semuanya. Bibir Zafran mencium gambar tersebut.


TBC...

_..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._

Sapa qasa chapter ni sedih sikit sila vote kalau tk sedih langsung tak payah vote pon tkpa😌

Jihah just nak tahu je... I'm a newbie so im sorry for my mistake😪❤

Our Perfect Date [C]Where stories live. Discover now