BAB 36❤

277 13 0
                                    

Mata yang bengkak tidak dihiraukan. Hampir berjam-jam Haniss menangis. Kini dia berada dibilik tetamu. Zafran mengunci bilik mereka.

"sekejap saja ke abang untuk kita rasa bahagia?". Soal Haniss sendirian. Segala kenagan bahagianya terlayar kembali.
Air mata pula bertakung kembali.

"Haniss minta maaf abang...".Haniss serba salah juga. Dia mungkin salah kerana tidak menceritakan hal sebenar. Sekarang Zafran sudah marah pada Dia.

Lama kelamaan dia terlelap dengan sisa air mata yang masih ada. Badannya letih sangat untuk harini.

_________

Kaki melangkah menuruni anak tangga. Kelihatan meja makan sudah terhidang sarapan.

"siapa yang masak?". Haniss tertidur kembali selepas solat subuh, tiba-tiba saja dia muntah. Dengan sakit kepala tak sembuh lagi.

Haniss terlihat ada sekujur tubuh yang amat dikenali sedang menikmati sarapan.
Takut Haniss ingin tegur tapi dikuatkan juga dirinya untuk menegur.

"good morning abang...". Senyuman manis diberikan Haniss menarik kerusi untuk duduk dihadapan Zafran.
Zafran pula bangun setelah melihat Haniss. Dia belum masih memaafkan Haniss kerana menipunya.

Laju Zafran melangkah untuk ke pintu utama. Haniss pula mengekori suaminya. Rutin hariannya ialah menyalami suaminya. Takkan dia nak abaikan saja.

"take care abang i love you!". Haniss menyua tangan untuk menyalami. Namun Zafran memandang kosong, tiada lagi balasan.

Zafran pergi menuju ke kereta dan beredar dari kawasan perumahanya.

Haniss yang dari tadi berdiri statik. Dadanya dipegang. Hatinya sakit. Tidak lama selepas itu dia beredar ke meja makan semula.

"eh akak. Duduk laa makan. Harini Tasya masak". Tasya menyapa ceria. Haniss hanya mengangguk saja.

"terima kasih, susahkan Tasya je". Segan pula apabila tetamu yang masak.
"takpa... Tasya tengok muka akak pucat sangat. Akak okay?". Sengaja Tasya berpura-pura. Sebaliknya, Hatinya bersuka ria.

PERANG tak semalam?". Tanya Irfan.Selepas saja Tasya melihat Haniss pergi kerja cepat-cepat dia pula keluar untuk berjumpa Irfan.

"kena marah teruk lah dengan abang Zafran". Sinis saja tawa Tasya.
"tak sangka dia tak percaya dengan isteri dia sendiri. Lagi senang kerja kita". Irfan pula tersenyum puas.

Kalini mereka berasa senang dengan rancangan mereka yang semakin berhasil.

_______

Sofa yang sudah sedia ada dibutiknya diduduki lema oleh Haniss. Dia mahu berehat dirumah tetapi banyak kerja menghalang dirinya. Jadi, dia lawan saja segala keletihan yang ada padanya.

"Arsya?". Eyka yang terserempak dengan Haniss di ruang tamu itu menegur.
Haniss hanya memandang lemah.

"kau kenapa ni? Pucat gila muka kau". Eyka sudah mula cuak. Tak pernah-pernah Haniss kerap sakit. Semalam pon dia mengadu sakit kepala.

"aku okay". Senyuman paksa diberikan.
"tipu. Baik kau cerita sekarang". Tegas Eyka mengarah. Lama Haniss diam.

Isk..isk...". Tiba-tiba tangisan Haniss pecah. Eyka pula cepat-cepat memeluk Haniss.
"kau ok tak ni?, asal menagis?". Pelan-pelan belakang Haniss diusap untuk menenangkan diri Haniss.

"zafran....". Haniss ingin mencerita hal sebenar. Tapi tangisannya menghalang.
"shuuu.... Shuuu.... It's okay. Kau nangis dulu, nanti kau cerita okay...". Eyka setia memeluk Haniss.

Our Perfect Date [C]Where stories live. Discover now