BAB 23❤

293 18 0
                                    

"kenapa tak pergi office?". Pelik Haniss melihat Zafran yang sedang sedap rehat di atas katil.
"ikut suka aku la, aku kan CEO kat situ". Dingin Zafran.
"elehh tanya sikit pon nak marah". Haniss mengambil baju di almari dan kelakuannya dilihat Zafran.

"tu nak pergi mana?"
"butik laah mana lagi". Jujur Haniss. Nak buat apa sangat kat rumah ni baik dia pergi siapkan dress dress yang dekat butik tu.

"aku tak izinkan". Terhenti tangan Haniss yang sedang mencari baju.
"apasal pulak?". Haniss sudah mula berkerut.
"aish kau ni! Majlis kita baru je selesai semalam kalau kau pergi kerja harini mesti papa tak bagi punya". Terang Zafran.

"habis tu saya nak buat apa kat rumah?". Soal Haniss.
Zafran bangun dari katil menuju ke arah Almari.
"kau tanya nak buat apa? Kau lupa yang papa nak cucu?. Langkah semakin mendekat.
Bulu roma Haniss sudah meremang.

"eh jangan dekat, eh apa ni jauh sikit". Haniss sudah takut dengan renungan Zafran.
"awak jangan macam-macam erm awak kena faham yang saya belum bersedia lagi". Kata-kata Haniss membuatkan Zafran menjauh.

"okay". Satu patah perkataan sahaja yang keluar dari mulut Zafran lalu beredar meninggalkan bilik mereka.

Haniss yang masih tercegat terus merasa bersalah.
"aishh dia marah?terasa?. Aduhh apa aku dah buat ni?. Pujuk jelah, ajak keluar atau bagi hadiah?. Haniss mengomel sendirian.
"ajak keluar lah senang kan?". Runsing kepala Haniss dibuatnya.

Haniss mencari keberadaan Zafran. Sekeliling rumah dicari tapi masih tidak kelihatan.
Satu sahaja lagi tempat belum dicari.
"bilik bacaan". Laju Haniss pergi ke tingkat 2 rumah keluarganya.

SAMPAI sahaja di depan pintu betul sangkaannya apabila terlihat Zafran yang sedang berada di sofa sambil melihat sesuatu.

"aw-awak". Gagap Hanis menegur.
Zafran masih membisu dan dingin.
Haniss melabuhkan punggungnya disebelah Zafran.
"saya nak mintak maaf, saya tahu saya salah,". Situasi yang masih diam itu membuatkan Haniss tak senang duduk.

"hah! Apa kata kita keluar nak?kita jalan-jalan?shopping?makan?". Pujuk Haniss.

"taknak".

"kalau macam tu kita date?". Spontan mulut Haniss ditutup olehnya.
"macam mana boleh tercakap yang tu pulak?!!". Desis hatinya.

"yang tu ok je".

"hah? Yang mana? Jalan-jalan? Makan? Shopping...?" Haniss berpura-pura tidak tahu.
"kau cakap balik sebelum aku kiss kau".

"date?". Berdegup kencang jantung Haniss.

"yes! Jom". Zafran menutup buku yang dilihatnya tadi. Buku album?
"awak buat apa dengan buku album tu?". Haniss bertanya.

"saja tengok isteri aku masa kecil dulu, yang pernah malukan aku dulu tu". Dingin saja suara Zafran sebelum berlalu pergi.

"sikit sikit nak ungkit. Haih apalah nasib". Haniss juga turut mengkori Zafran.

__________

"wahhh pasangan bahagia". Satu suara datang menegur Haniss dan Zafran yang berada di meja makan sebuah restoran.
"ir-irfan?". Takut-takut Haniss menegur. Sebenarnya dia rasa tidak selesa dengan lelaki ini sejak mimpi itu.

"kau buat apa datang sini?". Zafran yang dari tadi hanya memerhati kini kemenegur.
"sajaa nak tegur ex aku...". sengaja irfan berkelakuan begitu.

Tangan Zafran yang sedang memegang telefon itu digenggam geram.
"ex ja kan? Lagipon ex kau ni dah ada suami so boleh move on jelah eh". Zafran memerli.

"alahhhh boleh je aku nak ambik balik dari suami dia". Kata-kata irfan mengundang kemarahan dari Zafran.
"kau kenapa hah?!!". Tangan yang tadi disimpan kini menghempuk meja makan.
Haniss pula sudah cuak kalau mereka bergaduh di khalayak ramai.

Orang sekeliling sudah memerhati keadaan yang tegang itu.
"eh sabar awak". Haniss menggosok sedikit lengan Zafran.
"oklah aku rasa aku kena pergi dulu nanri aku jumpa kau lagi eh". Irfan berlalu pergi tanpa mengendahkan apa yang sedang berlaku.

"kurang ajar betul lah!". Merah padam muka Zafran.
"kalau dia ada kacau kau lagi nanti atau jumpa ke bagitahu aku terus". Zafran memberi arahan dan mendapat anggukan dari Haniss.
"dah duduk makan".

_____________

"erm awak. Ni bukan jalan balik rumah mama papa?". Haniss mula berasa cuak apabila Zafril memandu pada jalan yang belum dia pernah lihat.
Yang ada hanyalah kawaasan perumahan mewah.
Soalannya diabaikan Zafran.

"kita nak pergi rumah sapa?". Tanya Haniss lagi.
"ish kau ni banyak tanya lah! Tunggu jelah sampai!". Terus Haniss membatu akibat jerkahan Zafran. Bohonglah kalau dia tidak terasa.

3 minit kemudian kereta zafran masuk ke salah satu sebuah kawasan perumahan.

"jom". Ajak Zafran.

"ni rumah kita". Turun saja Haniss dari kereta Zafran terus memberitahu.
"ru-rumah kita?". Takut-takut Haniss bertanya.
"haah. Aku beli ni sebelum seminggu kita kawin.

"owhh...".

"dah jom masuk". Zafran menarik lengan Haniss.

"wahhh cantik lah wak". Teruja Haniss.
"hm. Kita nak pindah bila?". Soal Zafran.
"ikut awak lah."

"nantilah bulan depan ke? Bgi girlfriend aku kena ambik dulu". Kata-kata Zafran itu membuatkan Haniss terkejut.

"awak ada girlfriend? Dia dah duduk rumah ni?". Sayu saja suara Haniss.

"ada lahh". Zafran terus pergi menuju ke lif yang berada di hadapannya.

"dah jom nak naik atas tak?". Pertanyaan Zafran hanya mendapatkan anggukan.

Diam-diam Zafran tergelakkan Haniss yang percaya kata-katanya.

___________

"kami semua ok saja korang nak duduk rumah sendiri silap-silap cepat sikit dapat cucu". Gurau Tengku Zaid membuatkan Haniss menunduk malu.

Sebenarnya malam ni mereka mengadakan makan malam semua dapat turut serta kecuali Haiqal dan isterinya Lysha kerana berada di rumah keluarga Lysha.

Dato Azman dan Tengku Zaid hanya berbual tentang syarikat dan projek masing-masing. Manakala Datin Dahlia dan Tengku Risma pula berbual kosong. Zahra pula sedang bergayut dengan seseorang.

Kini tinggal lah Zafran dan Haniss yan duduk bersebelahan tapi tidak berbual. Fikiran Haniss masih pada kata-kata Zafran tentang Girlfriend dia tu.

"aish takkan aku nk tinggal serumah dengan girlfriend dia? Mau tak perangnya nanti". Haniss bercakap perlahan. Daging steak dihadapannya ditikam geram.

"amboi marah apa tu?". Zafran yang dari tadi memerhati terua menegur.

"eh tak. Ni daging susah nak potong". Gugup Hanis menjawap.
"meh sini aku potong". Lincah tangan Zafran memotong daging itu. Tingkah laku mereka berdua diperhatikan keluarga mereka dengan senyuman.

"aw sweetnya anak mama". Tengku Risma bersuara. Zafran hanya tersenyum senget. Bangga laa tu orang cakap dia sweet.

"sorry la Zafran anak ibu ni manja sikit, maklum lah dia je anak perempuan dalam keluarga kami". UJar Datin Dahlia pula.

"eh tkpa ibu, dia kan isteri Zaf, tkde hal la". Pandangan yang sukar ditafsir diberikan kepada Haniss.

Haniss mengalihkan pandangannya kearah lain.

TBC...

_..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._

❤❤❤❤

Our Perfect Date [C]Where stories live. Discover now