BAB 42❤

420 20 0
                                    

Do you do what you did when you did with me
Does he love you the way I can
Did you forget all the plans that you made with me?
'Cause baby I didn't
That should be me, holding your hand
That should be me, making you laugh
That should be me, this is so sad
That should be me
That should be me
That should be me, feeling your kiss
That should be me, buying you gifts
This is so wrong
I can't go on
Till you believe
That should be me
That should be me
You said you needed a little time from my mistakes
It's funny how you used that time to have me replaced
Did you think that I wouldn't see you out at the movies
What you doin' to me....

Lagu yang dimainkan radio amat tepat dengan situasinya. Haniss termenung jauh memerhati jalan raya yang tidak berapa sesak.

"Arsya kau ok tak?". Eyka yang fokus memandu bertanya.
Soalannya dianggukkan saja.

"kau stay sana elok-elok, jangan buat kerja berat. Kalau tak, aku suruh tokwan ikat kau". Riak wajah Eyka digarangkan.

"ye. kau ni jangan laa risau sangat...". Sudah 100 kali Eyka berpesan benda yang sama.
"gila aku tak risau, kau tak sembuh lagi tu. Tau nak keluar je". Mata masih focus pada jalan raya.

"aku taknak dia datang... Aku tahu Hariz bagitau semua benda kan?". Haniss tidak mahu Zafran menerimanya kerana dia mengandung, itu sebab dia memilih untuk menjauh dari Zafran.

"ni untuk kebaikan kau jugak...".
"kalau ditakdirkan aku akan berpisah dengan dia, aku redha. Aku boleh jaga anak ni sorang-sorang. Aku mampu lebih lagi". Perutnya diusap.

"jangan laaa cakap macam tu, tak baik". Eyka menggosok bahu Haniss sekilas.

__________

Honda Jazz Haniss memasuki perkarangan rumah Tokwan.

"tokwan!! Eyka datang!!". Eyka yang terus keluar dari kereta memanggil tokwan.
Haniss terdiam sebentar.
"tokwan siapa senenarnya ni?". Tergeleng Haniss melihat perangai Eyka.

"Wahhh cucu-cucu tokwan datang laaa". Tokwan yang baru membuka pintu terus menyambut kedatangan Eyka dan Haniss.

"rindunya dengan tokwan". Haniss menyua tangannya untuk bersalaman.
"tokwan pon rindu haa dengan Haniss dengan Eyka.

"aik, Arsya. Mana suami kamu?". Mata mencari cucu menantunya.
Manakala Haniss diam membisu.

"ada apa-apa ke ni?". Tokwan yang melihat riak wajah cucunya yang muram sudah dapat meneka.

"haih, dah laa mari masuk". Ajak tokwan.
"tokwan masak apa-apa tak untuk kitorang?". Eyka yang ceria dari tadi masuk memimpin tokwan.
"mana nak sempatnye. Korang berdua datang tak bagi tahu".

Haniss yang masih berdiri diluar termenung jauh. Kaki melangkah dengan berhati-hati ke arah pangkin yang  berada di bawah pokok.

Tempatnya dibersihkan sebelum melabuhkan punggung.

"Tenang".

Itu yang dia rasakan, lari daripada masalah? Tentunya seronok, tapi berat yang akan datang belum tentu dia dapat lari.
Hati dia sakit. Sakit sangat.

"buat masa sekarang kita stay dekat rumah tokwan dulu ye sayang". Bibir Haniss mengukir senyuman manis. Perutnya yang sedikit membentuk membuatkan Haniss berasa tidak sunyi.

"Arsya!". Jerit Eyka sambil berlari anak ke arahnya.
"apa".

"masuk laa rehat, kau tu baru keluar hospital. Nanti masuk lagi sekali karang haa aku taktau". Eyka memarahi Haniss persis ibu yang garang.

"hiks kau ni...". Tiba-tiba saja mata Haniss bergenang dengan air mata.
"eh eh kenapa ni?". Eyka cepat-cepat datang memeluk Haniss.

"kau selalu sangat ambil berat pasal aku, aku terharu". Jelas Haniss dengan nada yang masik menangis.
"haih tu je ke? Halahhh mak buyung ni...". Nak tergelak Eyka dengan perangai Haniss yang mengada dan cepat menangis.

"dah jomm masuk, tokwan dah cari kau tu". Eyka memimpin Haniss.

"jap nak ambik beg dulu". Haniss menuju ke keretanya.
"takpayah! Nanti aku ambik, kau punya tahap degil ni buat aku stress". Berkerut muka Eyka.
Haniss hanya gelak.

__________

"makan banyak-banyak Arsya, kesian cicit tokwan tu, mak dia asyik termenung aje". Tokwan yang perasan Haniss hanya menguis nasik dipinggan dan termenung jauh itu menegur.

Haniss tersenyum tawar, sejujurnya sekarang dia tiada selera untuk menelan makanan.

"Arsya... Semua masalah yang ada dalam rumah tangga ni sebenarnya Allah nak uji saja Arsya, sama ada kamu berdua mampu atau tidak. Apa-apa takdir kamu kena terima". Tokwan yang sudah tahu segala masalah yang dihadapi oleh Haniss itu hanya menasihat.

"takpa tokwan. Arsya kuat". Senyuman cuba dipamerkan.

"uish tokwan. Sambal ni sedap giler". Eyka yang diam dari tadi memotong suasana yang sedih itu.

"eyka kau ni melantak je kerja, aku tak pa lahhh. Kau tu bela saka ke?". Gurau Haniss.
"kau yang susah sangat nak makan. Aku makan jelah". Muncung Eyka.

"dah-dah jangan gaduh. Makan lah, banyak lagi ha kat dapur tu". Tokwan menghentikan pertelingkahan kecil itu.

PINTU bilik ditutup rapat. Seusai bersembang dengan Tokwan dan Eyka di ruang tamu dia ambil keputusan untuk masuk bilik dan rehat.

"adoih letihnya". Pinggang dipegang. Beg bagasi yang dibawa dibuka. Baik dia kemas baju masuk almari.

"mana buku aku ha?". Baru Haniss tersedar yang bukunya tertinggal dirumah...  Zafran.

"aduhhh lupa ambil, macam mana kalau dia baca?". Gelisah Haniss.
"alahhh dia bukannya nak kesah pasal aku lagi, jangan-jangan dia dah syok sebab aku takde kat situ". Haniss cuba menenangkan Hatinya.

Telefon yang berada di atas katil diambil.
"nak on ke tak?". Fikir Haniss.

"on jelah sekejap". Butang on di tepi ditekan lama sebelum telefonnya berfungsi semula.

Lama Haniss menunggu sebelum dia terkejut.
"call 203 messages 159? Banyaknye". Haniss mencari siapa yang menelefonnya.

"Zafran? Apasal tiba-tiba pulak?". Hatinya tersentuh.
"haish Haniss kau lupa ke apa dia buat dekat kau? Kau jangan berlembut hati sangat dengan orang yang tak percaya kau". Pesan Haniss pada diri sendiri.

Message whatsapp dibuka.

Abang
-Sayang... Abang dah tahu semua... Sayang. Abang mintak maaf sangat.

-abang tak patut buat sayang macam ni.

-im sorry dear. Abang menyesal sangat.

-abang patut siasat dulu.

-sayang... Balik laaa. Abang mintak maaf. Jangan pergi macam ni.

Dan banyak lagi mesej yang dihantar Zafran. Namun semuanya dipandang kosong.

"sakit, tu yang Arsya rasa abang. Abang sanggup percayakan orang lain. Abang sanggup lindungi orang lain". Menitis juga air mata Haniss yang lama bertakung.

"sayang... Mummy kena pulihkan hati mummy dulu... Sorry okay...". Tangan Haniss mengusap perutnya.

Telefon ditangan dimatikan semula. Dia tak mahu diganggu lagi.

TBC...

_..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._

Our Perfect Date [C]Where stories live. Discover now