BAB 49❤

352 18 0
                                    

Entah kali ke berapa air matanya mengalir. Sesungguhnya sekarang dia tak kuat. Mahu saja dia meraung melepaskan masalah.

Terdengar saja pintu dibuka lantas tangan mengelap air mata. Mata dipejam erat ingin berpura-pura tidur.

"sayang~". Panggil Zafran meleret. Melihat Haniss yang tidur membelakanginya dia sudah mengagak bahawa isterinya belum tidur.

"sayang". Panggil Zafran lagi. Tubuh isterinya dipeluk erat. Haniss yang tidak dapat menahan tangisan akhirnya pecah jua.

Esakan Haniss membuatkan Zafran makin panik.
"hey sayang... What's wrong?". Haniss berpusing ke arah Zafran. Walaupun suasana bilik yang gelap masih jelas lagi wajah Haniss yang basah itu.

"jom pergi mcD?". Ajak Haniss tiba-tiba. Kening Zafran bertaut. Pelik dengan perangai isterinya.

"kenapa? Dah malam ni". Air mata Haniss berair semula mendengar jawapan Zafran.
"Arsya nak makan ais krim". Walaupun menipu tetapi Haniss harus menyimpan semua kesedihannya.

"dalam peti sejuk kat dapur kan ada? Abang ambilkan eh?". Zafran sudah bangun ingin pergi mengambil namun lengannya ditarik Haniss.

"taknak..... Nak aiskrim mcD jugak". Haniss menangis kembali. Mengidam tetap mengidam.
"tapi dah malam ni sayang, tak elok. Esok kita pergi ya?". Zafran cuba memujuk.

"ish dah la saya pergi sendiri!". Haniss bangun dari baringan.
"eh no!". Zafran menghalang laluan Haniss untuk keluar.

"tepi laa...". Haniss menolak sedikit tubuh Zafran yang menghalang. Kalau dia pergi seorang diri boleh tenangkan fikiran juga.

"ok jom. Haih". Zafran mengeluh.
Zafran layankan saja isterinya mengidam tak kena waktu.

_________

Aiskrim yang hampir cair itu hanya diguis-guis saja. Mata lebih memilih untuk termenung.

"sayang..". Tersentak terus Haniss dari lamunannya.
"hmm?". Terpinga-pinga Haniss memandang Zafran.

Tangan Haniss dicapai dan digengam erat. Entah untuk kali keberapa dia terpukau dengan mata cantik Haniss.

"abang ikut jaa apa yang mama cakap tu". Zafran terus berubah dingin.
"sayang... Abang taknak. Buat apa abang nak kawin dengan perempuan tu?". Nada Zafran berubah tegas.

"buat demi mama please...". Mata Haniss berair. Sakit hatinya hanya tuhan saja yang tahu.
"abang sayangkan Arsya...". Bahu Haniss dipeluk.

"tahu...". Senyuman cuba diukir.

"Arsya izinkan". Ungkapan Haniss membuatkan hati mereka sakit. Baru saja ingin bahagia diuji pula sebegini.

"dah jom balik, tak elok untuk sayang and our baby". Pintu kereta dibuka untuk Haniss. Baru dia masuk bahagian memandu.

__________

"Arsyaa!!!!". Jerit Eyka setelah melihat kelibat sahabatnya itu memasuki pintu butik.
"Eyka jangan jerit!". Tangan Haniss laju menampar Eyka. Alah tampar pelan ja.

"ouch! Sakit". Berkerut Wajah Eyka mengada.
"tak sopan tau perempuan jerit-jerit macam monyet". Beg tangan diletakkan diatas meja lalu dia duduk di kerusi office nya.

"orang rindu dia je". Muncung Eyka sudah naik.
"yaaa aku pon rindu kau". Kepala Haniss yang pening itu dibiarkan saja.

"kau tak sihat lagi?". Soal Eyka risau.
"selagi tak lepas 3 bulan". Jawap Haniss lemah.

"kenapa kau datang butik jugak?". Kesian melihat keadaan Haniss yang pucat itu.
"sekarang aku duduk dekat rumah mentua aku, malas aku nak hadap perempuan tak tahu malu tu". Siapa lagi gerangan yang dimaksudkan Haniss selain Tasya.

"haih kalau aku jumpa dia ni memang aku pijak-pijak kepala dia". Lagak Eyka seperti seorang gangster.

"ye ye je kau. Lepasni lagi laa aku kena hadap dia". Eyka pelik dengan Haniss. Lepasni?.

"dia akan kawin dengan Zafran". Melihat kerutan didahi Eyka, Haniss terus menjawap.

"WOIHHHH!!!". Jerit Eyka tiba-tiba.
"aduh kau ni, lama-lama pekak aku". Telinga yang berlapikkan tudung itu digosok.

"Arsya! Aku salah dengar ke?!". Memang terkejut beruk Eyka.
"tak...". Haniss cuba untuk tersenyum. Namun masih jelas kesakitan yang dia rasai.

"beb... Kau ni kenapa kuat sangat?". Eyka mendekati Haniss dan mengosok Perlahan bahu sahabatnya. Sebak hati Eyka dengan dugaan Haniss.

"Aku okay". Haniss tersenyum lagi. Eyka sudah kenal Haniss. Dia tahu Haniss ok atau sebaliknya.

"takpa aku ada dengan kau".

__________

"hye!". Suara garau itu menegur Eyka yang membuat kerja diruang tamu butiknya.

"waalaikumsalam". Tegas Eyka mengejek. Kita sebagai umat islam kena laa sopan dalam menegur orang. Ceywah melebih ja.

"hehe sorry... Assalamualaikum jodoh". Tanpa meminta izin Hariz duduk di sofa berhadapan Eyka.

"eee pandai-pandai ja cakap jodoh". Eyka cuba menahan riak terkejutnya. Kenapa dengan Hariz yang tiba-tiba gedik ni?".

"mana tahu jauh kenyataan, kata-kata kan satu doa? Awak taknak kawin dengan saya ke?". Dahi Eyka sudah mula berpeluh. Tangan dia menggeletar. Gila la mamat ni.

"awak mimpi apa ni? Tak sihat ke?". Buku nota yang dipegang tadi dihempas perlahan.
"saya mimpi awak semalam". Bibir Hariz tersenyum. Duhai hati, bersabarlah.

"ish, sebelum awak mengarut baik awak pergi". Halau Eyka. Eyka juga tidak boleh berlama-lama dengan mamat ni. Boleh pengsan.

"saya nak ajak awak keluar makan". Hariz kembali sirius.
"takboleh, saya kena teman Haniss. Dia tak berapa sihat". Bilik office Haniss dipandang.

"owh yeke, takpa lah saya pergi beli makanan datang sini. Bye! Assalamualaikum!". Belum sempat berkata apa-apa Hariz sudah keluar dari butik mereka.

WAJAH pucat Haniss dipandang Zafran. Ya Zafran pon datang sini sebab Hariz ajak.

"sayang...". Bahu isterinya ditepuk perlahan.
"erm". Zafran tersenyum apabila Haniss mengeliat kecil.

"bangun, jom makan?". Tiada sebarang tanda pon Haniss akan bangun.
Haniss mencelik beberapa kali.

"sayang muntah lagi?". Tipulah kalau Zafran tak risau. Kalau boleh dia sanggup terima alahan Haniss. Asalkan Haniss sihat seperti sediakala.

"tak... Sakit kepala ja". Haniss mengagahkan diri juga untuk bangun tetapi terhalang apabila Zafran menariknya untuk duduk kembali.
"duduk, ni makan". Sudu sudah ada ditangan Zafran hanya menunggu Haniss untuk membuka mulut saja.

"taknak...". Kepala digeleng laju. Kalau dah tiada mood untuk makan memang dia tidak mahu makan.

"jangan macam ni...". Sudu yang ada nasi masik sedia menunggu.
Haniss pasrah dan membuka saja mulutnya.

"kenapa datang? Arsya kacau abang ke? Sorry". Taksampai hati Haniss dengan Zafran. Kerananya Zafran tinggalkan kerja di office.

"tak kacau pon, abang memang free". Jujur Zafran. Kalau dia busy pon dia sanggup datang.

"taknak dah..". Haniss menolak perlahan sudu yang ingin disuap kedalam mulutnya.
"sikitnyaa... Makan lagi". Zafran memaksa.

"taknak...". Kepala digeleng perlahan. Laju-laju nanti makin bertambah sakit.
"makan or abang cium?". Zafran menggunakan ugutannya.

Haniss membuat muka. Memang dia stress dengan ugutan macam ni.

"aishh..". Akhirnya Haniss makan buat kedua kalinya.
"good girl". Mata Haniss dilarikan. Senyuman Zafran. Haih no komen.

TBC...
_..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._

Our Perfect Date [C]Where stories live. Discover now