BAB 40❤

451 16 1
                                    

Eyka bermundar mandir dihadapan bilik kecemasan yang Haniss berada. Hatinya gusar, risau semuanya bercampur...

"Ya Allah... Kau lindungilah sahabatku dan juga Anaknya...". Doa Eyka.

"Eyka!". Datin Dahlia yang baru tiba itu meluru.
"aunty!". Mereka berpelukan seketika.

"Arsya macam mana?, apa jadi kat dia?". Mata Datin Dahlia sudah merah.

"doktor tak keluar lagi, harap sangat dia dengan anak dia selamat, saya rasa dia terjatuh". Pinta Eyka dan memberitahu hal yang dia lihat.
"anak?". Datin Dahlia diam memahami ayat Eyka.

"Haniss mengandung Aunty...". Eyka yang sudah tahu soalan yang akan ditanya Datin Dahlia dia terus menjawap.
Datin Dahlia terus terduduk. Hatinya luluh, kasihan anaknya.

"Zafran dah tahu?". Datin Dahlia teringatkan menantunya. Dia patut ada di sisi Haniss.
Eyka diam...

"aunty, sebenarnya diorang bergaduh, lama dah, Sampai Zafran pon tak tahu Haniss mengandung". Cerita Eyka.

"Ya Allah... Apa lagi yang Arsya sembunyikan dari Aunty ni...". Air mata seorang ibu mengalir juga. Kuatnya anaknya hadapi semua ni sorang-sorang.

Tidak lama selepas itu ada seorang doktor keluar. Eyka Dan Datin Dahlia meluru.
Datin Dahlia hanya datang berseorangan kerana suaminya berada di pejabat.

"macam mana dengan anak saya doktor?". Tanpa banyak bicara Datin Dahlia bertanya.
"Alhamdulillah dia dengan kandungannya selamat, mujur cepat datang hospital". Beritahu Doktor Nadhirah.
Datin Dahlia terus bersyukur.
Eyka pula setia berada disamping Datin Dahlia. Dia juga turut lega.

"kami akan pindahkan Haniss di wad biasa, bagi dia rehat kejap eh nanti puan boleh melawat dia. Kalau takda apa-apa saya pergi dulu". Senyuman diberikan sebelum berlalu pergi.

__________

"ok tak nak jalan ni?". Soal Zafran sambil memimpin Tasya.
"boleh, tak teruk sangat la abang". Sakit yang dibuat-buat Tasya dipercayakan Zafran.

Zafran menghantar Tasya kerumah mama nya kerana mereka sudah pulang ke Malaysia 2 hari lepas.

__________

Tangan bersih Haniss diusap kasih sayang.
Lama Haniss pengsan dan belum ada tanda-tanda untuk bangun.

Eyka pergi ke butik mereka sekejap. Kini yang tinggal adalah Datin Dahlia dan Dato Azman yang baru tiba.

Tiba-tiba Haniss mencelikkan matanya.
"Arsya... Alhamdulillah". Datin Dahlia yang perasan anaknya sudah terjaga itu mengucap syukur.

"ibu... Kenapa dengan Arsya?". Haniss yang baru ingin mengenal pasti dimana dia berada bertanya.

"tadi Eyka cakap Adik jatuh kat rumah". Jelas Datin Dahlia setakat apa yang dia tahu.
Haniss hanya mengangguk saja. Walaupun dia tahu apa yang berlaku sebaliknya.

"anak Haniss macam mana ibu?". Tangan memegang perutnya.
"anak adik pon selamat sayang". Tersenyum lebat puan Dahlia.

"untung laa papa dengan ibu, dapat dua cucu terus". Dato Azman yang dari tadi diam pula bersuara.

Haniss tersenyum tawar...

"ibu? Papa?". Panggil Haniss tiba-tiba.

"kenapa ni sayang?". Datin Dahlia yang terlihat anaknya mula mengalirkan air mata itu sudah risau.

"Haniss nak balik Kelantan tinggal dengan Tokwan sekejap boleh?". Dia perlu tenangkan dirinya, dia perlu pergi sehingga hatinya sembuh.

"papa tahu Haniss ada masalah, tapi Haniss jangan laa lari dari masalah, cuba selesaikan dengan elok". Dato Azman menasihati anaknya.

"Arsya dah cuba papa, arsya dah nak betulkan semua ni. Tapi dia tak pernah nak dengar". Air mata Haniss sudah mengalir.

"arsya kena fitnah papa dengan Tasya, adik sepupu Zafran. Tapi Zafran lebih percayakan dia". Tambah Haniss lagi. Bahunya sudah terhinjut- hinjut.

"baiklah, kalau itu keputusan Haniss papa setuju". Anaknya perlukan ketengan dia sedang menjaga dua nyawa.

"benda ni tolong jangan bagi tahu Zafran dengan Abang Haiqal". Pesan Haniss sebelum mendapat anggukan dari orang tuanya.

Biarlah Eyka dan ibubapanya saja tahu.

_________

"Tengku, ada orang nak jumpa". Aina memberitahu bossnya.

Selepas Zafran memberi kebenaran terus tetamu itu masuk.

"yow! Kau buat apa?". Soalan pertama terpancul dari Aedy.
"kerja laa". Jawap Zafran ringkas.

"aku bosan laa kat office sebab tu aku datang jumpa kau, jom keluar makan?". Selamba Aedy duduk di hadapan Zafran.

"hmm okay jom". Zafran mengemas kertas-kertas yang bersepah dan berdiri.

Mereka sama-sama ingin keluar tetapi belum sempat kerana ada satu tubuh yang berdiri dihadapannya.

"Hariz?". Tegur Aedy. Yala kawan dia jugak.

"boleh kita cakap sekejap?". Pinta Hariz.
Zafran mengangguk, dia sakit hati juga dengan Hariz.

"kenapa kau tak tolong isteri kau Zaf?". Soal Hariz, dia geram dengan semua yang diceritakan Eyka.

"tolong buat apa? Dia cedera ka? Aku tengok dia elok je tadi? Yang sakit tu Tasya". Zafran cuba bertahan dari amarahnya.

"kau percaya ke? Kau siasat tak?". Soal Hariz. Ramai tak tahu dengan pekerjaan Hariz. Hariz seorang polis detective.

Sebelum kesini dia dah siasat semua benda dengan bantuan rakannya. Dan dia tahu semuanya.
"apa kau cuba nak sampaikan ni?". Zafran yang tidak mengerti itu memandang.
Handsome tapi bodoh.

Aedy yang dia membisu dari tadi hanya mendengar.

"isteri kau masuk hospital Zaf dia jatuh, dan kau percayakan sepupu kau tu?, aku ada cek cctv rumah kau, dia tolak Haniss, dan dia sendiri buat-buat jatuh". Terang Hariz.

"dan apa yang adik sepupu kau tu plan dengan Irfan. Semuanya menjadi". Hariz mengeluh.

"ap-apa ni? Macam mana diorang boleh kenal?". Soal Zafran Hatinya gelisah.
"haih, salah kau jugak sebab kau tak pernah nak dengar penjelasan dari Haniss kan?". Tepat tekaan Hariz.

"aku percaya kau jugak marahkan aku sebab kau nampak aku pegang isteri kau, kau ada datang tanya tak? Kau ada datang nak halang?". Bidas Hariz.

"dan untuk pengetahuan kau, masatu aku tolong Haniss pergi hospital, dia pengsan, bukannya kitorang berdua. Eyka pon ada. Dia stress dengan semua masalah termasuk kau. Tapi dia kuat sangat Zaf". Sambung Hariz.

Zafran diam cuba menghadap kata-kata Hariz.

"Ya Allah... Kenapa aku jadi macam ni...". Zafran menyerabutkan rambutnya.

"aku pon rasa ada something wrong dengan adik sepupu kau tu. Tapi aku diam jelah. Tak tahu laa sampai macam ni". Sampuk Aedy.

"aku dah buat silap besar... Aku dah berdosa dengan dia". Merah mata Zafran. Ya ni semua salahnya.

"sabar Zaf ni ujian untuk rumah tangga kau". Aedy menggosok belakang Zafran.

"aku kena jumpa isteri aku". Zafran berdiri dan menuju ke meja untuk mengambil kunci kereta.

"semoga diorang maafkan kau". Ujar Hariz dan tersenyum nipis.

Zafran mematikan langkahnya.
"diorang?". Zafran pelik.

"Haniss mengandung... Anak kau". Hariz yang sudah tahu soalan yang akan ditanya Zafran dia terus beritahu. Dia terpaksa memberitahu Zafran.

Pakk!

Kunci keretanya jatuh dari tangannya.

"Allah.....". Tidak kuat untuk dia berdiri lagi.

TBC....

_..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._


Our Perfect Date [C]Where stories live. Discover now