BAB 39❤

346 15 0
                                    

Seminggu berlalu
Harini Haniss perlu ke Hospital untuk check up kandungannya.

"Haniss Marsya". Seseorang jururawat memanggilnya. Haniss terus menuju ke bilik tersebut.

"assalamualaikum". Senyuman manis diberikan kepada doktor Nadhirah.
"waalaikumsalam... Hye Haniss". Mereka sudah seperti kawan sejak Haniss kerap berjumpa dengannya.

"so harini macam mana?". Soal doktor Nadhirah.
"okay je, cuma saya banyak makan". Gelak Haniss.
"biasa laaatu". Doktor Nadhirah juga turut ketawa.

"erm, Haniss... Maaflah kalau soalan saya ni ganggu awak". Doktor Nadhirah teragak-agak.
"kenapa?". Risau juga hati Haniss kalau melibatkan kandungannya.

"selama saya check up awak, saya tak pernah pon nampak suami awak teman awak". Haniss diam sekejap.
"owh sebenarnya suami saya kerja jauh". Bohong Haniss. Senyuman cuba diukir.

"lahh yeke... Hm tunang saya pon macam tu". Beritahu Doktor Nadhirah.
"wahh doktor dah tunang". Haniss yang baru tahu itu teruja.
"hmm baru lagi, nanti saya kawin saya akan jemput awak, jangan risau". Mereka berbual sekejap.

"eh jom saya scan baby, ada pulak borak waktu kerja". Baru mereka tersedar daripada berbual kosong.

PINTU kereta dibuka dan memboloskan diri kedalam.
Seperti biasa enjin kereta mesti dihidupkan dahulu.

"aik? Apasal ni?". Lama juga Haniss cuba untuk menghidupkan keretanya tapi tidak berbunyi.
"jangan laaa buat hal...". Dengan matahati panas terik. Dia keluar juga.
Bonet hadapan dibuka.

"aish aku mana tahu pasal kereta...". Tangan dikibas kerana kepanasan.

"Haniss?". Terus Haniss berpaling kearah suara yang memanggilnya. Hati Haniss tidak senang duduk.
"irfan. Haih awak ni kenapa?". Mengingatkan si Irfan laa penyebab dia dan Zafran bergadoh hatinya semakin panas.

"saya datang melawat kawan saya". Irfan memberitahu perkara yang tidak pasti.
"hah okey pergi laaa". Halau Haniss.

"kereta awak rosak ke?". Irfan cuba mendekat untuk melihat enjin kereta Haniss.
"tak laaa elok je".

"saya rasa baik awak call mekanik". Cadang Irfan.
"haa okey terima kasih. Awak dah boleh pergi". Bengang juga dengan si Irfan ni.

"jom laa saya hantar awak". Ajak Irfan.
"ish takpa saya balik naik grab". Haniss mengambil segala jenis barangan yang penting didalam kereta.

"bahaya laaa jom laa saya hantar". Irfan memaksa lagi.
"saya lagi bahaya kalau dengan awak". Bidas Haniss.

"awak jangan risau... Nanti saya bagitau laa Zafran".
"haih. Awak. Matahari tengah terpacak atas kepala ni, saya tak sihat laaa tolong laa jangan kacau saya". Kepalanya yang mula menyengat ditambah pula dengan manusia dihadapannya boleh pecah macam ni.

"kalau awak pengsan nanti macam mana?". Irfan mencipta alasan lagi dan lagi.

"haih yelah! Hantar saya balik terus, kalau awak buat benda tak elok saya call polis". Terpaksa Haniss mengalah.

"okay! Kereta saya dekat sana". Tunjuk Irfan.

PANDANGAN dialihkan ke arah tingkap. Sunyi saja didalam kereta. Irfan cuba untuk bersembang dengan Haniss tapi yang dibalas hanya anggukan dan gelengan.

Telefon dicari didalam beg tangannya.
Mesej Eyka ditekan.

HANISS.
"beb. Nanti ambik aku kat rumah, kereta aku rosak".

EYKA
"Okay sayang!".

Jarak dari hospital tadi dengan rumahnya lebih dekat jadi tak perlu laa dia duduk lama-lama dengan irfan.

Our Perfect Date [C]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon