BAB 25❤

337 13 0
                                    

Mata dicelikkan beberapa kali.
"dah zohor lah". Mata terpandang figura disebelah. Boleh pulak dia pon ikut tidur sekali.

"awak". Kejut Haniss

Masih tiada sahutan.
"awakkkkkk". Suara dikuatkan sedikit.
Barulah terdengar suara serak Zafran. Auch!
cair gila dengan suara dia.

"bangunlah. Dah zohor ni". Beritahu Haniss kepada Zafran. Haniss tak riasau sangat sbb dia tengah datang moon dia.

"kau dah ok?". Soal Zafran apabila bangun dari tidurnya.
"ok dah". Senyuman diberikan.
"awak pergi solat dulu saya nak turun masak kejap". Pesan Haniss sebelum turun dari katil.

PINGGAN diletakkan di atas meja. Hidangan ringkas untuk dua orang sudah siap.
"fuh tak sia-sia aku pernah belajar masak dengan tokwan dulu". Omel Haniss sendirian.

Matanya terlihat seseorang yang turun dari tangga berpakaian seperti hendak keluar.
"Dia ni nak pergi mana? Penat aku masak takkan dia nak makan luar?. Zafran sibuk bercakap dengan telefon nya dengan tidak menghiraukan Haniss dari tadi.

"awak!. Nak keluar ke?". Soalan Haniss itu masih diabaikan Zafran malah dia bergelak ketawa dengan si pemanggil.
Dengan selambanya dia meninggalkan Haniss dan terus masuk ke dalam kereta...

"Dia ni kenapa? Tadi elok je?". Hati Haniss sedikit terasa dengan kelakuan Zafran sebentar tadi.

"jangan-jangan dia ada perempuan lain? Mestila kan dia mana pernah bercinta dengan aku... Macam mana kalau perempuan tu datang serang aku?". Fikir Haniss berlebihan.

"ish baik aku makan dan pergi butik".

_____________

"oi! Termenung lagi kau ni". Gempar Eyka dari pintu bilik Haniss.
"ish kau ni kalau tak kejutkan aku tak sah kan, kalau aku ada sakit jantung macam mana? Mati awal karang". Berkerut muka Haniss memarahi Eyka.

"kalau kau mati, Laki kau akan jadi Duda paling hot weyh aku ganti tempat kau eh". Gurau Eyka.
"haa ganti lah tapi malam-malam kau akan dihantui aku dulu". Haniss layankan saja Eyka.
Gurau begini boleh laa jugak hilangkan stress.

"elehh kau ni takpayah nak over lah aku tknak pon kat kau punya laki, tapi aku nak kat kawan laki kau, haih tapi tulah. Sekarang dah tk jumpa dia dah". Riak wajah Wyka berrukar sedih.

"kalau dah ditentukan dia jodoh kau mesti ada jalan punya kau nak jumpa dia, kau doa ja banyak-banyak". Pesan Haniss
"kalau jodoh kau dengan pak samat gatal tu pon kau kena terima HAHHAHAHA". Tambah Haniss lalu ketawa terbahak-bahak.

"amboi kau sedapnye mengata aku, mentang-mentanglah dia dapat suami hellokk". Cemberut muka Eyka.
"hm muka elok pon kalau tak bahagia tak jadi juga beb". Muka Haniss terus berubah menjadi sedih kembali.

"kau ada masalah ka?". Soal Eyka lalu melabuhkan punggungnya dikerusi hadapan Haniss.
"ada laa sikit, kelmarinkan aku sengugut lepas tu Zafran jaga aku, aku ingatkan dia dah terima aku sebab cara dia jaga aku tu macam......haih aku jatuh hati sangat lah". Cerita Haniss jujur.

"dia merajuk kot, kau try goda dia". Cadang Eyka.
"osh kau ni malu la aku". Buang tabiat agaknya nak goda Zafran.
"bukannya berdosa pon dia suami kau la". Haniss mengeluh sebentar.

"nantilah aku fikirkan, dah pergi buat kerja sana!". Halau Eyka.

__________

"sayang saya ni termenung apa?". Suara dari arah belakang dikejutkan.
"hehe saya teringatkan buah hati saya sorang ni lah". Lama Lysha menunggu Haiqal pulang dari office.
"sorry sayang, abang ada banyak kerja laa tadi sebab tu balik lewat". Muram saja Haiqal menjawap. Sejak dua menjak ni Lysha terlalu manja dengan Haiqal,

"takpa tu kan kerja abang, bukannya abang pergi menggatal". Lysha ketawa selepas memandang muka Haiqal yang berubah itu.
"berani abang nak menggatal, nanti kena tidur luar". Haiqal pula turut ketawa.

"hm abang?.  Nak tak kita pergi haneymoon?". Soal Lysha. Sudah sebulan lebih mereka kawin. Teringin juga nak pergi bercuti dengan orang tersayang.
"abang pon plan macam tu jugak... Apakata kita pergi minggu depan?". Cadang Haiqal dan mendapat anggukan dari Lysha.

"hah! Nak tak kita ajak Haniss dengan Zafran sekali, saya tengok hubungan diorang tu tak macam kita laa". Lysha memandang suaminya.
"kita sweet kan sayang?". Muka gatal Haiqal ditayang.

"tak abang yang gatal". Lysha ketawa.
"nanti abang cuba cakap dengan Zafran ok?". lysha mengangguk sahaja.
"sayang masak apa harini?". Mata Haiqal memandang kearah dapur.
"hmm sayang masak sambal ayam dengan sayur campur je". Riak wajah Lysha menjadi sedih.

"abang. Sayang minta maaf tau kalau sayang tak sempurna macam isteri orang lain, sayang tak pandai masak tapi sayang tengah belajar. Sayang harap abang tak berubah hati". Tubir mata Lysha berair. Lysha mengaku yang dirinya tidak lah sempurna dulu kelakuannya tidaklah selembut mana, selalu mainkan perasaan orang, tapi setelah berjumpa Haiqal semuanya berubah.

"sayang... Abang ok lah, lagipun masakan sayang makin sedap eh. Pandai mummy sayang ajar". Syukur Haiqal.
"lagipun abang rasa beruntung dah ni dapat isteri macam sayang, dah laa cantik, comel plus manja pulak ui". Haiqal mencuit hidung Lysha. Naik merah muka Lysha kerana malu.

"dah laa pergi makan sana, jangan kacau saya nak tengok tv". Lysha seakan-akan menghalau suaminya.
"teman laaa abang makan, kalau tak sayang yang abang makan". Lagilah bertambah malu Lysha dibuatnya.

________

"kau kenapa ajak aku pergi mall pulak ni?". Naik penat Haniss melayan karenah Eyka yang memaksa dia ke pusat membeli-belah.

"alahhh kejap je aku nak tolong kau ni". Haniss berkerut.
"tolong apa?". Tangannya ditarik masuk kesebuah kedai yang hanya khas untuk wanita.

Jangan-jangan...

"Eyka!". Halang Haniss dari memasuki kedai tersebut.
"kau cakap dulu apa kau nak buat kat kedai ni, kalau tak aku tknak masuk". Ugut Haniss.

"kau kan nak goda laki kau kena laa pakai baju seksi-seksi". Eyka berterus terang. Mata Haniss sudah membulat.
"kau ni gila lahh aku taknakkk". Haniss berkeras. Menarik tangannya kembali.

"takpa klau macam tu kau tunggu sini, aku masuk". Eyka terus melangkah masuk kedalam kedai tersebut.
Naik tebal muka Haniss...

Dia ingin membuat keputusan untuk bersiar-siar dahulu sementara menunggu Eyka.
Dalam pada masa yang sama dia terlihat susuk tubuh yang amat dikenalinya di sebuah reastoran mewah. Amat mengejutkan dia bersama dengan seorang...  Perempuan.

"Zafran...". Keluar satu nama dari mulutnya.


TBC...

_..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._

❤❤❤❤

Our Perfect Date [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang