BAB 43❤

402 17 1
                                    

Zafran yang perasan Haniss membaca mesejnya cepat-cepat dia menelefon. Tapi semuanya gagal.

"sayang....". Sayu saja Zafran memandang nombor telefon Haniss.

Gambar isterinya yang sempat dia tangkap semasa malam dia membuat kejutan dipandang.

"i miss you". Dia akan cuba sedaya upaya untuk mencari isterinya untuk pulihkan semula.

_________

"kalini memang aku puas. Puas sangat". Tangannya berpeluk pada tubuhnya.

"sabar laaa kita belum dapatkan diorang lagi...". Air yang dipesan dihirupkan sedikit.

"takpa... Janji perempuan tu dah tak ada kat rumah tu". Tasya tersenyum sinis.

"tapi kau tak duduk situ lagi kan?". Soal Irfan.
"aku nak cuba ambik hati maklong dan singkirkan perempuan tu". Senyuman jahat nya disimpan.

"ikut suka hati kau laa, tapi jangan cederakan Haniss aku". Pesan Irfan.
"eee apa yang istimewa sangat perempuan tu". Jeling Tasya.

"dia perfect dari kau". Sinis saja Irfan membalas.
Hati Tasya semakin panas.

_________

"hati-hati bawak kereta aku tu, nanti sampai sana call aku". Haniss berpesan kepada Eyka yang merangkul beg pakaiannya. Eyka cuma datang hantar Haniss saja disini.

"aku tak apa-apa kan kereta kau lahhh jangan risau...". Naik rimas Eyka dengan Haniss yang asyik suruh menjaga keretanya. Pasal diri Eyka taknak pulak pesan apa-apa. "yang aku ni puas pesan kat dia haritu". Perlahan saja Eyka bersuara.

"hah? Apadia?". Haniss seperti mendengar Eyka berkata sesuatu tetapi tidak jelas.
"eh takde apa-apa, dah aku nak gerak dah ni tokwan mana?". Matanya mencari kelibat tokwan.

"eyka! Kejap kejap! Nah ambil ni". Tokwan datang sambil menghulurkan bungkusan.
"apa ni tokwan?". Tanya Eyka sambil meneliti bungkusan tersebut.

"bekal, nanti kalau lapar. Berhenti laa makan dulu. Nak sampai jauh ni". Bersinar-sinar wajah Eyka.
"terima kasih tokwan!". Eyka memeluk erat.

"nak makan berhenti, jangan bawak kereta sambil makan. Nanti habis kereta aku". Haniss masih lagi dalam tajuk keretanya.
"kau ni tak habis-habis dengan kereta kau tu". Muncung saja Eyka menuju ke kereta.

"dah-dah gerak cepat nanti sampai lewat malam pulak". Haniss menolak bahu Eyka perlahan.

"tokwan! Tengok tu Arsya halau!". Eyka mengadu kepada tokwan.

"ish korang ni, Arsya jangan buat macam tu...". Tokwan sudah letih melayan karenah dua gadis ini.

"mengada laa kau". Haniss tergelak.

"dah laa meh sini nak peluk sikit". Eyka datang nemeluk Haniss. Haniss membalas pelukan sahabatnya itu.

"jaga diri, jaga baby". Pesan Eyka lagi.

"iyeeeeeeeee. Kau tu, jangan bagitau Zaf eh aku kat sini kalau tak siaplah kau. Jaga butik elok-elok". Jari telunjuk Haniss ditunjuk kearah mata Eyka.

"ye aku tak bagi tahu...". Eyka memboloskan diri kedalam kereta.

"bye!!!". Haniss melambai ke arah Eyka yang sudah keluar dari perkarangan rumah tokwan.

"erm tokwan. Eyka nak pergi duduk dekat pangkin kejap tau". Pinta Haniss dan terus pergi ke arah pangkin tersebut.

"eh ada buah mangga laaa". Haniss ternampak ada beberapa biji buah mangga dipokok.
"alahai sedapnya...". Terliur Haniss melihat.

"nak panjat ke tak? Bahaya tak eh? Ish bahaya, aku dah laa mengandung". Hanis berfikir cara untuk mengambil buah mangga tersebut. Kalau Haniss tak mengandung mungkin dia dah sampai atas pokok.

"assalamualaikum...". Satu suara memberi salam kepada Haniss.
"waalaikumsalam ye? Cari sapa?". Soal Haniss kepada budak lelaki yang lebih kurang remaja itu.

"cari tokwan... Tokwan ada?". Soal lelaki itu.
"ada... Kat dalam rumah, pergilah". Haniss memberikan senyuman.

"okay, akak buat apa tu?". Tanya lelaki itu pula.
"ni ha akak nak ambil mangga tu, tapi tak sampai". Beritahu Haniss.

"meh Airil ambikkan". Lelaki bernama Airil itu memperlawa dirinya untuk menolong.

"boleh ke? Susahkan Airil laa pulak". Haniss naik segan melihat Airil sudah menongkatkan basikalnya.

"takpa... Tunggu kejap". Airil pantas memanjat pokok mangga yang agak besar.

"hati-hati". Kata Haniss. Dah laa anak orang. Kang jadi apa-apa naya dia.

Beberapa minit kemudian Airil turun sambil memegang tangkai yang ada 4 biji buah mangga.

"nah". Airil menghulurkan buah mangga tersebut.
"wahh terima kasih Airil". Ucap Haniss. Akhirnya keinginannya tercapai.

"sama-sama". Airil mengabus tangannya yang sedikit kotor.

"jom laa kita makan sekali, kat sini". Ajak Haniss.

"erm segan laa". Airil menunduk. Dah laa kakak ni cantik. Nanti orang kampung tengok famous la dia. Eh.

"hah! Akak ajak tokwan sekali duduk sini?". Cadang Haniss.
Airil hanya mengangguk saja. Memang niatnya datang sini nak mengacau tokwan.

"okay Airil duduk sini dulu, akak masuk ambik pinggan dengan penyicah". Haniss masuk kedalam rumah.
Selang beberapa minit Haniss keluar bersama tokwan untuk makan buah mangga bersama Airil.

"ish masam tu Arsya...". Tegur tokwan melihat Haniss yang begitu menikmati magga tersebut.
"alaaa masam sikit je tokwan...kan Airil?". Airil mengangguk. Mungkin orang muda boleh tahan masam-masam begini.

"hah, akak ni cucu tokwan ke?". Soal Airil yang dari tadi belum tahu asal-usul Haniss.

"haah, akak datang dari johor". Haniss senyum pada Airil.
"owhh, nama akak apa?". Tanya Airil lagi.

"Haniss Marsya. Airil panggil je akak Arsya". Nama itu untuk orang yang Haniss selesa saja.

"Airil ni memang selalu datang sini kacau tokwan. Tak laa sunyi sangat". Beritahu tokwan.

"haa nanti datang laa selalu, kita boleh jadi kawan. Akak bosan jugak nanti". Airil pon okay apa jadi kawannya.

"betul ke?". Airil kelihatan teruja.
Haniss mengangguk dan tersenyum.

"Arsya. Dah laaa masam tu, nanti sakit perut". Larang tokwan. Ralit sangat Haniss makan.

"hehe okay". Sempat lagi tangannya mengambil beberapa potongan buah mangga itu lagi. Tokwan hanya mengeleng.

"Airil balik dulu eh petang nanti ada tuisyen". Pinta Airil bergegas menuju ke basikalnya.
"okay! Nanti datang lagi tau!". Jerit Haniss sedikit kerana Airil sudah menjauh.

__________

Kertas-kertas kerja dihadapan tidak disentuhnya. Fikirannya bukan lagi di office malah penuh tentang isterinya.

Lama Zafran termenung pintu officenya dibuka.
"maaf Tengku saya dah ketuk banyak kali tapi Tengku tak menyehut, risau pulak saya". Joe sebagai pembantu peribadi Zafran masuk.

"sorry, aku tak perasan tadi". Zafran membetulkan posisi duduknya.

"so, kau dah jumpa?". Hati Zafran berharap sangat joe dapat menemui lokasi Haniss.

"dah"

Zafran lantas berdiri. Hatinya berdebar. Akhirnya dia boleh menemui isterinya.

"kat mana?". Soal Zafran berdebar.
"kelantan". Zafran terdiam. Tempat tu, kenapa Zafran tak terfikir?.

*tula author dah cakap, Zafran ni hensem tapi bodoh hahahah sorry guys*

"thanks Joe". Bersyukur sangat Joe mahir dalam benda macam ni. Kali pertama dia cuba mencari Haniss amatlah susah kerana Haniss mematikan telefonnya. Tapi dengan kepakaran yang Joe ada, akhirnya mereka berhasil...

"wait for me sayang...". Zafran masih curiga. Haniss akan maafkan dia atau tidak?


TBC...

_..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._

Abaikan typo😪

Our Perfect Date [C]Where stories live. Discover now