BAB 27❤

297 15 0
                                    

3 hari berlalu...

Angin lembut menampar lembut pipi Haniss. Penat berjalan-jalan di kota tersebut.
Lagi-lagi Zafran yang selalu membawanya ke merata tempat. 3 hari membuatkan Haniss berasa seperti pasangan bahagia tengah honeymoon. Hakikatnya semua ini hanyalah lakonan di hadapan abangnya dan kakak iparnya. Dia redho...

"Arsya". Dengar saja suara itu Haniss terus menoleh. Keningnya dijongketkan sedikit. Sejak bila Zafran pulang?.

"lama ke awak kat situ?". Haniss terus bertanya, tadi Zafran keluar ingin membeli makanan.
"lama laa jugak sampai dengar kau mengeluh". Terang Zafran.
Haniss pula mencebik.

"duduk laa sini meh makan sini meh". Zafran menepuk ruangan di tepinya.
Haniss pelik... Sekeliling diperati. Tiada pula Haiqal dengan Lysha.

"awak ni kenapa?". Haniss terus bertanya.
"apa?". Soalan dibalas soalan.
"baik semacam". Haniss melabuhkan punggungnya di sebelah Zafran.
"lahhh salah ke?".
Haniss menggeleng. Makanan dihadapan terus dicapai.

"Arsya". Zafran memanggil lagi. Haniss hanya menganguk suapan demi suapan dia makan.
"kau marah aku kan?". Soal Zafran.
"marah? Pasal apa?". Dalam hati Haniss hanya berharap agar Zafran menceritakan hal semasa di mall haritu.

"mesti kau ingat yang dengan aku dekat mall tu girlfriend aku kan?". Benar sangkaan Haniss. Tajuk ini dibicarakan.
"betul laa kan?". Serbu Haniss.
"kenapa kau tak tengok sampai Habis?". Tanya Zafran kepada Haniss.

Haniss memandang pelik. Tangannya meletakkan sudu di pinggan. Focusnya hanya kepada cerita Zafran.
"kenapa kena tengok sampai habis?"
"sebenarnya perempuan tu sepupu aku, Aira. Dia dah kawin dan dia datang dengan suami dia lah". Jelas Zafran. Riak Haniss pula sudah berubah. Haniss sudah salah sangka...

"mesti kau nampak aku pegang rambut dia kan?". Soalan Zafran itu Haniss hanya diam.
Zafran seakan faham terus menerangkan apa yang terjadi.
"haih. Suami dia masa tu ada dekat kaunter. Aku nampak dia bagitahu aku yang Sepit rambut Aira tu nk tercabut, aku pon betulkan la". Terang Zafran lagi.

Zafran melihat riak wajah Haniss.
"marah lagi tak?". Haniss menggeleng. Senyuman Zafran disimpan.
"masa kita kawin dia datang tak?". Haniss bertanya tentang Aira. Kerana dia tidak pernah bertemu.

"tak, dia dengan suami dia ada dekat Paris, nanti diorang cakap nak jumpa kau". Jelas Zafran.
Haniss hanya mengangguk.
"kau cemburu eh?". Sengaja Zafran bertanya.
"halah, cemburu dengan suami". Makanan yang tadi diabaikan terus dimakan semula.
"orang kata kalau cemburu ni tanda dia sayang". Zafran menyakat lagi.

"memang la saya sayang aw-". Haniss menutup mulutnya. Jantungnya berdegup kencang. Boleh pula terlepas cakap
"sayang siapa?". Sengaja Zafran menyoal.

"dah makan". Haniss menunduk.

__________

SEKELILING bilik diperhati... Perlahan-lahan langkah kaki berjalan keluar dari toilet.
Tuala ditarik sedikit menutupi pehanya yang terdedah. Haniss terlupa membawa baju masuk kedalam toilet jadi dia perlu keluar mengambil sendiri dengan memakai tuala sahaja.
Nasibnya baik Zafran keluar pergi ke bilik Haiqal kerana ingin mengambil powerbank.

Belum sempat Haniss ingin membuka zip beg dia terdengar pintu dikuak dari luar.

"Allahu....". Suara itu memecahkan suasana.
"aw-awak, erm say-saya na-nak ambik baj-baju je". Gagap Haniss memberitahu.
Pintu ditutup oleh Zafran Lalu dikunci rapat.
Tapak kakinya mendekati Haniss.

Haniss sudah gugup. "Ya Allah... Tolong aku". Merayu Haniss didalam hati.
"seksi sangat ni nak goda aku ke?". Zafran terus merapari tubuh Haniss.
"tak... Kan saya dah cak-cakap say-saya nak am-ambik baju...". Takut-takut Haniss menjawap kaki mengundur kebelakang.

"Arsya...". Suara Zafran amat menyeramkan Haniss.

___________

"lamanya diorang ni..".rungut Haiqal.
"apa kata kita bagi ruang kat diorang harini? Asyik jalan berempat je". Beritahu Lysha.
"hah kan?". Haiqal mengangguk setuju.

"nanti temankan sayang pergi shopping eh". Pinta Lysha.
"iyee untuk sayang saya ni semua boleh". Kepala Lysha diusap.

"hehe thankyou abang". Gembira Lysha.

Sedang leka mereka bermanja kerusi dihadapn mereka ditarik.
Haniss dan Zafran duduk bersebelahan.

"apasal lambat? Lama kitorang tunggu". Haiqal  terus bertanya.
"sorry kitorang tidur lambat laa semalam". Jujur Zafran.
Haniss sudah memandang sekeliling. Tak mahu dia menatap mata Haiqal dengan Lysha.

"ooo faham, erm harini kita berpecah okeyh baru ada privacy haha". Haiqal ketawa memandang Lysha. Lysha mencebik.

Zafran dan Haniss hanya mengangguk dan menjamah makanan yang sudah dipesan Haiqal.

__________

SUASANA di dalam kereta sunyi sepi. Haniss tidak berani mahu memandang wajah Zafran yang sedang memandu kereta sewa.
Kejadian semalam masih tidak dilupakan. Sejujurnya dia malu. Malu sangat.

"nak tanya atau tak eh?, lama sangat drive nih, silap-silap sampai malaysia. Eh". Haniss mengomel sendirian.

"erm aw-awak". Haniss ni dah kenapa? Ada penyakit gagap pulak?
"hm"Zafran memandang sekilas kerana dia focus memandu.
"kit-kita nak per-pergi mana?". Haniss terus gagap.

"ada lah kejap dah nak sampai nih". Haniss hanya menganguk.
"btw, kau dah kenapa? Takut sangat nak cakap dengan aku". Sengaja Zafran bertanya.
"man-mana ada". Nafi Haniss.

"ke sebab semalam? Aaaa aku lupa nak cakap. Thanks". Zafran tersenyum.
Muka Haniss pula sudah panas, merah usah dikata.
"jangan nak malu sangat lah aku dah teng-".
"eh awak depan tu ada kedai ais krim, singgah kejap eh". Potong Haniss. Makin menjadi-jadi usikan Zafran.

"eleh sengaja la tu". Zafran mencebik.

Beberapa minit kemudian...

"wahhh cantik nyaaa". Teruja Haniss turun dari kereta. Haniss berlari ke pinggir pantai.
Tempat yang paling Haniss suka, permandangan pantai selalu menemani Haniss dikala sedih atau gembira.

Zafran yang baru datang hanya menggeleng dengan perangan Haniss.

"thanks awak!". Pipi Zafran dikucup sekilas. Zafran terkedu.
Melihat Haniss yang senang menikmati keindahan itu dia terfikir.
Mana kebencian dia terhadap Haniss dahulu?
Mana dendamnya?

Takkan ianya hilang kerana...dia semakin sayangkan Haniss?

________

"bahagia lah dulu... Nanti kau akan jadi milik aku lagi... Haniss Marsya". Telefon digenggam erat. Hati menjadi panas melihat posting instagram Haniss.

TBC...

_..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._...

Chapter ni otak hampa jangan nak traveling sangat naih...
And sorry for the late update!❤
Sorry again kalau ada typo erm😪

See u next week insyaAllah...

Our Perfect Date [C]Where stories live. Discover now