BAB 34❤

273 12 0
                                    

"hello miss". Tasya yang leka bermain telefon tersentak dengan suara garau itu.
"erm yes?".
"boleh Aku duduk?". Pinta suara itu.
Tasya hanya mengangguk saja memandangkan dia berseorangan di restoran ini.

"nama aku Irfan". Terus terang saja dia memperkenalkan dirinya.
"kau Tasya kan? Nur Natasha Afifah Binti Abdullah?". Lagi membeku Tasya melihat gerangan dihadapannya ini. Macam mana dia tahu?.

"jangan nak pelik sangat... I know all about you". Puas Irfan soal selidik tentang perempuan dihadapannya.
"siapa kau? Kita kenal ke?". Tasya berasa curiga. Bahaya kalau orang luar mengetahui latar belakangnya.

"tak. Tapi aku tahu kau nak kan Zafran. Betul?". Mata hitamnya memandang Tasya.
"apa kena dengan kau?". Semak pula dengan lelaki ni. Sebok jee nak tau.

"apa kata kau tolong aku?". Malas mahu berbahas lagi Irfan terus kepada plannya.
"tolong apa?". Makin berdebar Tasya.

"tolong aku dapatkkan Haniss, dan kau. Boleh ambik Zafran". Irfan tersenyum sinis.
Tasya pula diam memikirkan.
"kalau ada orang yang tolong aku mesti lagi mudah kan kerja aku?". Bisik hatinya pula.

"aku setuju". Mudah saja Tasya membuat keputusan.
"good. Nanti kita jumpa lagi untuk buat plan. Herm tak sangka orang macam kau ni nak rampas laki orang". Mata Irfan memerhati Tasya dari atas sampai bawah.

"kau pon perampas jugak". Jeling Tasya.
"btw, apa hubungan kau dengan Perempuan tu sampaikan kau nak kan dia?". Benci dia terhadap Haniss semakin membuak-buak. Mengapa semua orang perlu suka dia?!

"dia exgirlfriend aku". Ringkas saja Irfan menjawap.

___________

"sayang... Ooo sayang.". Panggil Zafran dari tingkat atas.
"mana dia pergi ni?". Kaki melangkah pula ke jendela. Sekeliling diperhati. Matanya tepat berhenti pada satu tubuh yang dia amat kenali yang sedang menyiram pokok. Cepat-cepat Zafran turun.

"BAHHH!!". jerit Zafran ditepi telinga Haniss.
"arghh!!!". Hampir saya pancuran air itu terkena Zafran.

"abang! Tak baik tau!". Berkerut wajah Haniss memarahi Zafran.
"hehe sorry sayang". Tangannya melingkari pingga Haniss dari belakang.

"nasib laaa sayang tak ada sakit jantung, kalau sayang mati macam mana?". Tangan laju menyiran pokok.
"mati tanam". Terkedu terus Haniss dengan jawapan Zafran.

"ab-abang....". Matanya berkaca.
"eh eh kenapa nangis pulak ni....". Gelabah Zafran mengelap air mata Haniss yang sudah mengalir.
"kenapa abang cakap macam tu?! Nak sangat ke saya mati?!". Muka Haniss merah. Ditambah pula pipinya yang sudah lencun kerana air mata.

"marah yang tu ke... Alolo. Abang gurau jelah, tapi betul apa mati kita kena laa tanam". Sengaja Zafran ingin mencari pasal.
"hmm". Haniss mengendahkan Zafran yang berada disebelahnya. Masam saja muka, terasa juga walaupun ini "bergurau".

"dah laa taknak cakap pasal mati. Tu semua ketentuan Allah". Zafran mengusap bahu Haniss.
"tak lahh sayang cuma terasa". Haniss mengelap pipinya yang basah tadi. Dia pon pelik dengan dirinya, dia bukannya jenis ambil hati sangat tapi kalini tah laa. Haritu pon dia terasa dengan Eyka sebab pergi Starbucks tak ajak dia, dia rasa nak makan kek dekat sana tapi Eyka Tak ajak. Rasa macam nak mengangis satu hari.

"sorry dear". Pipi Haniss dikucup lama.
"dah jom masuk sayang nak masakkan dinner untuk kita". Haniss terus berlalu pergi.

________

"wahhhh sedapnya bau.. Untungnya lahai kita dapat dia". Usik Zafran selepas melabuhkan punggung di kerusi meja makan.
"ye laa tu, ni semua tokwan yang ajar". Malu pula Zafran memuji dirinya.

"tokwan?". Baru dia teringat yang dia belum pernah bertemu lagi dengan tokwan.
"haah dia tinggal dekat kelantan, ingat tak dulu kita pernah terserempak dekat sana?". Zafran mengangguk laju.

"haa masatu saya balik rumah tokwan lah belah ibu". Jelas Haniss. Rindu pula dekat tokwan dia nanti kena balik kampung nih.
"owhh teringat pulak yang kita terjumpa dekat funfair tu, sayang tertumpahkan air dekat baju abang". Zafran senyum mengingatkan peristiwa tersebut.

"hahahaha sorry abang, tak pasal-pasal mandi air coklat". Haniss ketawa.
"tu lahh, eh mana Tasya? Dah malam ni, kenapa belum balik?". Baru dia perasan Tasya belum pulang dari tengah hari tadi.

"entahlah, sayang pelik betul dengan dia". Tangan Haniss meletakkan pinggan untuk Zafran.
"kenapa sayang cakap macam tu?". Mata Zafran tepat memandang isterinya membuat kerja.

"takdelaa lama betul dia nak masuk dorm. University dia tu takkan tak buat apa-apa". Makin kurang selesa Haniss dengan Tasya. Dengan tingkah lakunya yang selamba dan suka hati.

"abang pon taktahu. Alah biarlah dia nanti dia nak masuk dorm dia bagitau laa tu". Malas Zafran memikir apa yang didalam kepalanya sekarang ialah masakan Haniss. Perutnya bising minta diisi.

"abang makan laa eh sayang naik atas dulu". Haniss berura-ura ingin pergi tapi lengannya ditahan oleh Zafran.
"sayang taknak makan? Kenapa?". Tanya Zafran.

"sayang takde selera lah, sakit kepala, nak tidur". Kepalanya terasa berat dari tadi tapi digagahkan juga untuk menyiapkan makan malam.

"duduk laa makan sikit". Paksa Zafran. Muka Haniss juga sedikit pucat.
Lambat-lambat Haniss duduk di sebelah Zafran.
"meh abang suap, mana tau ada selera sikit nak makan". Tersenyum Haniss dibuatnya.

Haniss makan juga tapi disuap oleh Zafran.

SELESAI makan malam bersama mereka naik kebilik. Haniss sudah tidak tahan lagi dengan kepalanya yang sudah menyengat itu. Zafran pula setia memimpin di sebelah. Mereka menaiki tangga sahaja, kalau naik lift nanti Haniss akan bertambah pening.

"pinggan dekat bawah tu biar je esok Sayang kemas". Pesan Haniss sebelum baring. Mujur dia sudah solat isyak sebelum makan tadi.
"takpa nanti abang buat. Sayang rehat je, nak abang urut tak?". Tangan Zafran memegang kepala Haniss.

"takyah lah, sayang dah makan panadol, nanti okay laa ni". Matanya kian memberat.
"okay, kalau macam tu sayang tidur lah abang nak pergi solat kejap. Goodnight dear". Bibirnya mencium dahi isterinya dan berlalu pergi menuju ke bilik air.

Sunyi saja menandakan Haniss sudah tidur.

________

"dah faham plan kita?". Soalnya kepada Tasya.
"faham, nanti aku bawak perempuan tu keluar". Lama mereka berbincang tentang niat jahat mereka demi kepentingan masing-masing.

"aku balik dulu, nanti diorang curiga dengan aku pulak". Tasya terus berdiri meninggalkan sebuat bilik itu.

SAMPAI saja di rumah Zafran, Tasya masuk dengan berhati-hati. Waktu sebegini mesri Zafran dan Haniss tiada di ruangan ni. Pintu ditutup perlahan.

Sangkaan Tasya salah apabila dia melintas di ruang tamu. Tubuh yang menonton tv itu menoleh ke arahnya.

"Tasya pergi mana lewat balik ni? Kalau Makngah tau ni mesti dia risau". Zafran menasihati Tasya.
"sorry abang, sebenarnya tadi Tasya terserempak dengan kawan lama, pastu kami borak sampai tak perasan dah lewat". Bohong Tasya.

"oklah kalau macam tu, abang masuk bilik dulu". Zafran menutup tv dan pergi meninggalkan ruangan tersebut.

"permainan akan bermula... Dan kau akan jadi milik aku buat selamanya..". Perlahan saja suaranya bersama ketawa yang sukar digambarkan.



TBC...

_..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._..._

Sorry for the late update😟

Our Perfect Date [C]Where stories live. Discover now