BAB 51❤

488 21 1
                                    

2 minggu berlalu...

Hari yang dinanti-natikan Tasya, tetapi tidak bagi Zafran.
Zafran mengemaskan baju nikahnya dengan berwajah dingin. Haniss yang sedang mengemaskan tudung dibelakang terus menoleh kearah Zafran. Air mata yang mungkin sudah kering membuatkkan mata Haniss merah.

"handsomenya suami saya". Senyuman tawar yang menyimpan pelbagai keperitan cuba ditayangkan.

Tangan mengemaskan lagi butang baju melayu Zafran. Mata redup Haniss dipandang. Zafran tahu Haniss sedang menahan sesuatu.

"dah, pergi cepat nanti lewat". Kata Haniss menyuruh Zafran bergerak ke masjid dimana Zafran akan bernikah.
Tanpa menjawap apa-apa, tangan kekar Zafran melingkari pinggang Haniss.

"are you okay?". Rasa bersalah mula menimpa.
"Arsya okay, don't worry about me". Morning sickness Haniss juga sudah beransur hilang.

"pergi dengan abang jom?". Ajak Zafran.
"nope, Arsya pergi dengan Eyka". Bohong Haniss.

"okay". Wajah isterinya dipandang lalu kucupan diberi pada dahi Haniss.

Sebelum Zafran keluar dari bilik mereka Haniss sempat menghalang.
Zafran menunggu tindakan isterinya.

Tangan Zafran disalam dan dicium lama oleh Haniss. Hati masing-masing menahan rasa sebak.

RUANGAN masjid dipenuhi dengan orang terdekat sahaja. Inipon kerana Zafran tidak mahu buat majlis bersar-besaran.
Tasya turuti saja, janji dia sudah dapat apa yang dia nak.

Nampak saja kelibat Zafran memasuki pintu Masjid Tasya semakin seronok, beberapa minit saja dia akan bergelar isteri kepada Zafran.

"mak, Tasya dah nak kawin". Bisik Tasya girang kepada Puan Manesah disebelah. Dia hanya mengangguk saja, Puan Manesah dibebani dengan rasa bersalah kepada isteri Zafran.

"pihak lelaki pon dah sampai, boleh kita mula?". Tanya Tok Kadi kepada orang yang berada disekelilingnya.

"dah bersedia?". Tok Kadi menyua tangannya kearah Zafran yang berhadapan dengannya.
Lambat-lambat Zafran menyambut. Sebenarnya dia sedang menunggu seseorang.
Hatinya bertambah risau apabila orang yang dia kehendaki belum sampai.

"Tengku Zafran Najmie Bin Tengku Zaid". Tok Kadi memulakan acara.
Zafran diam seketika.
"saya".

"aku nik-"

"STOP!!!".

Dengar saja jeritan itu Zafran menghembuskan nafas lega.

"Tasya! Dengan cara ni ke kau pilih untuk tutup perangai kau?!". Suara deras di pintu masjid itu membuatkan Tasya tak senang duduk.

"kau siapa?! Jangan kacau majlis aku lah!". Tasya berpura-pura tidak kenal. Tangannya menggeletar kecil, dia takut semuanya akan terbongkar.

"Am". Ammar mendekat apabila Zafran memanggil. Zafran berdiri disebelah Ammar.
"Kau explain dekat semua orang yang ada dekat sini, terutamanya dekat Family aku, pasal perempuan tu". Mata Zafran terarah kepada Tengku Risma yang kelihatan terkejut.

"saya Ammar, boyfriend Tasya". Tasya yang seperti cacing kepanasan itu dipandang tajam.
"kitorang pernah terlanjur". Semua yang ada di situ terkejut. Tetamu yang hadir juga berbisik-bisik.

"tipu! Aku tak kenal kau la!". Tasya masih lagi tidak mahu kalah.
"ya Allah, Tasya! Apa kamu dah buat ni?". Puan Manesah memandang anaknya tajam. Dari kecil dia memberi didikan agama yang cukup. Malah dibalas sebegini.

"tak mak! Dia tipu!". Dalam ketakutan Tasya menjawap.
"kau nak bukti?". Zafran yang sudah lama diam akhirnya bersuara.

Satu penDrive Dikeluarkan dari poket baju melayunya. Semua rakaman ada didalam. Termasuk rakaman di rumahnya.

Our Perfect Date [C]Where stories live. Discover now