22

1.5K 1.3K 191
                                    

Day 18 (4:00 a

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Day 18 (4:00 a.m)

Setelah berkali-kali Jimin merayu agar Jungkook dibawa ke bilik rawatan, Hoseok akhirnya bersetuju lalu dia mengeluarkan arahan kepada petugas-petugas makmal untuk membawa Jungkook keluar.

Sengaja dia melambat-lambatkan masa dengan hanya memerhati dan tidak berbuat apa-apa.

Hoseok senang melihat apa yang berlaku di hadapan matanya. Keadaan di mana Jimin kelihatan sangat panik, sambil bersungguh-sungguh cuba untuk memberhentikan tindakan gila Jungkook.

Darah, kepanikan yang dirasai oleh Jimin, dan ketakutan yang menyelubungi lelaki itu bagaikan satu perkara yang membahagiakan bagi Hoseok.

Entah kenapa, semua ini memberikan rasa keterujaan kepadanya. Sedari tadi bibirnya tidak berhenti mempamerkan senyuman mengejek.

❐❐❐

Hampir lebih tiga orang petugas makmal yang diperlukan untuk mengeluarkan Jungkook daripada bilik eskperimen. Banduan muda itu terlalu agresif bahkan keupayaannya untuk menyerang sungguh luar biasa.

Jadi sebagai langkah berhati-hati, petugas-petugas makmal telah mengikat Jungkook di atas katil. Bimbang jika dia cuba mencederakan salah seorang daripada petugas di situ pula.

Walaupun seluruh badan Jungkook telah diikat dengan ketat, namun dia masih lagi meronta-ronta. Kali ini jauh lebih agresif daripada sebelumnya.

"Lepaskan aku!" Jungkook menggoncang-goncangkan tubuhnya dengan kuat sehingga menyebabkan katil sedikit bergoyang ke kiri dan ke kanan.

"Prof, macam mana ni?"

"Kita tiada pilihan lain lagi. Suntik dia dengan ubat tidur." ujar Hoseok dengan tenang.

Walaupun peraturan utama eksperimen  adalah tidak membenarkan banduan untuk tidur malah tidak boleh disuntik dengan apa-apa ubat yang menyebabkan pengguna tidak sedarkan diri sekalipun, tetapi dalam kes Jungkook ini sudah menyebabkan kemudaratan.

Bukan sahaja memudaratkan diri sendiri tetapi mungkin akan memudaratkan petugas-petugas makmal juga.

Jadi, Hoseok tiada pilihan lain lagi selain memilih cara itu bagi memberhentikan Jungkook daripada terus melawan.

Sebaik sahaja disuntik dengan ubat tidur, Jungkook kian beransur lemah. Dia tidak lagi melawan dan meronta-ronta seperti tadi. Perlahan-lahan, kelopak matanya tertutup rapat.

Dalam diam, Hoseok menggelengkan kepalanya dengan perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dalam diam, Hoseok menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Bibirnya mengukirkan senyuman tipis.

Huh, nampaknya gas stimulasi memang mampu untuk membuatkan seseorang bertukar menjadi raksasa dalam sekelip mata. Malah mereka mampu bertindak mencederakan diri sendiri dengan teruk sekali.

Kasihan. Disebabkan dendamnya terhadap Jimin, banduan tidak bersalah itu juga yang menjadi mangsa.

❐❐❐

"Prof, semuanya dah jadi semakin teruk sekarang. L-lebih baik kita tamatkan semua ni sebelum perkara yang lebih teruk berlaku." ujar salah seorang saintis dengan nada gusar. Dia sendiri terkejut dengan apa yang berlaku pada Jungkook.

Baru beberapa hari yang lepas mereka dikejutkan dengan perubahan mendadak Jimin yang tiba-tiba sahaja menjerit dalam tempoh yang lama. Akibatnya, banduan itu menderita kehilangan pita suara buat selamanya.

Kini, mereka dikejutkan pula dengan banduan bernama Jungkook yang meracau seperti orang tidak tentu arah.

Saintis itu masih belum dapat mengesan rancangan jahat yang diaturkan oleh ketuanya sendiri. Dia dan rakan-rakan setugasnya yang lain masih beranggapan bahawa gas stimulasi dibebaskan dalam kuantiti yang sedikit dan tidak lebih daripada 15 minit.

Padahal mereka tidak tahu bahawa Hoseok telah menambahkan lagi kuantiti gas tersebut secara senyap dan melanjutkan masa selama 20 minit.

Lihatlah, begitu teliti sekali Jax dalam melakukan kerjanya yang keji itu. Sehinggakan tiada seorang pun yang menyedari akan perkara itu sehingga ke hari ini.

Hoseok menggelengkan kepalanya tanda tidak bersetuju dengan cadangan juniornya.

"Sekarang bukan masa yang sesuai untuk hentikan semua ni. Kita kena tunggu dan lihat sampai mana mereka boleh bertahan dan apa lagi tindakan yang mereka akan lakukan selepas ni."

"Tapi-"

"Korang semua tak ingat kita lakukan semua ini untuk apa?" soal Hoseok dalam nada sarkastik. Iris matanya memandang tajam ke arah mereka semua dengan kening yang diangkat separa ke atas.

Tiada respons. Masing-masing takut untuk membalas pertanyaan ketua mereka yang sememangnya dikenali dengan sifat tegas.

Hoseok perlahan-lahan melepaskan keluhan berat. Tangannya disilangkan ke dada sebelum menyambung semula kata-kata.

"Kita buat semua ini untuk pejuang-pejuang negara kita. Lagipun kalau strategi ini berjaya dilaksanakan, kita juga yang akan dapat kelebihannya. Mungkin nanti kita akan dapat pengiktirafan Pasukan Saintis Terbaik di Korea Selatan. Kita akan dikenali sebagai hero negara selamanya."

"Korang tak nak dapatkan gelaran tu? Lepas segala penat lelah kita demi menjayakan eksperimen ni, takkan korang semua nak berhenti begitu saja?"

Masing-masing hanya diam membisu, tidak berani bersuara mahupun melawan setiap kata-kata yang dilontarkan. Mereka berfikir mungkin ada betulnya juga kata-kata ketua mereka.

"Jangan risau. Mungkin perkara yang berlaku terhadap banduan-banduan ini hanya sementara. Saya percaya mereka semua akan pulih seperti sedia kala. Jadi, jangan putus semangat. Kita teruskan sampai ke penghujungnya. Faham?"

"Faham, prof." saintis-saintis itu menganggukkan kepala mereka tanda mengerti.

Kini, mereka berasa lebih bersemangat. Jika tadi mereka ditimbuni perasaan serba-salah terhadap para banduan dan hampir berputus asa, namun kini perasaan semangat untuk meneruskan eksperimen lebih mendahului segalanya.

Mereka nekad untuk menjayakan eksperimen ini dan memperbetulkan keadaan seperti sedia-kala.

Namun mereka tidak tahu bahawa rancangan itu tidak akan berjaya sama sekali. Ini kerana Hoseok telah merancang segalanya dari awal untuk merosakkan eksperimen.

Saintis-saintis itu benar-benar telah termakan dengan kata-kata Hoseok. Walhal mereka tidak tahu bahawa setiap perkataan yang keluar dari bibir lelaki itu merupakan penipuan semata-mata.

Licik. Sungguh licik Hoseok dalam menyampaikan kata-katanya. Sehingga apa yang salah terlihat benar di mata semua.

❏❏❏

❏❏❏

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now