26

873 754 175
                                    

Pada malam itu, Hoseok melakukan tugasnya seperti biasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pada malam itu, Hoseok melakukan tugasnya seperti biasa. Ketua saintis itu memantau pergerakan para subjek melalui skrin komputer yang memaparkan kamera pengawasan. Setakat ini, tiada perkara aneh yang berlaku.

Namun, para subjek kelihatan semakin lemah. Hoseok akui bahawa keadaan mereka masih belum stabil sejak hari di mana Jimin, Taehyung dan Jungkook tersedar daripada halusinasi.

Walaupun beberapa jam sebelum itu, Taehyung kelihatan sungguh bertenaga seolah-olah gas stimulasi tidak memberikan sebarang impak kepadanya sehingga mampu mencabar dua orang petugas makmal, namun pada hakikatnya Taehyung masih belum stabil.

Mereka akan pulih sepenuhnya jika dihantar dan dirawat di pusat rawatan khas. Di makmal Urotex, mereka tidak menyediakan rawatan untuk pemulihan subjek-subjek eksperimen.

Jadi, para subjek perlu dihantar ke pusat rawatan khas yang terletak di Seoul jika mereka berjaya melaksanakan eksperimen selama 30 hari. Tetapi, Hoseok tidak akan benarkan perkara itu berlaku.

Dia merancang untuk menyeksa mental dan fizikal Jimin dengan lebih teruk. Hoseok berasa sungguh puas apabila menyeksa Jimin. Dia langsung tidak kisah jika rakan-rakan Jimin diseksa sekali. Apa yang penting, dendamnya terlaksana jua.

Setelah beberapa minit berlalu, Hoseok mula berasa penat. Dia bercadang untuk berehat di pejabat. Oleh itu, dia telah mengarahkan agar salah seorang pembantunya mengawasi para subjek di bilik pantauan bagi menggantikan dirinya.

Tetapi tidak pula ketua saintis itu sangka kejadian buruk telah menimpa salah seorang banduan, Park Jimin. Ya, lelaki yang selama ini dibenci. Hoseok mendapat berita daripada pembantunya yang mengatakan bahawa Jimin sudah tidak sedarkan diri di bilik eksperimen.

Apabila dia bergegas ke sana, kelihatan Jimin telah terbaring di atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri sambil ditemani oleh Taehyung yang berada di sisinya. Manakala banduan Jungkook hanya mendiamkan diri seolah-olah dia amat terkejut dengan kejadian itu.

Hoseok serta-merta bertindak membawa Jimin ke bilik rawatan bersama bantuan petugas-petugas makmal. Apabila keadaannya diperiksa oleh doktor pakar, ternyata Jimin tidak lagi dapat diselamatkan. Jantungnya sudah berhenti berdegup buat selama-lamanya.

Entah apakah penyebab kepada kematian Park Jimin. Hoseok benar-benar terkejut kerana itu bukanlah sebahagian daripada rancangannya. Jimin tidak patut mati sekarang. Dia masih mempunyai banyak lagi rancangan untuk balas dendam terhadap untuk lelaki itu.

Hoseok yakin bahawa salah seorang daripada banduan merupakan dalang disebalik kematian Park Jimin. Namun, dia tidak dapat mengenal pasti siapakah gerangannya dan apakah tujuan individu tersebut melakukan sedemikian. Mereka bertiga kelihatan akrab. Mustahil akan berlaku pertikaman sesama sendiri.

"Saya rasa punca kematiannya mungkin disebabkan terlalu penat berjaga. Macam mana ni, prof? Saya takut kita akan dikenakan tindakan oleh pihak atasan."

"Jadi, awak nak kata yang gas stimulasi itu kurang berkesan? Maksudnya, saya lah yang bersalah terhadap kematian dia?" Hoseok cuba menguji saintis bawahannya.

"Bukan itu yang saya maksudkan, prof."

"Jangan risau. Saya yakin kematian dia bukan disebabkan eksperimen ini. Mayat dia perlu dibawa ke jabatan forensik di Seoul untuk dibedah siasat." kata-kata Hoseok itu mendapat reaksi terkejut daripada saintis-saintis bawahannya.

"Prof syak dia dibunuh?" soal salah seorang daripada mereka.

Hoseok mengangguk dengan yakin. "Disebabkan itu, kita akan hentikan eksperimen ini memandangkan salah seorang subjek dah mati. Sekarang, semuanya dibatalkan secara rasmi. Sebaik saja kita sampai di Seoul, mereka berdua akan dihantar ke pusat pemulihan untuk dirawat."

❐❐❐

Taehyung dan Jungkook kekal menyepi di bilik eksperimen. Masing-masing diam terkaku memikirkan perkara yang terjadi sebentar tadi. Siapa sangka, rancangan mereka untuk melarikan diri bersama-sama akhirnya berakhir dengan kedukaan yang amat memilukan.

"Aku tak sangka, Jungkook."

"Apa maksud hyung?"

"Aku tak sangka kau sanggup bunuh Jimin!" bergema suara Taehyung di segenap ruang. Air matanya mengalir laju dengan tubuh yang menggigil menahan kemarahan.

Taehyung menekup wajahnya menggunakan lengan sambil mencengkam rambutnya dengan erat. Berkali-kali dia menggelengkan kepala seakan tidak dapat menerima apa yang telah terjadi pada sahabatnya.

Taehyung yakin bahawa Jungkook adalah dalang disebalik kematian Jimin. Masih segar di ingatan, saat di mana Jungkook menghulurkan sebotol air mineral kepada Jimin.

Taehyung mengesyaki bahawa Jungkook telah meletakkan sesuatu di dalam minuman sahabatnya sehingga menyebabkan Jimin rebah dan tidak sedarkan diri buat selamanya. Mungkin ia sejenis racun yang berbahaya. Taehyung tidak tahu. Namun apa yang pasti, ini semua angkara Jungkook.

"Saya tak buat, hyung. Percayalah!"

Taehyung tergelak lemah. "Cukuplah dengan kepuraan kau tu. Aku tahu apa yang kau rancangkan selama ni. Kau sebenarnya nak jatuhkan kitorang, kan? Supaya dapat keluar seorang diri dengan selamat. Dasar pengkhianat."

Sungguh Taehyung tidak menyangka, banduan berwajah polos itu sebenarnya gunting dalam lipatan. Jungkook menyembunyikan seribu satu muslihat dalam diam tanpa dia dan Jimin sedar.

"Hyung, saya bersumpah bukan saya yang lakukan. Mungkin ini rancangan Jax untuk jatuhkan kita semua!" berkali-kali Jungkook menafikan tuduhan itu, namun Taehyung masih tidak percaya.

"Apa motif dia buat macam tu? Dia tak ada apa-apa kaitan dengan Jimin sebab dia hanyalah pengendali eksperimen. Lainlah kalau kau. Aku yakin kau pasti berdendam dengan dia."

"Saya tak—"

"Kenapa tak bunuh aku sekali? Senang, biar aku mati bersama sahabat sendiri. Bunuh aku, Jungkook. Bunuh! Keluarkan apa yang kau gunakan untuk bunuh Jimin tadi!" herdik Taehyung. Tangannya menolak kuat bahu Jungkook sehingga lelaki itu terhempas ke dinding.

Taehyung menyeluk poket seluar milik Jungkook bagi mencari barang yang mungkin digunakan untuk membunuh Jimin. Dadanya ditolak oleh Jungkook menyebabkan dia berundur ke belakang namun Taehyung masih sempat mencapai sesuatu.

Pada waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasannya saat melihat objek yang berada di dalam genggamannya. Dia benar-benar terpempan.

Di tangannya, terdapat sebotol cecair yang bersaiz kecil dengan simbol amaran berbahaya berbentuk tengkorak menandakan botol tersebut berisi sesuatu yang beracun.

"Ini apa, Jungkook?"

"Ini apa, Jungkook?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now