28

81 56 26
                                    

"Kenapa hyung tiba-tiba berpihak kepada profesor tu? Saya ingat hyung sangat bencikan dia. T-tapi kenapa? Kenapa hyung begitu yakin yang sayalah pembunuh sebenar Jimin hyung sedangkan Jax adalah orang yang selayaknya patut disyaki? Tak mustahil untuk dia lakukan sebab dialah punca kita terseksa kat sini."

Akhirnya, kata-kata yang dipendam oleh Jungkook kini terluah. Itulah persoalan yang bermain di mindanya. Memang tidak dijangka bahawa Taehyung akan menuduh dia sedangkan suspek utama yang perlu disyaki adalah Jax Kyler.

Entah apa yang menyebabkan Taehyung mengesyaki dirinya. Jungkook tahu, bahawa Taehyung sedar akan dirinya yang langsung tidak mampu melakukan jenayah apatah lagi membunuh orang. Kenapa Taehyung masih menuduh dirinya?

Taehyung menundukkan wajahnya ke bawah. Keadaan sunyi buat beberapa saat kemudian kedengaran bunyi kekehan kecil.

Pada mulanya Jungkook menganggap dirinya tersalah dengar namun memang benar bahawa bunyi tawa yang mengerikan itu datangnya daripada Taehyung.

"Sejak bila pula aku berpihak pada kau?"


Sungguh, bulu roma Jungkook serta-merta naik apabila mendengar kekehan kecil Taehyung. Perilaku lelaki itu tiba-tiba sahaja berubah setelah mayat Jimin dibawa keluar oleh Jax Kyler.

"Naif, Jungkook. Kau naif. Macam mana kau boleh letakkan kepercayaan kat aku sedangkan kita baru je kenal? Apa, kau ingat aku nak berpihak dekat budak mentah macam kau?" helaian tawa kedengaran sekali lagi. Taehyung memandangnya dengan senyuman menyeringai bersama kening yang terangkat ke atas.

"Hyung, saya tak faham."

"Kau nak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada kita selama ni? Kenapa kau, aku dan Jimin dikurung di tempat ini semata-mata demi eksperimen bodoh tu? Kau tak fikir semua ini tidak masuk akal, Jungkook?"

Kata-kata Taehyung itu membuatkan dia terpempan. Apa sebenarnya yang lelaki ini mahu katakan. Jantungnya berdegup laju, gementar ingin mendengar apa yang ingin diperkatakan seterusnya.

"Ini semua telah dirancang oleh Jax Kyler- oh, atau boleh aku katakan namanya Jung Hoseok. Ya, Jax Kyler tu hanyalah sekadar nama samaran untuk menutupi identitinya yang sebenar."

"Sebenarnya, segala eksperimen gila yang kau dah lalui untuk beberapa hari ini hanyalah untuk membalas dendam pada Jimin. Lelaki tu dah bunuh teman wanitanya iaitu adik kepada Hoseok. Tragik, bukan?"

Taehyung mengorak langkah menghampiri Jungkook dengan lebih dekat. Kepala lelaki itu tertunduk dan tidak mampu bertentang mata dengannya. Jadi, itu membuatkan Taehyung berada sungguh berkuasa.

"Kau tak rasa pelik, kenapa aku tahu semua ni?" Taehyung menduduk dan mendekatkan mukanya pada Jungkook. Dia kemudiannya berbisik.

"Sebab aku dan dia.. adalah rakan subahat."

Akhirnya, rahsia itu terbongkar. Rahsia yang selama ini disimpan oleh Hoseok dan Taehyung bersama-sama, akhirnya didedahkan.

"Kau masih ingat waktu hari pertama kita di sini? Aku ada beritahu kau sebab kenapa aku masuk ke dalam penjara. Kau masih ingat lagi apa sebabnya?"

Jungkook cuba mengingati kembali hari pertama mereka di sini. Memorinya agak samar-samar, mungkin kerana kesan gas stimulasi yang telah menyebabkan dirinya sukar untuk mengingati sesuatu perkara.

"Hei, aku tanya kau ni." Taehyung mendesak sambil merentap leher Jungkook. Perbuatan Teahyung telah menyebabkan Jungkook terketar-ketar ketakutan. Akhirnya, memori itu kembali terlayar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now