06

2.1K 1.7K 266
                                    

Hujan turun dengan lebat pada pagi itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hujan turun dengan lebat pada pagi itu. Angin juga bertiup kencang, dengan bunyi dentuman ribut petir yang sabung-menyabung dari langit.

Perjalanan ke makmal penyelidikan Urotex Lab di Gwangju memakan masa yang agak lama. Jarak perjalanan yang jauh ditambah pula dengan jalan raya yang licin sememangnya menjadi cabaran buat si pemandu bas.

Di tempat duduk belakang, para banduan diasingkan antara satu sama lain. Memisahkan jarak yang hanya berdindingkan suasana tegang dan canggung.

Park Jimin, sekadar memandang kosong ke luar tingkap. Memerhati titisan hujan yang berlumba-lumba jatuh ke permukaan bumi.

Terlintas di benak fikirannya, alangkah indahnya hidup seperti titisan kristal yang jernih itu. Jatuh di mana ia turun dan mengalir membawa haluan tanpa perlu diaturkan.

Pergi ke mana saja ia suka. Jika di laut, maka bercampurlah ia dengan air yang sedia ada. Kalau di tanah, meresaplah ia ke bumi. Tidak seperti perjalanan hidupnya sekarang.

Perjalanan hidupnya telah pun diaturkan oleh orang lain. Menjadi tikus makmal demi kepentingan pihak atasan.

Mereka, manusia yang kononnya ingin berjuang atas nama negara tetapi masih sanggup menggadaikan nyawa orang lain demi kepentingan sendiri. Bukankah golongan seperti ini layak diberikan gelaran egoistik?

Huh, benarlah kata orang. Golongan atasan ini sememangnya begitu nafsi dan langsung tidak mempunyai jiwa untuk memahami gejolak hati nurani dan keinginan para rakyatnya. Apa yang mereka tahu hanyalah memberikan tekanan pada masyarakat sendiri.

Biarpun eksperimen ini bertujuan untuk membantu askar-askar di medan peperangan, namun layakkah mereka menjadikan dia sebagai salah satu bahan uji kaji?

Adakah ini kerana dia merupakan seorang banduan? Banduan yang telah mencemarkan nama negara hanya disebabkan satu kesilapan yang telah dilakukan.

Tetapi, setiap manusia layak diberikan peluang kedua. Peluang di mana mereka semua dapat menginsafi kesilapan diri dan menebus dosa yang telah dilakukan.

Malah, pelbagai inisiatif lain yang boleh dilakukan selain daripada menggunakan manusia sebagai tikus makmal. Mengapa perlu menggunakan mereka bertiga sebagai galang gantinya?

❐❐❐

Kim Taehyung memerhati sahabatnya dengan senyap dari belakang. Melihatkan wajah Jimin yang kelihatan runsing disebalik sisi pantulan tingkap bas itu membuatkan dia terdetik untuk menyoal.

"Jimin." serunya tenang.

Jimin yang ketika itu seolah-olah sedang berada di dalam dunianya tersentak. Perkara yang bermain-main difikirannya sebentar tadi hilang sekelip mata.

Kepalanya menoleh ke belakang, memandang ke arah Taehyung yang selang satu kerusi daripada tempat duduknya.

"Kau okey?" soal Taehyung.

Jimin sekadar menganggukkan kepalanya berserta senyuman nipis di bibir.

Melihatkan jawapan yang acuh tidak acuh itu, Taehyung serta-merta menggelengkan kepalanya. "No, you're not. Aku tahu kau tak okey."

Walapun mulut sahabatnya berkata lain namun Taehyung tahu, jauh di sudut hati Jimin sedang rusuh ketika ini. Dia faham benar, Jimin cuma mahu kelihatan kuat di matanya agar dia turut berani menghadapi segala rintangan ini bersama-sama.

"Jangan risau. We can do this. Together."

❏❏❏

❏❏❏

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now