27

522 323 108
                                    

Kematian Park Jimin bagaikan sebuah batu besar yang menghempap Jeon Jungkook

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kematian Park Jimin bagaikan sebuah batu besar yang menghempap Jeon Jungkook. Jimin merupakan seorang teman yang baik. Sahabat yang sangat mulia hatinya.

Saat Jungkook berasa jiwanya tenggelam dan dihurung kegelapan, Jimin adalah satu-satunya manusia yang menggapai tangannya dan membawa dia ke persimpangan cahaya.

Saat di mana Jimin menghulurkan tangan, Jungkook mula berasa segala duka yang dialami telah berterbangan jauh. Jimin telah memberikan dia semangat dan harapan untuk meneruskan kehidupan.

Jungkook benar-benar menyayangi Jimin kerana lelaki itu sentiasa mencurahkan kasih seperti seorang abang walaupun tempoh perkenalan mereka tidaklah begitu lama.

Mustahil untuk Jungkook melakukan perkara keji seperti itu. Mana mungkin dia tergamak membunuh orang yang begitu berharga dalam dirinya.

Tidak pernah terfikir dek akal untuk mengkhianati Jimin bahkan Taehyung sekalipun. Dia takkan sesekali melakukan tindakan bodoh itu.

"Hei, aku tanya kau ni. Kenapa diam?" soal Taehyung dengan nada kasar. Kakinya melangkah setapak lagi ke hadapan, mendekati Jungkook apabila menyedari lelaki itu enggan menjawab pertanyaannya.

"Ni apa, Jungkook? Kenapa kau simpan benda beracun macam ni?"

Jungkook bungkam seribu bahasa. Matanya membuntang luas-seluasnya dengan bibir yang terbuka kemudian tertutup seakan ingin berkata sesuatu.

Kata-kata yang bermain di minda tidak terluah. Akhirnya, dia hanya mampu diam membatu. Lihatlah, betapa lemahnya dirinya ketika ini. Bahkan ingin mempertahankan diri daripada difitnah juga tidak mampu.

Botol cecair di dalam genggaman Taehyung ditatap lama. Jungkook langsung tidak tahu- sejak bila dan bagaimana objek itu boleh berada di dalam poket seluarnya.

Jungkook yakin pasti ada seseorang yang telah meletakkan ia. Entah siapa pula yang dengki dengannya kali ini. Namun apa yang dia pasti, orang itu adalah pembunuh sebenar Jimin.

Orang itu tidak lain tidak bukan, pasti Jax Kyler. Lelaki yang telah mengaturkan eksperimen ini daripada awal lagi. Mungkin dia mempunyai dendam terhadap salah seorang daripada mereka. Tapi kenapa?

"Hei, jawablah!" akhirnya kesabaran Taehyung sudah mencapai tahap yang maksimum. Ditolaknya bahu Jungkook menyebabkan lelaki itu terdorong ke belakang.

"S-Saya tak tahu, hyung. Tu bukan kepunyaan saya." teragak-agak Jungkook menjawab. Kepalanya menunduk, takut untuk bertentang mata dengan Taehyung yang masih diselubungi api kemarahan.

"Dah memang jelas botol ni ada dalam poket kau. Apa lagi yang kau cuba nafikan?"

Sepi. Tiada jawapan yang meniti di bibir Jungkook.

"Cukuplah kau tikam belakang Jimin lepas apa yang dia dah buat untuk kau. Jangan kau tambah kesakitan dia dengan percubaan menipu kau tu. Tolong akui semuanya dan tamatkan semua ni. Berhenti seksa sahabat aku."

"Hyung, tolonglah. Tolong percayakan saya. Langsung tak pernah terlintas di fikiran saya nak bunuh Jimin hyung. Ini semua perangkap. Saya yakin ada yang cuba sabotaj-" saat Jungkook cuba membela dirinya, kedengaran satu suara mencelah dari arah pintu masuk.

"Sabotaj?" susuk tubuh Jax Kyler atau nama sebenar yang disembunyikannya, Hoseok kelihatan sedang berjalan menghampiri mereka berdua.

"Apa maksud kamu dengan sabotaj?" soal Jax kepada Jungkook.

Namun apabila melihat Jungkook yang enggan menjawab pertanyaan Jax, Taehyung akhirnya mengambil peluang untuk bersuara. "Ini, aku jumpa dalam poket seluar dia." Taehyung menghulurkan botol berisi cecair yang dijumpainya di dalam poket seluar Jungkook.

Jax mengambil botol itu lalu diperhatikan lama. "Ini sejenis racun. Kenapa ada dengan kamu?" soal Jax kepada Jungkook.

"S-saya tak tahu." Jungkook menggelengkan kepalanya.

"Taehyung, boleh jelaskan apa yang berlaku?"

"Aku syak dia adalah dalang disebalik semua ni. Aku masih ingat, apa yang terjadi sebelum Jimin... mati."

"Teruskan."

"Jungkook ada bagi air mineral kepada Jimin dan aku rasa dia dah minum. Lepastu, dia terus tak sedarkan diri." jelas Taehyung kepada Jax. Suaranya kedengaran agak mengendur pada akhir ayat.

"Sabar, jangan buat andaian berdasarkan apa yang berlaku di depan mata saja. Kita perlu pastikan kesahihannya." Hoseok cuba menjadi orang tengah, ingin menghentikan kerenggangan antara mereka.

"Nak pastikan apa lagi? Aku sendiri yang jumpa botol ni dalam poket dia. Tu bermaksud dialah penyebab kematian Jimin!"

"Hyung, tak! Saya dah kata bukan saya yang buat! Saya tak bunuh Jimin hyung!" Jungkook bersuara dengan nada yang bergetar.

Sungguh, perkara ini begitu berat bagi Jungkook. Usianya masih muda namun telah banyak dugaan yang menimpa. Sebelum ini, dia dituduh membunuh abang angkatnya. Kini, dia dituduh pula membunuh Jimin.

"Sudah, berhenti bertengkar. Disebabkan saya tak nak keadaan bertambah keruh, saya telah buat keputusan untuk menghentikan eksperimen ini. Kamu berdua akan dihantar ke pusat pemulihan buat sementara waktu dan mayat Jimin akan dihantar kepada pihak forensik untuk diperiksa punca kematiannya." jelas Jax panjang lebar.

Taehyung merengus kasar. "Semudah tu je kau tamatkan semua ni lepas apa yang dah jadi? Kenapa tak tunggu aku mati dulu?"

"Saya tak ada masa nak dengar provokasi kamu. Apapun yang kamu kata, keputusan ini tetap tidak akan berubah. Lebih baik tenangkan diri sebelum kita bergerak tinggalkan tempat ni." Jax menepuk perlahan bahu Taehyung sebelum melangkah keluar.

"Hyung." Jungkook yang sejak tadi diam membatu kini mula bersuara. Taehyung mengangkat wajahnya, memandang Jungkook.

"Kenapa hyung tiba-tiba berpihak kepada profesor tu? Saya ingat hyung sangat bencikan dia. T-tapi kenapa? Kenapa hyung begitu yakin yang sayalah pembunuh sebenar Jimin hyung sedangkan Jax adalah orang yang selayaknya patut disyaki? Tak mustahil untuk dia lakukan sebab dialah punca kita terseksa kat sini."

Akhirnya, kata-kata yang dipendam oleh Jungkook kini terluah. Itulah persoalan yang bermain di mindanya. Memang tidak dijangka bahawa Taehyung akan menuduh dia sedangkan suspek utama yang perlu disyaki adalah Jax Kyler.

Entah apa yang menyebabkan Taehyung mengesyaki dirinya. Jungkook tahu, bahawa Taehyung sedar akan dirinya yang langsung tidak mampu melakukan jenayah apatah lagi membunuh orang. Kenapa Taehyung masih menuduh dirinya?

Taehyung menundukkan wajahnya ke bawah. Keadaan sunyi buat beberapa saat kemudian kedengaran bunyi kekehan kecil.

Pada mulanya Jungkook menganggap dirinya tersalah dengar namun memang benar bahawa bunyi tawa yang mengerikan itu datangnya daripada Taehyung.

"Sejak bila pula aku berpihak pada kau?"

Saat itu, jantung milik Jungkook seakan berhenti berdetak. Riak kesedihan yang dipamerkan oleh Taehyung perlahan-lahan bertukar kepada senyuman menyeringai.

"Apa maksud hyung?"

"Apa maksud hyung?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now