01

3.1K 1.8K 804
                                    

Seodaemun-gu Prison, Seoul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seodaemun-gu Prison, Seoul

Barisan manusia yang sedang beratur panjang membuatkan Kim Taehyung menenyeh mata buat sekian kalinya. Mengantuk. Bosan. Semua perasaan kini bercampur aduk.

Dia benci akan situasi sekarang di mana dia terpaksa menunggu lama hanya untuk mendapatkan sedulang makanan. Sudahlah perlu beratur pula tu.

Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar sebelum melepaskan keluhan berat. Ketahuilah bahawa lelaki yang berusia 24 tahun itu tidak suka dengan perkara yang melecehkan seperti ini.

Bila agaknya dunia ini mahu maju? Kononnya abad ke-21, abad yang menjanjikan zaman serba canggih hasil daripada perkembangan sains dan teknologi yang hebat.

Dah tu, kenapa tidak menggunakan mesin robotik sahaja untuk mengendalikan makanan di kantin ini? Kenapa perlu menggunakan manusia-manusia yang lembab dan langsung tidak berkualiti dalam mengendalikan kerja?

Taehyung mengeluh buat sekian kalinya. Tiada gunanya jika dia memberontak begitu. Bukannya dia boleh mengubah apa-apa, kerana dia hanyalah seorang banduan.

Ianya malah akan menyerabutkan fikirannya sahaja jika berbahas tentang perkara itu. Jadi, Taehyung memilih untuk diam sahaja.

Setelah lama menunggu, akhirnya kesabarannya kian menipis bak kulit bawang.  Dia bukanlah seorang yang boleh bersabar dan menunggu lama. Sudahlah perutnya berkeroncong dari tadi minta diisi.

Akhirnya, tanpa secalit rasa belas kasihan, Taehyung menolak kasar lelaki di barisan hadapannya sehingga lelaki itu terdorong ke tepi.

Tolakannya yang kasar membuatkan lelaki itu terjatuh sehingga kepalanya terkena bangku yang berhampiran.

Taehyung kemudiannya melangkah setapak ke hadapan, mengambil barisan lelaki di hadapannya itu tadi.

"Bodoh, lembab."

Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada lelaki itu sebelum Taehyung mengalihkan pandangannya ke hadapan semula.

Jeon Jungkook, lelaki yang ditolak sebentar tadi hanya mampu diam tidak melawan.  Bukannya dia tidak tahu, kalau dia menengking nanti, ianya seolah-olah menempah keranda untuk dirinya sendiri.

Huh, siapa sahaja yang tidak kenal dengan Kim Taehyung? Banduan 1095 yang suka mencari pasal dengan banduan lain. Jika melawan, pasti akan dikerjakan oleh lelaki itu sehingga nyawa-nyawa ikan.

Jadi, dia lebih memilih untuk diam daripada melawan. Saat dia ditolak sehingga terjatuh tadi, ramai banduan yang bersorak keriangan malah ada juga yang bersiul tanda menyokong perbuatan Taehyung itu tadi.

Jungkook kini menjadi tontonan orang ramai. Banduan-banduan di hadapannya yang sedang berbaris tidak lepas dari memandang serong ke arahnya seolah-olah dia merupakan seekor anjing kurap.

30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now