03

2.5K 1.8K 341
                                    

"Pastikan tiada siapa yang tahu tentang hal ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Pastikan tiada siapa yang tahu tentang hal ini. Perkara ini sulit. Kalau kau buka mulut, jangan harap kau dapat keluar dari penjara ini."

Amaran berbaur ugutan itu cukup menggentarkan hati milik seorang remaja berumur 19 tahun.

Dengan jari yang terketar-ketar, Jungkook menggenggam kuat hujung baju uniform banduan yang dipakainya.

Tekaannya meleset sama sekali apabila memilih dorm sebagai tempat untuk menenangkan diri. Jauh daripada dewan makan yang penuh dengan kesesakan manusia yang serupa syaitan.

Namun, lain pula yang terjadi apabila warden penjara datang ke biliknya dengan menawarkan sesuatu yang gila.

"Esok, pukul 6.30 pagi kau perlu berada di dewan makan. Ingat, jangan beritahu sesiapa tentang hal ini. Faham?"

Dengan teragak-agak, Jungkook mengangguk tanda mengerti. Nafasnya tertahan apabila warden penjara itu menepuk bahunya sebelum melangkah keluar dari bilik dorm.

Setelah lelaki itu beredar, barulah Jungkook dapat bernafas dengan baik. Dihela nafasnya sedalam yang mungkin bagi menghilangkan keresahan yang menggila di hati. Jantungnya kian berdegup pantas.

Jemarinya memintal baju sendiri apabila teringat kembali amaran keras warden penjara itu tadi.

"Jungkook b-bodoh.."

Terluncur ayat makian itu dari bibirnya apabila memikirkan tindakan bodoh yang baru sahaja dilakukannya. Kenapa dia bersetuju?

Bibirnya bergetar, menahan tangisan yang ingin pecah dari tubir mata. Walau bagaimana susah sekalipun, dia perlu keluar juga dari penjara ini.

Dirinya sudah serik menetap di istana syaitan ini. Hidupnya seakan-akan penuh dengan gelumang dosa walaupun dia sendiri tahu, tiada sebab yang munasabah untuk dia dicampakkan ke sini.

Dia yakin, keputusan bodoh yang dilakukannya ini pasti akan mendapat ganjaran suatu hari nanti.

Jadi dia perlu bersabar dan menempuh segala kepayahan demi menyelamatkan diri sendiri daripada tempat yang penuh dengan segala kejahatan ini.

❐❐❐

Jimin terkedu mendengar soalan dari sahabatnya. Raut wajahnya serta-merta berubah. Soalan Taehyung itu bagaikan menariknya ke dalam jurang maut.

Taehyung terus-terusan menatapnya dengan pandangan yang penuh pengharapan membuatkan dia tidak senang duduk.

Jimin mengetap bibirnya rapat. Dirinya berbelah-bahagi dengan keputusan yang ingin dibuat.

Tatkala dirinya mula teguh dengan kata hati, namun tiba-tiba hadir pula bisikan lain yang membuatkan dirinya ragu-ragu untuk membuat keputusan. Hatinya mula goyah.

Separuh dari bisikan hatinya meronta inginkan kebebasan, manakala separuh lagi bersuara keras mengutamakan keselamatan diri. Ah, yang mana satu menjadi pilihannya?

"Jimin?"

Suara Taehyung menerpa ke corong telinganya membuatkan Jimin kembali tersedar. Kepalanya yang dari tadi menunduk ke lantai diangkat menatap wajah sayu sahabatnya itu.

"Tolong janji dengan aku. Kita akan jalani eksperimen itu bersama-sama, ya? Aku yakin, kita dapat keluar dari sini."

Nada suaranya kedengaran begitu terdesak. Jimin dapat merasakan genggaman tangan sahabatnya itu semakin diperkuatkan.

Lama-kelamaan, bisikan hatinya yang ingin mengutamakan keselamatan diri mula runtuh apabila memikirkan nasib Taehyung di sana nanti.

Ianya sekaligus meruntuhkan tembok-tembok keegoan lelaki itu yang ingin mementingkan diri sendiri. Sungguh, Jimin tidak mahu sahabatnya itu menghadapi kesulitan berseorangan.

Lambat-lambat, Jimin menggerakkan kepalanya tanda bersetuju.  Demi sahabatnya, Jimin sanggup bersetuju walaupun dia tahu, pilihannya ini bakal membawanya ke jurang maut.

Andai kata sahabatnya itu jatuh ke dalam jurang yang dalam, maka dia juga perlu turut bersama, meredah segala kesulitan bersama-sama.

"Y-ya, Taehyung. Kita akan bersama-sama sampai eksperimen itu tamat. Aku janji."

❏❏❏

❏❏❏

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now