11

1.7K 1.5K 196
                                    

"Jungkook

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jungkook."

"Nama kau Jungkook, kan?"

Lelaki berusia 19 tahun itu menoleh apabila namanya dipanggil. Kelihatan Taehyung sedang berdiri di sebelahnya dengan tangan yang dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Ya."

"Hm, muka kau macam familiar. Aku rasa ini bukan kali pertama kita berjumpa."

Perlahan-lahan, Jungkook mengangguk. Retina matanya cuba untuk mengelak daripada pandangan Taehyung yang menikam. "Kita pernah berjumpa di dewan makan. H-hyung ingat?"

Taehyung kelihatan seperti sedang cuba mengingati sesuatu. Dahinya berkerut sesaat sebelum bibirnya terbuka lalu membuat bentuk 'O'. Lelaki itu kemudiannya menganggukkan kepalanya berkali-kali seakan sudah mengingati.

"Oh, ya. Kaulah budak yang aku tolak haritu." Taehyung menjeda ayatnya seketika sekadar untuk menghamburkan gelak sebelum berbicara semula. Pada fikiran Jungkook, mungkin Taehyung sedang mentertawakan dia tentang hal tempoh hari.

"Maaflah, masa tu aku memang lapar dan tak boleh tunggu lama. Jadi, aku potong barisan dan.. uh, tak sangka pula kau boleh terjatuh dalam keadaan memalukan macam tu. Mungkin tolakan aku terlalu kuat untuk budak lemah macam kau. Sorry, budak."

Mendengarkan jawapan Taehyung itu, Jungkook berasa agak terkilan. Dia mengharapkan permohonan maaf yang ikhlas tetapi Taehyung bahkan memperlekehkannya dengan lebih teruk.

Masih dia ingat, betapa sakitnya kepala dia tatkala terhantuk pada hujung bangku. Apa yang lebih teruk adalah Jungkook turut dipijak-pijak oleh banduan lain kerana menghalang laluan mereka.

Kesan lebam pada kakinya masih ada sehingga ke hari ini. Dan semua itu tidak akan terjadi jika Taehyung tidak menolaknya sebegitu.

"Tae, itu bukan cara minta maaf yang betul." tegur Jimin yang sejak tadi berdiam diri. Jungkook mengalihkan pandangan ke arah Jimin.

Lelaki itu sedang memandang ke arahnya dengan raut yang simpati. Tidak pula dia menyangka bahawa rakan Taehyung ini mempunyai hati yang baik. Perangainya cukup berbeza dengan Taehyung.

"Apa? Ini pun sudah cukup baik aku minta maaf. You should be proud of me, Jimin. Aku dah pandai minta maaf pada orang lain."

Entah apa yang ingin dibanggakan dengan kata-katanya, tetapi Jungkook melihat Taehyung sedang memandangnya dengan pandangan mengejek sekarang.

"T-tak apalah, hyung. Hal kecil saja tu. Saya pun dah okey sekarang." ujar Jungkook kepada Jimin sambil mengukirkan senyuman kelat. Dia tidak mahu kelihatan lemah di mata mereka jadi dia berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Dalam budaya Asia, lelaki tidak boleh kelihatan lemah. Ini kerana iklim persaingan di Korea sangat kompetitif.

Jadi, seperti rakan sebayanya yang lain Jungkook turut merasa jika dirinya berkelakuan lemah dan mengakui tekanan yang dialami itu hanyalah menambahkan pandangan sinis terhadap orang lain.

Mereka akan mencemuh dan menganggap dirinya seperti seorang lelaki yang pengecut sedangkan mereka tidak tahu betapa sukarnya menjadi mangsa buli.

Dia terpaksa menempuh dugaan bersendirian tanpa ada sesiapa yang menolong. Bahkan warden penjara juga turut membutakan mata mereka apabila dia dipukul. Ketika keadaan Jungkook sudah teruk, barulah warden penjara akan mengambil tindakan terhadap banduan lain.

Lihatlah, tiada siapa yang menyambut tangan ini saat dia terkapai-kapai sendirian. Hatinya menjerit meminta tolong tetapi tidak di bibirnya. Akhirnya, Jeon Jungkook lebih memilih untuk mendiamkan diri daripada menceritakan kesengsaraannya kepada orang lain.

Dia tahu, dunia tetap memaksanya untuk bernafas walaupun sedang lemas jadi apa yang dia boleh lakukan adalah bertahan dan bertahan.

❐❐❐

"Perhatian kepada semua banduan."

Suara Jax kedengaran melalui pembesar suara. Perbualan Jimin dan Taehyung terhenti seketika manakala Jungkook yang sedang termenung sendirian segera menumpukan perhatian kepada pengumuman.

"Jam telah menunjukkan pukul 10 malam. Jadi, saya akan memulakan operasi pembebasan gas stimulasi selama 15 minit mulai sekarang. Kamu semua dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti semasa operasi berlangsung. Terima kasih."

Sejurus selepas pengumuman itu, kedengaran bunyi dengungan halus dari saluran gas yang terletak pada dinding. Gas itu tidak kelihatan dengan mata kasar tetapi hanya mengeluarkan bunyi dengungan menandakan operasi sedang dijalankan.

"Nasiblah tiada bau yang tak menyenangkan keluar dari gas tu. Aku fikir, ia mengeluarkan bau yang busuk."

Kata-kata Taehyung itu dibalas dengan anggukan dari Jimin. "Ya, aku pun fikir macam tu."

Jimin menoleh ke arah Jungkook yang berada di hujung rak makanan. Lelaki muda itu kelihatan tidak senang duduk membuatkan Jimin terdetik untuk menyoal keadaannya.

"Jungkook, kau okey?"

"Huh? Oh, ya hyung. Saya okey."

Jimin dapat melihat iris mata Jungkook bergetar. Jelas sekali dia sedang berbohong. "Aku tahu kau risau kalau eksperimen ni tak berjaya, kan? Kitorang pun begitu juga."

"Tapi walau macam mana pun, kita tetap kena berusaha untuk menjayakan eksperimen ini. Aku yakin kau boleh lakukannya, Jungkook. Bersemangatlah."

Jungkook mengukirkan senyuman nipis. "Terima kasih, hyung."

"Jomlah duduk di sebelah aku." pelawaan Jimin itu dibalas dengan anggukan dari Jungkook. Jungkook kemudiannya bangun dan mengambil tempat di sebelah Jimin.

Melihat keadaan Jungkook yang cuba meminggirkan dirinya dari mereka, membuatkan timbul rasa simpati dalam diri Jimin. Dia tahu, Jungkook mungkin tidak selesa untuk bergaul dengan banduan seperti dia dan Taehyung.

Apa yang dia harapkan adalah agar Jungkook kekal berada dalam keadaan selesa supaya dapat menjalani eksperimen dengan tenang tanpa sebarang masalah. Mungkin dengan menitipkan pesanan, sedikit sebanyak dapat menenangkan lelaki itu.

❏❏❏

❏❏❏

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now