10

2K 1.6K 279
                                    

Perkara pertama yang mereka lihat sebaik sahaja memasuki ke dalam bilik eksperimen adalah beberapa makanan kering, yang mereka pasti itu adalah bekalan sepanjang tempoh sebulan di sini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perkara pertama yang mereka lihat sebaik sahaja memasuki ke dalam bilik eksperimen adalah beberapa makanan kering, yang mereka pasti itu adalah bekalan sepanjang tempoh sebulan di sini.

Terdapat juga beberapa buah buku, saluran air bahkan sebuah mangkuk tandas tersedia untuk mereka.

Sebaik sahaja kesemua banduan memasuki ke dalam bilik, pintu bilik eksperimen ditutup lalu dikunci daripada luar. Sejurus selepas itu, mereka berdiri berhadapan tingkap yang memisahkan bilik eksperimen dan bilik pantauan.

Beberapa saat kemudian, bunyi mikrofon dihidupkan kedengaran melalui pembesar suara di bilik itu.

"Good evening, everyone. Saya Jax, pengendali eksperimen yang bakal bersama dengan kamu semua dalam tempoh sebulan." suara Jax jelas kedengaran menerusi pembesar suara yang dipasang pada dinding.

"Seperti yang telah kalian ketahui, eksperimen ini bertujuan bagi mengkaji strategi yang berkesan untuk Pasukan Khas Korea Selatan. Penglibatan kamu semua merupakan satu sumbangan kepada negara. Jadi, saya ucapkan tahniah kerana terpilih untuk menjayakan eksperimen ini."

"Huh.."

"Tahniah? Kau bodoh ke apa? Mengucapkan tahniah kepada sesuatu yang melibatkan nyawa?" sinis Jimin mengajukan soalan membuatkan percakapan Jax terhenti seketika.

Iris mata milik Park Jimin memandang tajam ke arah tingkap. Walaupun tingkap itu gelap dan tidak kelihatan apa yang berada disebaliknya, tetapi dia pasti yang matanya kini memandang tepat ke arah Jax.

Taehyung kelihatan agak terkejut dengan tindakan Jimin yang tiba-tiba sahaja memotong percakapan Jax. Namun, tidak pula dia menghalang. Taehyung bahkan mengukirkan senyuman lebar. Terbit rasa bangga dalam diri kerana Jimin berani menangkis kata-kata saintis itu.

Manakala Jungkook pula hanya terkebil-kebil, tidak mengerti. Cuba memahami situasi yang baru berlaku. Sejak dari tadi, dia tidak dapat fokus dengan keadaan di sekeliling kerana terlalu banyak berfikir tentang eksperimen yang bakal diharunginya.

Namun, apabila mendengar suara Jimin yang bernada tidak berpuas hati itu, Jungkook terus kembali ke dunia nyata. Bimbang jika dia terlepas sesuatu yang penting.

"Maaf, saya tidak bermaksud untuk menyindir mana-mana pihak." permohonan maaf dari Jax kedengaran jelas menerusi pembesar suara.

Jimin nampaknya tidak tersentuh dengan permohonan maaf itu kerana ia kedengaran begitu palsu di halwa pendengarannya.

Sebab itulah pepatah ada mengatakan, berfikir dahulu sebelum berkata. Kerana kata-kata itu umpama racun. Racun yang cukup berbisa sehingga mampu melukakan hati manusia. Jika kita tuturkannya tanpa berfikir, ia mungkin akan mengguris hati orang yang mendengar.

"Kau perlu ingat, yang kami terpaksa bersetuju semata-mata untuk bebas daripada neraka jahanam tu dan bukannya kerana kerelaan hati mahupun ingin berbakti kepada negara." tambah Jimin lagi.

Jax fikir yang penglibatan mereka dalam eksperimen ini adalah untuk negara? Sememangnya tidak! Untuk apa banduan yang melanggar undang-undang negara seperti mereka ini ingin bergadai nyawa demi tanah air?

Lagipun eksperimen ini tidak layak diklasifikasikan sebagai sumbangan kepada negara. Ini merupakan satu penzaliman terhadap rakyat. Bukankah saintis yang bijak pandai seperti Jax tahu membezakan dua perkara itu?

"Baiklah, saya faham. Sekali lagi, saya memohon maaf kerana kecuaian dalam berkata-kata." ucap Jax buat sekian kalinya.

Taehyung mencebik tanda mengejek. Saintis itu berpangkat tinggi namun sayang sekali, akal fikirannya begitu cetek.

"Tanpa melengahkan masa, saya akan menyambung semula penerangan yang tergendala tadi. Sila berikan kerjasama."

Mereka bertiga diam tidak menjawab. Memberi peluang kepada Jax untuk menyambung percakapannya.

"Sepanjang eksperimen berlangsung, kamu semua dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti mengikut piawai yang telah ditetapkan. Beberapa kelengkapan yang mencukupi telah pun disediakan untuk tempoh sebulan." terang Jax dengan jelas.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak saintis telah bersepakat untuk tidak mengambil sebarang risiko dengan memasuki ke dalam bilik eksperimen selagi tempoh sebulan belum tamat.

Disebabkan itu, mereka telah menyediakan kelengkapan yang secukupnya buat para subjek. Tetapi jika berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan, maka mereka terpaksa meredah masuk ke dalam untuk memulihkan keadaan seperti sedia kala.

"Kami juga akan melakukan operasi membebaskan gas stimulasi selama 15 minit sehari pada waktu malam. Seperti yang telah dimaklumkan,  gas ini berupaya untuk membantu kamu menahan ngantuk jadi tidak perlu risau akan keselamatan masing-masing."

Pembebasan gas stimulasi atau stimulan merupakan salah satu prosedur penting yang perlu dilakukan semasa eksperimen berlangsung. Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang.  Sistem ini kemudiannya dihantar ke organ seperti otot untuk menghasilkan gerak balas (efektor).

"Peringatan buat kali terakhir..  Saya harap kamu semua berpegang pada janji yang telah dilafazkan semasa di Penjara Seodaemun-gu. Ingat, hukuman yang berat akan dikenakan kepada sesiapa yang berani ingkar."

Mereka bertiga mengangguk perlahan tanda mengerti. Pesanan itu sudah banyak kali mereka dengar jadi mereka sudah lali. Mungkin sukar untuk mempercayai kemampuan tiga orang banduan itu berpegang pada janji, tetapi walau bagaimanapun ia tetap merupakan amanah yang tidak boleh diingkari. Janji tetap janji.

Jax mengerling ke arah jam yang tergantung pada dinding, menunggu masa yang dinanti-nantikan. Pen yang terselit di celah jarinya diketuk pada meja seiring dengan bunyi jarum jam berdetik.

Ketika jarum jam bergerak ke angka seterusnya, gerakan pen di tangannya terus terhenti. Saintis itu serta-merta menyunggingkan senyuman sinis. Sudah tiba masanya.

Jax menarik nafas sebelum menghembus  perlahan. Pen diletakkan semula di atas meja lalu badannya ditegakkan mendekati mikrofon.

"Dengan ini, tepat pada pukul tujuh malam, hari pertama kamu semua untuk menjalani eksperimen bermula sekarang. Semoga berjaya."

❏❏❏

Maklumat tentang stimulan tu, kalau ada tersilap di mana-mana boleh tegur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maklumat tentang stimulan tu, kalau ada tersilap di mana-mana boleh tegur. Hasil pencarian maklumat tak berapa banyak. Mungkin ada kesilapan yang saya tak perasan.

30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now