25

9K 761 63
                                    

PAGI-pagi lagi sudah dapat berita buruk daripada pengawal istana tentang Furkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAGI-pagi lagi sudah dapat berita buruk daripada pengawal istana tentang Furkan. Katanya semasa ingin menghantar makanan kepada Furkan, pengawal tersebut mendapati bilik penjara itu sudah kosong, bermakna Furqan telah melarikan diri  dari penjara bawah tanah. Tapi siapa yang tolong lelaki itu? Soalan tersebut bermain di fikiran Qaid. Selepas mendapat berita tentang kehilangan Furkan, Qaid terus bergegas pergi ke penjara bawah tanah, memang benar Furkan sudah melarikan diri. memang sah lagi ada orang dalam yang bantu Furkan melarikan diri Rahangnya bergerak gerak menandakan dia sedang menahan marah,  berita ini belum sampai lagi kepada Dizhwar yang masih di kampung.

Dia memanggil semua pengawal istana untuk berkumpul, tiada seorang pun terlepas sama ada pengawal yang menjaga dalam istana ataupun luar istana. Qaid mengarah mereka semua berdiri di bawah salji yang lebat. dia tidak kisah. Dia mesti cari tahu siapa gerangan yang berani mati melepaskan Furkan, sudah kata lelaki itu sangat bahaya. Silap dia juga memberi kepercayaan kepada pengawal istana sehingga menyerahkan kunci. Dalam hati memarahi kecuaian sendiri kerana dengan mudahnya menyerahkan kunci kepada pengawal istana. 

Pada mulanya dia yang memegang kunci penjara tersebut, tetapi kerana kesibukkan diri, dengan senangnya Qaid menyerahkan kunci tersebut kepada pengawal. 

"Arghh tak guna. Menyesal aku." Qaid mendongkol geram. Penumbuk sudah dikepal, bila bila masa saja tangannya boleh melayang ke arah meja kerja

Pintu diketuk dari luar oleh seseorang, Qaid memanggil masuk. Wajah Dizhwar menyapa pandangan matanya terlebih dahulu, tiada senyuman. Mata memandang pergerakkan Dizhwar yang menghampirinya. Dizhwar melutut di hadapan mejanya.

"Bangun." Ujar Qaid, terserlah pangkatnya sebagai Panglima Muda Tuanku Qaid Darwisy. 

"Saya minta maaf sebab tak maklumkan kepada Tuan Qaid tentang kepulangan saya ke kampung. Saya pulang kerana ada kecemasan." Formal percakapan antara mereka berdua. Qaid hanya menaganggukkan kepala. 

"Tidak mengapa aku faham, bagaimana dengan keadaan orang tua kau?" Dia tidak mahu mementingkan diri sendiri dan dirinya cuba bersikap prihatin kepada orang yang banyak membantunya.

"Alhamdulillah ayahanda saya sihat sahaja, ibunda saya sakit tua. Saya balik mahu melihat keadaan orang tua saya." Sekali lagi Qaid mengangguk, medengar cerita Dizhwar.

"Aku ada kerja untuk kau." Kedudukannya di kerusi dibetulkan. Rahangnya kembali bergerak 

"Ada perkara yang saya terlepas ke tuan semasa keberadaan saya di kampung selama seminggu?"

Ya ada, masalah besar. Dia berdehem seketika.

"Aku nak kau cari siapa yang berani melepaskan Furkan dari penjara bawah tanah." 

"Mak..maksud tuan ada orang dalam yang melepaskan Furkan dari bawah tanah ke?" Terkejut Dizhwar apabila mengetahui tentang kehilangan Furkan. Buat sekian kalinya Qaid menganggukan kepalanya, dia tidak hairan kerana memang semua orang akan terkejut kerana ada pengkhianat dalam istana.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now