31

7.8K 813 69
                                    

"NAK pergi mana?" Tegur Qaid yang baru keluar dari bilik air, dia nampak Humaira menyarung tudung untuk keluar dari bilik mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"NAK pergi mana?" Tegur Qaid yang baru keluar dari bilik air, dia nampak Humaira menyarung tudung untuk keluar dari bilik mereka. Rambut yang basah dia gosok menggunakan tangan, badan dibiar tidak berpakaian, sejuk sikit kena angin malam.

"Nak jumpa Adaskhan, saya nak ambil hadiah saya dari dia." 

Qaid menghampiri Humaira lalu lengan isterinya di tarik untuk mengikut langkahnya ke ruang pakaian.

"Kanda nak bawak saya ke mana ni? lepaslah saya nak turun bawah kejap." 

"Tunggu." Lengan isterinya dilepaskan kerana dia ingin memakai seluar. Sudah dia kata, dia akan teman mengambil barang dari Adaskhan. Nasib dia keluar bilik air lebih awal, kalau tidak tak tahu apa yang dibualkan oleh mereka berdua.

Humaira mengalihkan pandangan lalu menjarakkan kedudukan dengan lelaki itu. Tak tahu malu punya suami! suami siapa lah tu? sila mengaku sekarang.

"Jangan gerak, aku pakai baju kejap." Tangan mencari cari pakaian yang hendak disarungkan pada tubuh, terbongkok-bongkok mencari baju dalam almari yang sememangnya besar.

"Ambil je mana-mana baju, asalkan baju bukan kain kafan." Ayat Humaira mendapat jelingan maut daripada Qaid, seram! kalau ada laser kat mata lelakinya mesti mata dia buta. 

Menyesal pula cakap macam itu.

"Baju depan kanda tu banyak, amil dan pakai."

"Diam. Tak reti sabar ke? Sabar itu sebahagian daripada iman, macam mana iman nak penuhi dada kalau tak reti sabar?" Pedas sungguh ayat lelaki itu sehinggan dia terdiam pula, kena batang hidung sendiri.

Sedang Qaid mencari baju Humaira bergerak perlahan-lahan untuk keluar dari bilik pakaian. Lama betul cari baju, cerewet mengalahkan perempuan.

"Arghh.." Humaira terduduk apabila kepala terhantuk kuat dengan pintu kayu. Macam mana dia boleh tak sedar kalau mata perhati suami supaya pemergiannya tidak diketahui.

"Alhamdulillah. Orang degil dapat balasan dari Allah serta merta." 

Tak tahu nak marah ke nak sedih dengar ayat dari si suami. Sedih sebab  berdosa satu, marah sebab ayat yang diucapkan oleh lelaki itu.

"Cuai."

Huluran tangan Qaid disambut perlahan-lahan, berpinar mata kerana hantukkan yang kuat.

"Jangan hilang ingatan sudah." Lalu Qaid ketawa membuatkan wajah Humaira masam. Sabar je lah dengan suami macam ni, sakit hati pun ada.

Memang betul apa yang Qaid kata dia dapat balasan serta merta daripada Allah kerana ingkar arahan suami. Mula-mula kakinya bengkak, kemudian pasu hampir jatuh di atas kepala mujur Qaid ada pada masa itu dan sekarang kepalanya terhantuk dengan pintu kayu. Itu semua sebab dia degil. Cuai pun ada juga.

"Dah jom, turun tadi nak sangat ambik hadiah." Dia menggelengkan kepala.

"Kenapa?" 

"Penat, kanda tolong ambilkan. Saya tak larat." Humaira keluar dari bilik pakaian lalu dia merebahkan tubuhnya atas katil. Tangan di depakan seluas-luasnya untuk memenuhi katil. Qaid menggelengkan kepala.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now