45

7.6K 664 40
                                    

TALI kekang ditarik untuk menghentikan pergerakan diikuti oleh Humaira yang berada di sisi, senyuman nipis dilemparkan kepada wanita itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TALI kekang ditarik untuk menghentikan pergerakan diikuti oleh Humaira yang berada di sisi, senyuman nipis dilemparkan kepada wanita itu. Mereka berdua berhenti di satu kawasan lapang di atas bukit.

"Kita dah sampai Tuanku." Ibu jari dihalakan ke sebuah perkampungan, menunjukkan bahawa perjalanan mereka sudah sampai.

"Betul ke ini kampungnya?" Humaira bertanya, seperti tidak percaya apa yang dilihat depan matanya.

"Betul Tuanku, memang perkampungan Murabbi."

Terdapat beberapa orang pemuda berpakaian serba putih sedang membawa sesuatu dalam dakapan mereka. Timbul perasaan yang menyenangkan apabila melihat perkampungan tersebut, sejuk mata memandang walaupun melihat dari jauh.

"Mari Tuanku, kalau tak keberatan." Hazrat meneruskan perjalanannya, sempat rambutnya dibetulkan sedikit apabila ditiup angin.

Mereka berdua bergerak turun daripada bukit menghampiri perkampungan tersebut. Humaira pula tidak menyoal banyak, hanya ikut sahaja memandangkan kawasan itu sangat asing baginya. Maklumlah belum puas lagi meneroka Negara Turki.

Diperhati saja orang orang dekat kampung itu. Ada yang berbual di halaman rumah dan ada beberapa orang budak kecil sedang bermain satu permainan. Kampung yang sangat aman.

"Assalamualaikum abang Haz!" Seorang pemuda berpakaian serba putih menegur Hazrat, tangan Hazrat diambil untuk bersalaman.

"Waalaikumussalam."

Pemuda itu tersenyum lalu memandang sekilas ke arah wanita yang berada di sebelah Hazrat , kening dikerutkan.

"Permaisuri Humaira?" Dipandang seperti tidak percaya kerana muka wanita itu penuh dengan luka dan lebam.

"Ya, Tuanku Humaira datang. Jangan tanya lebih-lebih, nanti kamu buat Tuanku tak selesa." Sengihan diberikan kepada Hazrat, tahu tahu saja banyak soalan nak ditanya.

"Habib Umar ada di rumah?"

Kepala dianggukkan. "Ada, Saya baru berangkat pulang dari rumah habib."

"Kalau begitu, abang Haz pergi dulu. Ada perkara yang perlu dibincangkan dengan habib." Rambut milik pemuda itu digosok perlahan sambil tersenyum lebar. Baik orangnya.

"Ehem Tuanku."

Humaira yang diam sejak dari tadi lagi mula bersuara, kening diangkat memandang lelaki berpakaian serba putih itu.

"Ya?"

"Patik cuma nak cakap, selamat datang Tuanku." Katanya sambil menundukkan kepala. Wanita itu berpangkat tinggi, mana mungkin dia mahu menatap seperti mereka sedarjat. Mustahil sama sekali dan perkara itu tidak akan terjadi.

Humaira tertawa kecil. Itu saja yang ingin diucapkan kepadanya? Sehingga tergagap gagap untuk bersuara.

"Terim kasih."

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now