47

7.2K 661 62
                                    

SUARA orang ramai yang riuh-rendah di pasar membuatkan dirinya kurang selesa berada di tempat itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SUARA orang ramai yang riuh-rendah di pasar membuatkan dirinya kurang selesa berada di tempat itu. Ada yang memandang pelik kearahnya kerana cara pemakaian dia ke pasar sungguh aneh. Humaira terpaksa memakai kain di atas kepala untuk menutup wajahnya dari dilihat oleh orang lain kerana ada beberapa orang pengawal istana yang menjaga di kawasan itu. Pelik, kenapa ada pengawal di pasar ini?

Mata mengerling ke kiri dan ke kanan memastikan gerai yang ingin dituju tidak ada orang.

Langkah kaki terhenti di sebuah gerai. "Pak cik  tolong beri saya ikan dengan sayur." Jari menunjuk ke arah ikan yang ingin dibeli, kemudian menunjuk ke arah sayur yang sudah diikat.

"Kamu nak berapa ekor ikan nak?"

"Sepuluh ekor pakcik." Humaira mengangkat kepalanya lalu tersenyum nipis ke arah lelaki tua itu.

"Tuanku." Jari telunjuk naik untuk diletakkan di bibir, menyuruh lelaki itu diam supaya kehadirannya tidak diketahui.

Sempat matanya menjeling ke arah sekeliling supaya identitinya tidak terbongkar. Jika dirinya diketahui, bermakna dia dalam bahaya kerana ada pengawal istana ada di sini. Sudah semestinya dia akan dipaksa untuk pulang ke istana.

"Kalau ada orang cari saya, tolong jangan beritahu. Saya merayu dekat pak cik." Bisiknya, sambil tangan mengeluarkan duit.

"Ini amanah saya kepada pak cik." Sambungnya lagi.

Terdiam terus lelaki itu setelah mendapat amanah daripada Humaira, mana mungkin dia ingin mungkir janji. Bukan senang nak dapat kepercayaan dari permaisuri, beruntungnya dirinya kali ini. Jika pecah amanah bermakna dia tergolong dalam kalangan orang munafik, kerana salah satu sifat orang munafik ialah diberi amanah tetapi khianat.

"Pak cik saya nak tanya satu soalan boleh tak?"

Terhenti lamunannya. "Tanyalah Tuanku." Sebuah senyuman dilemparkan kepada wanita itu. Manis sungguh wajah anak arwah Umair.

"Kenapa ada pengawal istana dekat sini? Ada kerabat diraja datang sini atau memang sultan arahkan pengawal istana jaga kawasan sini?" Maklumlah buat partama kali kakinya menjejakkan kaki ke pasar ini memandangkan sebelum ini dia  hanya mengirim kepada anak muda di perkampungan Murabbi untuk membeli lauk ataupun orang kampung akan menghantar makanan kepadanya.

Tidak lama kemudian Humaira mengerutkan dahi apabila suara orang ramai yang berada di pasar itu tidak bising seperti tadi. Ada juga terdengar suara orang yang berhampiran dengannya berbisik-bisik tetapi Humaira tidak dengar apa yang mereka bisikkan.

"Hari ini Tuan Adaskhan datang untuk buat pemantauan dekat pasar." Sebaik sahaja nama Adaskhan disebut, terus meremang bulu roma Humaira. Fikirannya terus melayang mengingati dirinya diseksa walaupun bukan dengan Adaskhan tetapi lelaki itu membencinya dan ada kena mengena dengan Qaid.

"Bila baginda datang sini?" Tanya Humaira tergesa-gesa, dia dah rasa tak sedap badan apabila mengetahui hal itu.

"Itu Tuan Adaskhan sudah datang bersama dengan Tuanku Qaid." Dengar sahaja nama Qaid terus jatung berdegup laju. Humaira menghulurkan sejumlah wang kepada penjual tersebut dan plastik bertukar tangan.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now