11

8.4K 884 149
                                    

TEMPAT yang dia ingin pergi adalah kawasan perkuburan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TEMPAT yang dia ingin pergi adalah kawasan perkuburan. Dia mahu menziarahi makam seseorang, Qaid tidak mahu sesiapa mengikut ke mana dia pergi termasuk lah Dizhwar. Kakinya melangkah pada satu nama yang terpapar pada makam tersebut. Walaupun keadaan agak malap dia tahu pokok yang ditanam di atas makam itu sangat subur. Kawasan makam itu pun bersih seperti ada orang membersihkan.

Tangannya mengusap lembut batu nisan yang bewarna putih. Terasa sayu apabila dia teringatkan peristiwa setahun yang lepas. Sangat tragis dan dia takkan lupakan peristiwa tersebut. Qaid pandang kudanya apabila kuda itu berbunyi dari jauh.

Dia bangun semula, melihat sekeliling takut takut ada perkara yang berlaku dan dia perlu peka terhadap keadaan sekeliling.

Sunyi.

Qaid duduk kembali, dia mengangkat kedua dua belah tangannya dan Al-Fatihah di baca. Sempat dia berzikir sebelum membaca Al-Fatihah. Setelah itu, Qaid membaca surah Al-Ikhlas tiga kali diikuti surah Al-Falaq, surah Al-Nas dan lafaz tahlil sebanyak tiga puluh kali.

"Aamiin."

Entah mengapa dia terasa sayu. Dia sedar dia tak boleh menyalahkan dirinya sendiri kerana ajal maut itu semua kuasa Allah. Dia tak boleh mempersoalkan takdir, berdosa hukumnya.

Bunyi tapak kasut seseorang membuatkan Qaid tercari cari di mana datangnya bunyi tersebut. Kepalanya terpusing ke sebelah kanan apabila dia mendapati bunyi tapak kasut itu datang dari arah kanan.

Terjongket keningnya apabila dia dapat mengecam susuk tubuh seseorang.

"Tuan Qaid?" Tegur lelaki tua itu, kemudian dia pandang Qaid yang berdiri di depan makam orang yang ingin dia ziarahi.

"Tuan buat apa dekat sini?"

"Err.. Ziarah?" Ujar Qaid teragak agak, kemudian dia bangun. Sempat dia bersalam dengan lelaki itu.

Wajah lelaki tua yang tidak asing baginya itu menjadi tatapannya kini. Senyumannya juga terukir membalas sapaan lelaki tersebut.

"Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu?" Kepala ditundukkan sedikit tanda memberi hormat pada lelaki dihadapannya. Kemudian tanpa memandang jasad lelaki tua itu terus dia berlalu meninggalkan makam tersebut.

"Tuan masih rasa bersalah?"

Langkah Qaid terhenti, Malah dia langsung tidak memandang empunya badan tersebut. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia rasakan sekarang ini apabila soalan tersebut keluar dari mulut lelaki tua itu.

"Janganlah rasa bersalah tuan. Ini semua bukan kehendak kita semua, tapi sudah menjadi ketentuanNya. Tuan tak pernah salah. Bukankah pemergiannya adalah pemergian yang dicemburui?"

Diam. Dia masih lagi tegak berdiri tanpa menoleh sedikit pun ke arah suara lelaki tua yang pernah berkhidmat untuknya.

"Bukankah orang beriman adalah orang yang bertawakal kepada RabbNya? menyerahkan segala urusan kepada sang pencipta." Lelaki tua itu terdiam seketika apabila dia melihat Qaid tidak mengeluarkan suara. Dia hanya dapat memandang susuk tubuh Qaid dari arah belakang

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now