37

7.4K 724 47
                                    

TANGAN menolak daun pintu perlahan-lahan, takut isterinya terjaga dari lena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGAN menolak daun pintu perlahan-lahan, takut isterinya terjaga dari lena. Semasa turun tadi Humaira sedang tidur. Saja menyuruh wanita itu berehat terlebih dahulu sebelum pertabalan dimulakan.

Qaid melabuhkan punggung di sisi. Tangan melekap pada dahi isterinya sekilas, panas lagi. "Humaira bangun." Katanya lembut.

Humaira menggumam lalu pura-pura baru bangun tidur. Mata bundarnya memandang tepat ke arah anak mata Qaid.

"Kenapa?" Suara diserakkan supaya lakonannya menjadi. Mana mungkin dirinya tidur sedangkan sebentar tadi baru saja bercakap dengan Adaskhan di luar.

Pandangan suaminya membuatkan dia janggal, segera Humaira memandang ke arah jendela.

"Kau bangun ke tadi?" Mendatar saja dia bertanya, mata dikecilkan. Tengok gaya tak seperti orang baru bangun tidur, wajah pun segar.

"Mana ada, saya baru bangun tidur."

"Tipu. Muka tak serupa orang bangun tidur." Selimut yang menutupi badan isterinya, Qaid selak.

Nampak sangat tak reti menipu. Humaira kalau jadi perisik mesti akan ditangkap oleh musuh dulu.

Kening ternaik apabila melihat sehelai tudung berwarna hitam berada di atas katil. Tajam matanya memandang Humaira yang tersenyum seperti orang tak berdosa.

"Ini apa?"

"Tudung." Jawapan selamba Humaira membuatkan Qaid menggelengkan kepala.

Malas nak layan.

"Bangun, ganti pakaian. Sebentar lagi kita akan menghadap ayahanda dan bonda."

"Menurut perintah Tuanku." Humaira turun dari katil, jubah yang dipakai dinaikkan sedikit lalu menunduk hormat di hadapan suaminya.

Qaid menahan senyum. Bingkas dia bangun kemudian keluar dari bilik. Kaki menuju ke arah bilik hujung, diikuti oleh dua orang pembantu lelaki yang dari tadi berdiri di luar bilik.

Butang baju dibuka sehingga habis kemudian diserahkan kepada salah seorang pembantu, huluran baju diambil lalu dipakai sendiri tanpa bantuan dua orang pembantunya.

"Kamu berdua keluar dulu." Arahnya.

Mata tajam memandang pemergian dua orang pembantu sehingga pintu ditutup dari luar. Qaid berdiri di hadapan cermin besar, wajahnya diperhatikan.

Sudah tiba masanya, dia perlu mengalas tanggungjawab yang lebih berat. Tiada lagi gelaran Tuanku Muda Panglima Perang Qaid Darwisy kerana gelaran yang bakal dipegang sebentar nanti adalah Sultan Qaid Darwisy. Panggilan Tuan Qaid akan ditukar ganti sebagai Tuanku.

Tuan Umair, saya akan ikut apa yang tuan ajar semasa saya kecil.

Kaki dirapatkan sambil kepala menunduk ke tanah, tidak berani bertentang mata dengan anak mata Tuan Umair.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now